15

3.5K 295 55
                                    

Baju yang dipegang oleh aku tadi sudah berterabur di atas lantai, sama macam hati aku yang dah pecah sekarang ni.

"Jina..?"

Unnie datang mendekati aku selepas menyarungkan sehelai baju ke badannya. Jimin? Dia tak pandang aku langsung. Mukanya tiada perasaan.

Aku seperti melihat pantulan cermin apabila Jena berdiri di hadapan aku. Air mata aku mula mengalir apabila melihat senyumannya. Boleh lagi dia senyum dekat aku?

"Apa unnie buat datang sini? Unnie tak malu ke rampas suami orang?" Aku menepis tangannya yang cuba menyentuh aku. Aku jijik!

"Jina sayang..unnie tak tau pun yang Jimin dah kahwin dengan..Jina. Unnie minta maaf." Unnie juga mengalirkan air mata. Aku terkesima sekejap. Perasaan untuk memaafkan mereka, aku tepis jauh-jauh. Mana mungkin aku nak maafkan mereka!

"Kau cakap macam tu memanglah senang. Kau tak terfikir ke apa yang aku rasa tengok korang berdua macam tu??! Sudahlah! Aku nak pergi. Lagipun kau dah balik..apa gunanya aku lagi? Kan JIMIN?" Aku sengaja menyebut namanya kuat. Pipi aku yang basah aku kesat dengan hujung lengan baju aku.

Aku berjalan meninggalkan mereka. Aku harap, apa yang aku buat ni betullah. Selepas je Jena mengandung anak Jimin, kami serta merta akan bercerai. Ianya perjanjian perceraian. Aku nak buat perjanjian tu.

"Jina! Tunggu!! Unnie tak habis cakap lagi!" Aku berhenti melangkah apabila lengan aku ditarik kuat olehnya. Aku memandangnya atas bawah. Dia dah berpakaian penuh. Bagus!

"Kau ikut sekali aku pergi mahkamah." Aku pula menariknya. Dia jelas terkejut dengan perbuatan aku.

"Wait! Tak nak!! Jina nak buat apa??!" Dia meronta mahu dilepaskan dan aku melepaskan genggaman aku pada tangannya.

"Perjanjian penceraian. Kalau kau mengandung, kitaorang bercerai."

Jena tersenyum lebar. "Betul ni? Jina tak menyesal?"

Air mata aku mengalir lagi. Aku memang mengagak responnya begini. Cinta mereka terlalu kuat sampai menyakitkan hati adik dan isteri mereka sendiri. Cinta bodoh! Aku patut menjangka benda macam ni berlaku. Aku yang bodoh.

-

"Kau dah jumpa omma appa?" Jena menggeleng. Aku mengeluh hampa. Sejak diculik dulu, aku dah tak tahu keberadaan mereka.

"Jimin takkan tak tahu kut? Cubalah tanya dia?" Aku mengetap rahang. "Kaulah pergi tanya dia..apasal aku pulak." Jena tergelak kecil sambil mengusap kepala aku. Aku menepis tangannya. Suka sangat berlakon macam tak ada apa yang berlaku. Aku hanya menjeling dia yang berlalu ke dapur.

"Oppa..oppa sayang chagi kan?" Jena mendekati Jimin yang sedang meneguk minuman dari peti ais. Dipeluk tubuh sasa lelaki itu dari belakang.

"Mestilah oppa sayang."

"Kalau macam tu..jaga adik chagi elok-elok. Jangan ceraikan dia. Jangan bagi dia pergi dekat orang lain. Oppa mesti jadi suami untuk dia. Suami yang baik. Faham?" Dahi Jimin berkerut.

"Apa yang sayang merepe-"

"Jangan bantah. Ikut arahan chagi. No excuse. Chagi serious. Kalau oppa tak nak, chagi bunuh diri." Berderau darah lelaki itu dibuatnya. Nak tak nak, di kena juga ikut kata-kata cinta hatinya. Lautan api dia sanggup redah, setakat jaga seorang perempuan takkan dia tak boleh nak buat? Walaupun tak tahu motifnya, dia tetap akan ikut.

"Everything for you sayang. Asalkan sayang tak tinggalkan oppa, oppa sanggup buat apa saja." Jimin memberikan kucupan pada pipi Jena. Jena hanya tersenyum hambar.

♡♡

"Klik." Aku memandang pintu yang dibuka oleh seseorang. Sibuknya. Aku nak main handphone pun tak senang.

"Boleh aku nak tidur sini?" Aku menjelingnya. "Pergilah tidur dengan kekasih awak tu." Dia berdecit dan terus meniarap di sebelah aku tanpa minta izin.

"Ehhh!! Siapa bagi awak tidur sini hah?!"

Dia menjeling aku. Aku pula rasa macam keadaan sudah terbalik.

"Ni bilik aku. Sukahati akulah." Kan dah agak. Dia pulak yang halau aku.

Aku bangun. "Kalau macam tu,saya yang akan pergi." Baru je kaki aku ingin mencecah lantai,aku ditarik olehnya sehingga terbaring.

"Kau stay. Tidur sini atau tidur selamanya?" Aku menelan air liur. Nak tak nak kenalah jugak ikut cakap dia. Tak guna. Main ugut-ugut pulak.

"Kenapa tak nak tidur dengan Jena? Kenapa nak tidur dengan saya pula. Demam ke?"

Tiada sahutan. Aku mengangkat kepala, mengintainya yang sedang baring membelakangi aku.

"Diam. Kau berbunyi lagi, aku stapler mulut kau." Ugutnya. Aku mencebik. Nasib aku.

-

"Nah. Nescafe." Aku menyambut huluran unnie lalu meneguk sedikit airnya. Pekat semacam tapi sedap.

Jena mengambil tempat di sebelah aku. Kami berdua merenung tv yang sedang mengsiarkan iklan.

"Boleh unnie tanya?" Aku hanya diam. Mengiakan.

"Jimin...pernah sentuh Jina?" Aku menoleh ke arahnya secara mengejut. Tetiba je tanya.

"Kenapa tanya? Tak payah risaulah. Jimin hanya untuk kau. Dia cintakan kau." Aku tak tahu apa yang aku merepek. Tapi tulah..kebenarannya 'ya' tapi takkan aku nak kata kat dia pula kan?

"Maksudnya..tak pernahlah kan?" Dia merenung anak mata aku tajam. Aku teragak-agak tapi tetap juga mengangguk. Dia nampak macam hampa... tapi kenapa? Bukan ke dia patut gembira?

"Nak nescafe?" Offer nya. Aku hanya mengangguk. Nak juga basahkan tekak malam-malam ni.

Selepas beberapa minit, dia muncul dengan satu mug. Aku menyambut hulurannya lalu meneguk sedikit airnya. Pekat tapi sedap.

"Habiskan tau. Unnie pergi dulu." Aku hanya tidak mempedulikannya. Entah kenapa aku rasa tak sedap badan pula.

Selepas beberapa minit menonton televisyen, aku menutupnya dan berlalu ke bilik tidur.

Jena

Aku menyambut tubuh Jimin yang hampir terjatuh. Mabuk teruk nampaknya dia hari ini. Nampaknya rancangannya berjaya. Dia dah menyuruh beberapa orang untuk membuat Jimin mabuk teruk malam ini dan ia berjaya.

"Jimin.." Jimin mengangkat kepala lalu aku mencium bibirnya. Pil yang berada di dalam mulut, aku menolaknya masuk ke dalam mulut Jimin. Aku meludah baki-baki pil tadi ke lantai sehingga aku rasa mulut aku bersih.

Badan Jimin aku papah sehingga ke bilik utama. Pintu dibuka dan keadaan gelap gelita. Dengan bantuan cahaya dari luar bilik, aku dapat membaringkan tubuhnya ke atas katil. Bersebelahan dengan adik aku.

And guess what.

Aku bagi mereka pil perangsang ***.

Aku tersenyum hambar untuk kesekian kalinya.

"Aku akan satukan korang semula. Dan tak akan ada penceraian yang akan berlaku antara korang berdua sebab..

Aku mandul."

-Tbc-

950 words.

Kalau masih pening jgn risau. Nanti korang akan faham jugak. 🙈

Psycho Love ✔حيث تعيش القصص. اكتشف الآن