1.Maria Labo

16 0 0
                                    


***

Negara serantau, Filipina tidak kurang hebat dengan kisah-kisah tahyul mereka. Salah satu kisah benar yang sehingga kini masih dipercayai kewujudan nya, oleh sesetengah warga Filipina ialah Maria Labo, legenda puntianak atau aswang penghisap darah dan pemakan daging manusia.

Terdapat berbagai versi tentang kewujudan Maria Labo, tetapi secara umumnya, kisah Maria Labo wujud sekitar tahun 50-an, di Filipina tetapi mula popular dan berkembang sekitar tahun 1970-an. Kononnya suatu ketika dahulu, tinggallah seorang wanita bernama Maria bersama suami nya, Ermin di sebuah rumah kecil dengan dua orang anak nya di sebuah perkampungan wilayah Capiz, kepulauan Visayan, Filipina.

Ketika itu, Filipina mengalami kemerosotan ekonomi. Tidak banyak pekerjaan, yang boleh dilakukan untuk menjana pendapatan melainkan bercucuk tanam. Maria dan Ermin hidup susah. Maria dikatakan turut mengintai peluang yang ada untuk mencari rezeki sesuap nasi demi anak-anak nya. Maria mendapat kerja di negara Eropah iaitu antara Sepanyol dan England. Dia diambil bekerja sebagai orang gaji kepada seorang lelaki kaya.

Setibanya Maria di rumah agam yang besar itu, dia diupah untuk menjaga lelaki kaya yang sudah tua dan uzur oleh warisnya. Rumah besar tersebut terletak jauh di pedalaman menambahkan elemen misteri. Rutin harian Maria menjaga makan minum, pakaian serta kebersihan tuannya.

Setelah berbulan-bulan tiada khabar berita daripada Maria diperantauan, pada suatu hari, wanita itu, tiba-tiba muncul di hadapan pintu rumahnya di Capiz, Filipina. Suami dan anak -anak menyambut dengan perasaan rindu tetapi berasa pelik dengan kepulangan Maria secara tiba-tiba. Maria pulang membawa wang yang banyak. Dia mampu melangsaikan semua hutang-hutang mereka dan membayar wang sewa ke hadapan untuk rumah mereka. Kesenangan itu dicemburui oleh jiran tetangga lain. Mereka bukan saja tidak senang tetapi berasa aneh dengan keadaan Maria yang mampu mengubah hidup dalam tempoh masa yang singkat. Meskipun jiran tetangga mengata dan mengumpat tentang pelbagai perkara, namun mereka tidak pernah nampak Maria selepas dia pulang. Wanita itu cuma terperuk di rumah sahaja.

Dikatakan juga, ketika pulang dari perantauan, tubuh wanita itu dingin seperti mayat yang terbujur kaku. Hal ini diakui oleh suami Maria, Ermin. Suatu petang, Ermin pulang ke rumah dan mendapati rumah itu sunyi. Keadaan ini aneh kerana tidak pernah berlaku sebelum ini. Dia bertanyakan Maria ke mana anak-anak mereka. Dengan nada selamba, Maria memberitahu semua anak-anak mereka berada di dapur. Dia juga turut mempelawa lelaki itu ke dapur untuk makan malam bersama.

Alangkah terkejutnya Ermin apabila makanan di dapur tadi rupa-rupanya ketulan daging anak-anak nya yang dikerat -kerat menjadi lauk. Melihatkan tubuh anak-anak nya yang dikerat-kerat dengan kesan darah membuatkan Ermin hilang akal. Ermin mengambil bolo (bahasa tagalog- parang) lalu menetak kepala Maria yang kemudian nya menjelma sebagai puntianak lalu terbang keluar dari rumah nya. Menurut lagenda seram Filipina ini, nama Labo (bahasa tagalog- kelabu, kedam, pudar) diberi akibat kesan tetakan pada wajah puntianak ini.

Maria Labo dipercayai menjadi puntianak kerana disihir oleh lelaki tua yang juga tuannya. Menurut beberapa cerita lain, ketika tuannya sedang tenat, tuannya sempat memberi azimat kepada Maria untuk menjadi ahli sihir dan ada juga mengatakan Maria dirogol dan dibunuh oleh tuannya ketika bekerja, lalu menjelma sebagai puntianak.

**** The end
Lagenda seram Filipina

Sister Pasta Where stories live. Discover now