9

3.9K 312 16
                                    

Jina POV

Aku merengus geram. Kenapa dia tak bagi aku bergaul dengan orang lain? Dia nak aku stress ke? Lepastu nak aku jadi psiko macam dia?

Kaca yang berterabur disapu Jina. Dia merenung lama ke arah kaca-kaca yang kini berada dalam penyodok.

Aku nak tahu..kalaulah gelas tadi terkena aku..adakah dia akan biarkan ataupun dia rawat aku?

"Mestilah dia biarkan..diakan psiko."

Satu suara menghasutnya.

Dia mesti tak rasa bersalah pun kalau aku tercedera. Yelaa..dia cintakan kakak aku bukannya aku. Aku menyesal biarkan diri aku terikat dengan dia. Bodohnya aku!

Jina mengetuk kepalanya.

Ada masa nanti,aku nak larilah. Apa function dia simpan aku buat isteri?

Sebenarnya dia nak apa daripada aku?

Dia nak apa?

♡♡

"Awak!!"

Segera gadis itu menoleh. Kelihatan seorang lelaki sedang berlari ke arahnya.

Lelaki itu tercungap-cungap di hadapannya.

"Erm..saya kenal awak ke?" Tanya Jina selepas akhirnya lelaki itu dapat bernafas seperti normal.

Lelaki itu tersenyum. Menampakkan giginya yang comel.

"Ohh..nama saya Jungkook. Boleh kita berkenalan?" Kata lelaki itu sambil dia menghulur tangannya. Jina tersenyum walaupun terdetik dihatinya rasa pelik. Tiba-tiba je nak tegur orang.

'Jangan gaul dengan siapa pun kat sekolah tu.'

Kata-kata Jimin terngiang ditelingannya namun segera dia endahkan.

Tangan lelaki itu disambut.

"Jina."

♡♡

"Tok tok."

"Masuk."

Apabila kedengaran maklum balasnya,pintu segera dibuka. Lelaki itu mendekati Jimin yg sedang membuat kerjanya di mejanya.

"Boss.."

Fail merah dihulurkan.

"Fail apa ni?" Jimin mula membelek-belek fail baru diterimanya itu.

"Fail ini berkaitan dengan kes Jena. Jena masih hidup lagi."

Mata Jimin membulat. 'Takkan..dia hidup lagi..?"

Tiba-tiba terlayar wajah Jena yg sedang merayu difikirannya.

"Tolongg!!! Saya cintakan awak...saya..saya takkan buat macam tu lagi! Percayalah cakap saya...Chim.."

Perempuan yg berlumuran darah itu merayu-rayu. Air matanya bercampur dengan darah yg melekat di wajahnya. Keadaannya sangat ngeri. Namun Jimin mengendahkannya. Bibir milik perempuan itu dicium sekilas sebelum sepucuk pistol dikeluarkan.

"Aku minta maaf. Aku cintakan kau Jena. Aku cintakan kau sampai mati."

Air mata milik lelaki itu deras mengalir. Tangannya terketar-ketar memegang sepucuk pistol. Picu ditarik..

"Boss."

Jimin menoleh ke arah setiausahanya.

"Boss okey?"

Kening milik Jimin mula berkerut tidak senang dengan kehadiran setiausahanya.

"Keluar." Arahnya tiba-tiba.

Tanpa membuat sebarang bunyi, cepat-cepat lelaki itu beredar. Sudah lali dengan sikap bossnya yg satu itu.

Jimin mengeluarkan phone dari poketnya lalu menaip sesuatu. Phonenya ditekap ke telinga.

"Kumpulkan semua. Aku nak korang cari Jena semula. Nanti aku bagi maklumat."

Jimin kembali membelek fail tadi. Terdapat gambar Jena di dalamnya. Dia mencapai gambar itu dan terus dikucup berkali-kali.

"Oppa janji..sayang..oppa tak akan tinggalkan sayang lagi. Oppa tak nak kehilangan sayang lagi. Oppa janji."

♡♡

" Jina?"

Jimin membuka pintu bilik air pula. Tiada kelibat yang dicarinya. Sudah satu rumah dia mencari isterinya.

"Choi Jina!!" Pintu dihempas kuat. Kunci kereta segera dicapai.

"Siap kau aku kerjakan!!"

Jina berlari ke bus stop. Dari tadi hatinya tidak tenteram. Sekejap dia menoleh kekanan, sekejap menoleh kekiri. Bimbang kalau-kalau Jimin sedang mengejarnya.

Tiba-tiba satu kereta berhenti dihadapannya. Jantungnya serta merta berdegup kencang. Kakinya kaku untuk bergerak sehinggalah cermin kereta itu diturunkan. Kelihatan seorang lelaki yang segak dengan kemeja sedang merenungnya. Mungkin baru balik dari kerja?

"Apa yang awak buat malam-malam kat sini? Bahaya tahu tak?" Tegur lelaki tersebut.

Jina menarik nafas lega. 'Nasib baik bukan Jimin.' Getus hatinya.

"Saya lari dari rumah."

Riak wajah lelaki itu jelas menunjukkan yang dia terkejut. Jina menggaru kepalanya sekejap apabila keadaan menjadi sunyi.

"Awak nak tumpang? Saya sudi tolong awak." Balas lelaki itu apabila lama mendiamkan diri.

Jina mengangguk laju. Pintu kereta itu segera dibuka lalu dia mengambil tempat bersebelahan tempat pemandu.

"Kenapa awak lari dari rumah?"

"Saya tak suka pasangan saya."

"Boyfriend?"

Jina menggeleng. Jimin bukan boyfriend dia. 'Takkan aku nak couple dengan orang psiko macam dia duh.' Getus hatinya.

'Tapi Jimin suami kau.'

Jina hanya mengeluh. Itulah kenyataannya.

"Awak nak saya turunkan kat mana-mana ke? Atau nak tumpang rumah saya?" Tanya lelaki itu.

Jina memandang muka lelaki itu. Mukanya tampak manis dengan senyumannya ditambah pulak dengan lesung pipit dikedua belah pipinya. Nampak comel dan boleh dipercayai.

"Awak...tak kisah ke?" Mata Jina mula bersinar. Dengan cara ni,susahlah Jimin nak cari dia. Bagus!

Sepanjang pejalanan,mereka berdua hanya berdiam diri, sehinggalah kereta itu berhenti di sebuah rumah. Rumah sederhana besar dan kelihatan simple tapi moden.

Lelaki tadi mempelawa Jina memasuki ke rumahnya.

Saat kaki Jina melepasi pintu utama rumah itu, dia bertembung dengan satu mata yang sangat dikenalinya membuatkan nafasnya mula tersekat.

-TBC-

748 words

Psycho Love ✔Where stories live. Discover now