18

3.5K 246 69
                                    

"Awak..jom makan? Saya dah siap masak." Aku berdiri di muka pintu biliknya. Sejak kejadian hari tteokbokki tu Jimin menghalau aku daripada tidur sebilik dengannya. Tipulah kalau aku kata aku tak terasa langsung. Bukan tu je, dia pun selalu berkurung di dalam bilik kalau di rumah. Tempat kerja pun dia tak mahu nak cakap apa-apa dengan aku. Asal bertembung je dia membuat muka ketat dia.

Aku memang tak akan pernah faham dengan Jimin. Kejap dia macam ni, kejap dia macam tu.

Aku rindu dengan senyumannya yang menawan. Aku rindu dengan matanya yang sentiasa tertutup apabila dia mula menarik senyuman. Ahh Jimin memang mengelirukan.

"Aku tak nak makan."

"Awak..sejak haritu awak tak pernah nak makan masakan saya."

"Aku kata aku tak nak makan, aku tak nak makanlah!! Kau faham bahasa ke tak?!!"

Aku terkedu dengan tengkingannya. Jimin dah tak sayang aku lagi ke?

"Kenapa awak jadi macam ni ha..kenapa awak buat saya macam ni..? Awak dah tak sayang-"

Aku semakin gugup apabila Jimin menapak mendekati aku. Apa-apa pun boleh jadi pada aku, pada kandungan aku.

"Ya! Aku memang dah tak sayangkan kau!! Nak tau sebab apa? Sebab kaulah Jena tinggalkan aku tau tak!!"

Nafasnya yang sedang menghembus dapat dirasakan di pipi aku. Aku membalas pandangannya dengan perasaan marah.

"Awak kata awak cintakan saya.., awak boleh lagi cakap pasal Jena?!!"

Aku menunjal dadanya. Dia mengetap bibirnya.

"Baik kau berhenti. Aku tak teragak-agak nak apa-apakan kau." Katanya lalu menghentam belakangku pada dinding. Aku mengerang.

"Awak sanggup nak cederakan saya? Anak kita? Bapa jenis apa awak ni hah!!?"

Dia memegang kedua-dua belah pipi aku dengan sebelah tangannya sehingga aku termucung. Aku mula takut. Aku tak jangkakan apa-apa daripadanya.

"Aku dah kata.

Dia bukan anak aku."

Wajahnya didekatkan pada wajah aku.

"Aku cintakan kau.."

Bisiknya sebelum mencium bibir aku.

♡♡


"Tok. Tok."

Aku bangun sambil memegang perutku yang sudah buncit. Pintu yang diketuk tadi aku buka.

Lelaki itu membuka cermin mata hitamnya dan memghadiahkan aku satu senyuman. Mukanya hampir sama dengan Jimin.

"Awak..adik beradik Jimin ke?" Lelaki itu tersenyum.

"Mana awak tahu?" Aku membalas senyumannya. "Senyuman yang sama."

Dia ketawa kecil.

"Oh mianhae. Saya patut jemput awak masuk."

Lelaki itu menapak memasuki rumah agam milik Jimin. Dia memandang aku. Aku hanya mengerutkan dahi.

"Kalau awak nak jumpa Jimin..dia tak ada." Dia tersenyum lagi. Memang dia tak penat ke asyik senyum je.

"Saya tak nak jumpa dia. Saya nak jumpa awak." Katanya. Dahi aku berkerut lagi. Ada apa nak jumpa aku pulak ni.

"Sebenarnya saya saja nak melawat. Lagipun..I guess..kita tak pernah jumpa right?" Aku hanya mengangguk. Lagipun tiada apa yang nak dicakapkan. Betullah dia kata tadi,ini kali pertama kami bersua muka.

Psycho Love ✔Onde histórias criam vida. Descubra agora