2

6.1K 438 11
                                    

Mata Jina semakin kuyu. Berapa lama lagi perjalanan mereka? Tenaganya sudah habis..dia berasa sangat mengantuk. Tapi kalau dia memejamkan matanya,apa-apa pun boleh berlaku walaupun sesaat.

"Tidurlah kalau mengantuk..sini."

Lelaki bernama Jimin itu menarik kepala Jina ke bahunya. Jina mengikut dengan lemah. Dia menutup matanya. Sangat selesa. Bau badan lelaki itu sangat wangi..selesanya. Jina terlena di bahu Jimin.

Jina membuka matanya apabila dia merasakan dirinya bergerak. Dia dicempung oleh Jimin. Eishh manalah dia nak bawak aq pergi ni? Dari tadi asyik berjalan dalam hutan je ni? Mana kereta?

Jimin memasuki sebuah villa. Ternganga Jina dibuatnya. Okey..i don't expert this.

Badan Jina diturunkan.

"Ahh!! Appo!!"

Lantai yang bewarna putih itu dikotori dengan darah yg berbentuk tapak kaki. Jina jatuh terduduk.

Jina hampir menangis. Kaki dia yang disiat mengeluarkan darah yg banyak. Wajah Jimin dipandang. Lelaki itu hanya tersengih. Dia mengcangkung. Menyamakan ketinggian mereka.

"Chill..baru sikit. Ni..supaya kau tak boleh nak lari. Kalau kau cuba lagi nk lari...aku try fikir nk siat yg lain plak."

Selepas sahaja lelaki itu habis bercakap,dia berdiri. Kemudian Jina dikerumuni oleh beberapa orang perempuan.

&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&

Jina berjalan dalam keadaan terhinjut-hinjut. Dia meronda rumah agam ini. Seluruh bilik dia sudah dia terokai namun ada dua buah bilik yg dia tidak berani. First bilik lelaki tu. Second bilik yg pintunya berpokadot warna merah.

Pintu pokadot itu berada di tengah antara semua bilik di tingkat atas. Jadi setiap kali Jina lalu di hadapannya..setiap kali itu juga hidungnya menangkap pelbagai macam bau. Tak naklah cakap bau apa.

Jina menuruni anak tangga dengan langkah yang pelik. Memandangkan sebelah kakinya sakit.

Jina berhenti apabila di sisinya terdapat banyak gambar yg tergantung. Dia menilik semua gambar yg diletakkan dalam frame yg mungkin agak mahal itu. Semuanya ada muka lelaki itu.

Gambar yg mempunyai dua orang tua yg berpasangan itu mungkin ibu bapa Jimin.

Ada gambar mereka sekeluarga!

Kejap. Kenapa.. lelaki di sbelah Jimin diconteng?

Jina memandang gambar yang lain pula. Tak nak dia fikir pasal gambar tadi.

Gambar yang terakhir di akhiri dengan Jimin dan seorang gadis. Girlfriend mungkin..or isteri?

Hurm..cantik. Eh kejap..muka dia..macam aq pernah nampak. Muka dia sama...sama...macam..

Peluh sudah mengalir laju. Dia panik. Jina menutup matanya. Dia mengambil nafas yang tidak teratur.

"Kau dah tau?"

Jina terkejut. Jimin merenungnya dengan tajam. Renungan itu..macam semasa kakinya disiat semalam. Bibir milik gadis itu mula memucatkan warna semulajadinya.

Jimin mendekati tubuh Jina yang semakin lemah itu. Nasib tubuhnya tidak bergolek jatuh je.

"Kau kenal dia?"

Jimin menoleh ke arah gambar itu. Dia mengusap muka gadis itu dengan lembut. Jina terdiam. Dia takut dengan lelaki ini.

"Aku tengah tanya ni..tek reti nak jawab ke hah!!"

Terhinjut tubuhnya apabila ditengking sebegitu. Badannya sudah menggigil. Anak matanya direnung tepat oleh lelaki itu. Semua kesedihan dapat dilihat oleh Jina. Sepasang mata itu penuh dengan kesedihan. Sepasang cry eyes.

Jina mula gerun apabila mata lelaki itu tidak lagi merenung matanya. Kaki dia yang dibalut oleh perempuan malam tadi kini sedang ditenung oleh Jimin.

"Aku tak suka orang yang tak mau jawab soalan aku."

Kaki Jina dipijak oleh Jimin dengan sekuat hati.

"Arghhhh!!!!! Jebal!! Lepaskan!! JEBAL!!!!"

Hampir terlerai balutan itu barulah kaki milik Jina dilepaskan.

Jimin tergamam. Dia merenung Jina yg sedang menahan sakit.

"Kwaenchana?"

Jina mengangkat kepala. Dia menggeleng. Kemudian dia tunduk semula.

"Mian."

Belum sempat Jina mengangkat kepala. Jimin sudah pun beredar.

Kenapa dia mintak maaf? Bukan ke dia lelaki yg tak ada hati perut? Aku tak faham...

Psycho Love ✔Место, где живут истории. Откройте их для себя