8

4.2K 333 5
                                    


"So..awaklah pelajar tu." Minah tu bercakap dengan nada yg laju. Aku tak suruh dia rap pun. Tak taulah cita2 dia ke apa ann.

"Erm..maybe? Kenapa.."

"Ya!" Tak menyempat aku nak habiskan ayat aku lagi.

"Kenapa semua ni jadi?" Tanya aku.

Minah tadi buat muka pelik.

"Awak nak tahu sejarah sekolah ni ke...atau kenapa awak datang sekolah macam ni ke...atau kenapa awak belajar dalam kelas seorang?"

Laju minah tu menanya.

Aku mengangguk laju. Yes. Dia macam boleh baca fikiran aku!

"Yes! Semuanya. Saya nak tahu."

"Ok...first thing..sejarah sekolah ni..ermm saya tak berapa minat sangat sejarah tapi well. Semua pelajar kena tahu sejarah negara dan sebagainya right?

Ok..apa yg saya tahu dan dengar..sekolah ni dibawah satu syarikat. So..kesimpulannya pemilik syarikat tu mestilah kaya raya sebab dia sempat lagi boleh buat sekolahkan!"

Minah tu memandang aku dengan pandangan 'orang yg buat lawak tapi tak jadi mana.'

"Hambar..tapi teruskan.."

"Awak tak sapot! Ok takpe..kita sambung..pemilik tu..saya dengar dia muda lagi dan hensem! Awww..saya teringin nk jumpa!"

Ohh tolonglah..kalau kau tahu dia ada penyakit mesti kau tarik balik kata-kata kau wahai minah yg aku tak tau nama.

"Saya dengar cerita..yg dia dah kahwin! Awak tahu tak!! Saya nangis 2 hari 3 malam sebab benda tu je.."

Minah ni buat dramalah pulak.

"Ermm..kenapa sekolah ni lain ehh?"

Minah tu memandang tepat anak mata aku. Aku menelan liur.

"Lain yang macam mana?"

Suaranya yg tiba-tiba perlahan buat aku rasa seram.

"Lain..macam takde peraturan langsung kat sini. Cikgu tak pernah buat tugas ke apa."

"Sebenarnya sekolah ni budak-budaknya semua bermasalah. Semua pelajar kat sini semua yg tak diterima masuk sekolah biasa. Sekolah biasa tak boleh masuk inikan pulak sekolah pandai2."

Minah tu tersenyum hambar dan memandang tempat lain. Aku memandangnya gerun. Maksudnya minah depan aku ni pun ada masalah jugak ke?

"Boleh saya tahu? Awak sekolah kat sini sebab apa?"

Dia memandang jam tangan dia kemudian dia tersenyum. Dia memandang aku.

"Sebab saya ni seorang-"

Kring!!!

"Kita sambung nanti ok." Katanya dengan senyuman kecil. Aku mengecilkan mata. Adakah dia sengaja tunggu loceng baru nak jawab soalan aku?

Minah tadi meninggalkan aku yg masih terpinga-pinga.

"Kejap! Saya tak tahu lagi nama awak!!"

Aku mahu mengejarnya namun pelajar2 lain yg berpusu ke kelas membataskan niat aku. Mau kena lenyek aku kalau cuba jugak.

"Haih."

Aku mengeluh sambil melangkah ke kelas berseorangan. Balik nanti aku nak tanya Jimin. Soalan aku akan bermula dengan 'kenapa?'.

♡♡

"Jimin..kenapa saya seorang je dalam kelas? Kenapa saya je yg tak pakai uniform?"

Aku mengejar langkah Jimin ke dapur.

"Kau nak ke pakai uniform sekolah tu?"

Dia menanya aku tanpa memandang wajah aku. How rude.

Aku terbayangkan uniform sekolah tu. Baju kemeja lengan pendek bewarna putih yg agak jarang besertakan dengan skirt hitam paras peha. Dengan pantas aku menggeleng.

"Ok pasal uniform takpe tapi..-"

"Aku tak nak kau bergaul dengan dorang. Seorang pun tak boleh."

Aku melihat Jimin yg sedang meneguk jus oren daripada gelas dengan geram.

"Kenapa? Sebab dorang bermasalah? Atau ini tanda protes awak hantar saya ke sekolah?"

"KAU SEKOLAH JE TAK BOLEH KE?!! AKU CAKAP JANGAN BERGAUL DENGAN DORANG, KAU IKUT JELAH!!"

Jimin membaling gelasnya ke arah aku namun balingannya mengenai kabinet yg berhampiran dengan aku. Gelas itu pecah dan kacanya mula berterabur.

Dada aku berombak. Terkejut,marah,geram,sedih semuanya ada tapi aku hanya mendiamkan diri. Aku takut nak melihat mukanya yg merah akibat marah.

Aku rasa bersyukur sebab gelas tu tak kena pada aku. Aku yakin dia sebenarnya nak tujukan gelas tu pada aku tadi. Aku yakin sangat. Lelaki ni bahaya.

"Ikut je cakap aku. Ara?" Suaranya yg berubah menjadi lembut membuatkan aku menggigil.

"Araso." Aku menjawab dengan perlahan. Hampir tak terkeluar suara aku dibuatnya.

I hate you.

Sooooorry for loooong-update.  😅😅

Psycho Love ✔Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang