Bab 12 ❀

4.3K 130 2
                                    

"Liverpool gi semi!!!!!"

Balqis ketawa. Gagang telefon dijauhkan sedikit dari telinga. Kalau telefon Jasmin selepas game Liverpool, dinasihatkan agar membeli insuran telinga terlebih dahulu.

"Down, girl! Aku dah agak. Kalau call ko lepas game, paling kokak pun barai gegendang telinga aku," ujar Balqis.

Jasmin turut ketawa sama.

"Okay, okay. Kena save jerit aku untuk Maira dengan Fat gak. Maira konfem dah tido, aku berani bet kaki kanan aku."

Balqis tersenyum. Cord telefon diputar-putar di jari.

"Ala, dulu kat UK pun tak layan EPL, takkan la dia nak layan Champs League. Ko nih pun..."

"Itu lah. Ko nih stay up dengan sapa? Darth Vader ke?" Aura-aura senyum Jasmin di Cheras boleh dirasa hingga ke Ampang.

"Yup," Balqis menjawab ringkas. Terasa pipinya merona merah mengingatkan perbualan sewaktu perlawanan tadi. Jatuh cinta? Danial? Biar betul.

"Oohhhhh, stay up dengan abang Darth Vader sampai 3 pagi! Boleh tahan."

Balqis memerhati Danial yang sedang menutup lampu dapur.

"Perlu ke sebut pasal dia?" ujar Balqis, volume suaranya jatuh seoktaf.

"Sayang, try not to sleep too late." Tiba-tiba sahaja lelaki itu berada di hadapannya. Kemudian tunduk mencium dahinya.

"What?? Sayang??"

Balqis menjauhkan telefon dari telinga. Wajahnya merah padam. Dia menarik muka melihat respon Danial yang sedang ketawa.

"Oops, mana I tahu kita ada audience?"

Di corong telefon, ketawa Jasmin tidak berhenti. Balqis mengiringi Danial naik ke tingkas atas dengan pandangan mata.

"Sayangggg, whotcha doing??" Gaya Orked dalam Sepet.

Balqis tersengih. Jasmin dan telatahnya.

"Ko nih, Jas. Juvenile betul," komen Balqis, masih tersenyum.

"So, kira nak teman cik abang la ni?"

"Mende pulak? Memasing nak tido pandai-pandai la. Takkan aku nak pi nyanyi lullaby kot?"

"Ish, berjanggut la aku nak dapat anak sedara ek?"

"Haa, mula dah la mengarut tu."

"Fine, fine. Minah, as much as I'd love to chat, esok aku on-call la," ujar Jasmin.

"Oh, hehhe. Aku cuma nak tanya, are you still up to bunking together kat Mozambique nanti..."

Diam. Kemudian Jasmin menjerit lagi.

"You're going!!"

Balqis ketawa kecil. Sekali lagi gagang telefon dijauhkan dari telinga.

❥ ❥ ❥

"Amani!"

Langkah Balqis terhenti. Dia memusingkan badan. Kelihatan Hamzah melambai dari hujung hallway.

"Dengar kata you pergi Mozambique. Betul ke?"

Balqis tersenyum.

"Words do spread fast around here."

"No second thoughts?"

"Insya Allah, no," balas Balqis, masih tersenyum.

Hamzah tersenyum hambar.

Balkis vs DanialWhere stories live. Discover now