Bab 1

8.7K 513 13
                                    

KEBAMM! KEBOMM! KEBABOM!

Qaisha menumpaskan semua gejala ISIS yang sedang melanda di negaranya kini.

Sekumpulan penjahat-penjahat muncul dihadapannya dengan membawa senapang, bazooka, pistol dan termasuklah kereta kebal. Kereta kebal itu pula mengacukan muncungnya tepat-tepat ke arah Qaisha.

"Kau ingat aku tak kuat? Aku kalis pelurulah!" Ujar gadis itu disebalik purdah.

Saat kereta kebal itu mahu melepaskan tembakan, satu bunyi yang nyaring menyedarkan dirinya.

Dia membuka mata. Eh? Aku dekat bilik?

Dia melihat jam, sudah pukul 6:36 a.m. Di sebelahnya pula, tiada kelibat Ikhwan.

"Sayang cari siapa? Abang ke?" Satu suara berbisik pada telinganya.

Qaisha berpaling. Kelihatan Ikhwan betul-betul berada dekat dengan mukanya.

"Ahhhhhh!!" Jeritnya akibat terkejut. Kemudian, dia tergolek dari katil.

Ikhwan ketawa terbahak-bahak. 'Lawak benor isteri aku ni'.

Qaisha mengambil sebuah bantal menggunakan kuasanya lalu membalingnya pada Ikhwan. Ikhwan yang sedang ketawa tersembam ke lantai.

"Aduh! Kuat gila!" Adu Ikhwan seraya mengusap kepalanya.

"Huh! Siapa suruh!" Marah Qaisha lalu melangkah ke bilik air.

Ikhwan hanya tersenyum senget sambil menggelengkan kepala.

•••••

"Hari ni hari pertama kita di universiti kan? Kenapalah tak dapat satu bilik..." Ujar Ikhwan sambil memandu.

Qaisha menjeling suaminya disebelah. "Apa abang ni. Mengarutlah!"

Ikhwan ketawa besar. Suka dia mengenakan isterinya itu.

"Hari tu daftar dengan papa, sayang ambil jurusan apa?" Soal Ikhwan.

Qaisha memejamkan mata. "Hmmm... Saya ambil bahasa Jepun."

Ikhwan mengeluh. "Alah... Abang pula nak jadi jurutera. Lainlah kita!"

Qaisha mencubit bahu suaminya. "Eee... Gedik!"

Ikhwan memandang isterinya disebelah. "Apa gediknya? Ee... Dia yang gedik. Cakap orang."

"Abang jangan panggil saya sayang kat sana pula. Malu saya nanti." Pesan Qaisha.

Ikhwan menggeleng. "Tapi, kita tak perlu rahsiakan hubungan kita kan?"

"Janji, identiti saya sebagai superhero dirahsiakan." Kata Qaisha.

Ikhwan mencebik. "Nanti kat sana, jangan mengorat orang lain pula, tau!"

Mata Qaisha memerah. "Abang ni ngada-ngada lah. Jangan sampai saya laser mulut abang baru tahu!"

Ikhwan mendiamkan diri. Takut barangkali.

Isteriku Supernatural 2Where stories live. Discover now