13

3.8K 291 16
                                    

"Awak..boleh tak saya nak peluk awak? Mungkin ini kali terakhir saya boleh peluk awak?" Dia mendepakan kedua tangannya.

Kerana geram, aku mencium bibirnya sekilas.

"Sayang..jangan cakap macam tu okey? Oppa tak suka." Balas aku lantas memeluk tubuhnya erat. Ubun-ubunnya aku cium dengan lembut.

"Terima kasih sebab sentiasa buat saya rasa dilindungi. Saya cintakan awak. Selamanya.."

"Saya cintakan awak juga.."

"Saya pun cintakan awak Jimin." Aku segera memeluknya yang sedang tidur. Comel aje dia mengigau. Macam budak kecil.

"...Jena.."

Senyuman aku mati. Jadi ucapan cinta tadi bukan untuk aku? Pelukan tadi terus aku lepaskan. Diri aku mula dihurung rasa cemburu.

Jena dah mati. Kenapa suami aku susah sangat nak lupakan dia? Apa hebat sangat kakak aku tu? Nak kata dia lagi cantik, sama je dengan aku ni.

"Sayang..jangan tinggalkan oppa. Oppa-"

Aku mengetap gigi. Aku yakin itu bukan untuk aku. Aku merengus geram. Kaki terus diatur meninggalkan bilik.

"Tak habis-habis Jena. Jena. Jena! Apa kurangnya aku?"

Peti ais aku buka dengan kasar. Aku menyambar botol yang diisi dengan air kosong lalu meneguknya dengan rakus. Aku harap minum air sejuk ni dapatlah kurangkan sikit panas hati aku sekarang ni.

"Sayang?"

Aku tersedak.

"Awak panggil saya ke Jimin?" Hati aku sudah berbunga-bunga. Hilang terus rasa marah yang membuak-buak tadi.

"Hurm.." Dia mengangguk dengan mata yang hampir tertutup. Comel.

"Awak pergi mana? Dah lama saya cari awak." Gumamnya sambil berjalan merapati aku. Aku sudah tersengih lebar. Dia.. cari aku?

"Saya tak pergi mana punlah." Aku merangkul pinggangnya. Merapatkan lagi tubuh kami.

"Janji lepasni jangan tinggalkan oppa lagi..nanti oppa rindu.." Ucapnya lalu mencium dahi aku.

Aku tidak boleh berhenti tersenyum. Ini Jimin versi yang lain ke? Sebab aku nak jatuh cinta lagi dengan Jimin.

"Oppa ngantuk.." Aku seperti tersedar daripada lamunan. Segera aku menarik Jimin untuk pergi semula ke bilik. Tak terkata betapa rasa bahagianya aku sekarang ni.

♡♡

Bangun-bangun sahaja, aku terus berlari ke dapur. Mencari seseorang.

Aku mimpi Jena ada disini malam tadi. Sumpah! Aku dapat rasakan pelukan dia malam tadi. Betul-betul aku rasa kehangatannya macam mana.

Aku mengeluh apabila tiada jejak atau kesan yang Jena berada di sini malam tadi. Langkah aku diatur ke bilik semula.

"Awak dah bangun?"

Aku hanya mengangguk. Mukanya yang ceria berubah kelat.

"Heyy..kenapa ni?"

Aku hanya menyembamkan muka pada bantal dan menghiraukan dia.

Jina

Ok pelik. Semalam bukan main lagi. Ini kenapa pulak? Dahlah jawab acuh tak acuh je soalan aku. Ni yang nak merajuk ni.

"Kau...nak pergi kerja ke?" Aku menjeling dia yang terlentang di atas katil. Aku tengah siap-siap ni boleh lagi dia tanya?

"Taklah. Saya nak pergi bunuh orang." Selesai lipstick dicalit, aku berdiri.

"Ni ..awak nak pergi kerja ke tak nak?" Dia menggeleng. Aku merengus.

"Fine! Saya pergi sorang." Sambil berjalan, aku menghentak kaki. Biar dia tahu aku tengah bad mood ngan dia. Huh. Bukan nak pujuk ke apa.

Sampai sahaja di hadapan bangunan semalam, aku membayar tambang teksi dan berjalan memasuki pintu masuk bangunan. Bilik milik Jimin aku tuju.

Memandangkan aku P.A dia, dengan senangnya aku dapat memasuki biliknya. Aku meletakkan handbag aku di atas meja miliknya. Pewangi di atas meja, aku ambil dan hidu.

"Ermm..wangi. Rose."

Kertas kerjanya aku ambil dan tilik. Bapak dia. Satu hapak pun aku tak faham.

Aku melabuhkan punggung pada kerusi empuknya pula. Aku bersandar dan mengeluh perlahan. Apa aku nak buat ni? Bosannya..

Aku menarik drawer di mejanya secara rambang. Tutup buka. Tutup buka.

'Err..lagi kertas kerja...

eo?'

Satu fail berwarna merah menarik perhatian aku. Aku mengeluarkannya dari drawer. Belum sempat aku nak membelek,bilik Jimin diterjah seseorang tanpa diketuk terlebih dahulu.

"Oh mak! Eiii! Tak reti bagi salam ke hah?!" Aku berdiri. Ni yang nak marah ni. Fail tadi disimpan kembali ke tempat asalnya.

"Awak nak apa?" Aku memandang lelaki di hadapan aku dari atas sampai bawah. Hurm hensem. Tapi itu tak penting sekarang.

Dia tersengih. "Cik ni sape? Boleh berkenalan?"

"Saya P.A bos. Tak boleh. Jawab soalan saya. Ada apa awak ke sini?" Dia tersengih lagi. Eii aku cepuk kang.

"Saya..saya..nak jumpa bos. Bos ada??" Aku menggeleng. "Bos takde."

"Kalau macam tu..saya pergi dulu lah ye. Bye-bye si cantik." Aku hanya mencebik bibir apabila dia berlalu pergi. Nonsense.

-

"Hello bos. Hmm..tadi dia dah jumpa fail tu dan dia tak sempat buka lagi. Fail tu dah selamat dengan saya. Hmm..baik bos. Saya akan awasi dia."

Lelaki tadi menyimpan semula telefon bimbitnya ke dalam poket. Mukanya dari serius berubah kepada ceria semula. Bilik Jimin dituju semula.

"Cik?"

"Hurm nak apa lagi?"

"Lunch jom?"

-Tbc-

761 words.
Yrros eo? Fi I.

Psycho Love ✔Where stories live. Discover now