Mini Episode 1

2K 186 0
                                    

Gang!

"Qaira! Boleh tak jalan elok-elok sikit?" Marah Ikhwan kepada anaknya yang baru sahaja berumur 5 tahun. Anaknya itu tadi berjalan sehingga terlanggar Ikhwan yang sedang memegang assigment yang baru disiapkannya.

Qaira tersengih. "Maaf papa." Ujarnya lalu berlari mendapatkan emaknya.

"Qaira ni kan, suka cari pasal ngan papa." Kata Qaisha lalu ketawa kecil. Ikhwan pula hanya memasamkan wajah.

"Papa, Qaira dengar, pakcik Ghani kata yang papa ni half Galra sebab tu papa ada kuasa sikit." Petah Qaira berkata-kata lalu ketawa.

Terbuntang mata Ikhwan yang mendengarnya. "Ha? Apa mamat tu mengarut kat anak aku ni? Haish, gila Voltron ka?"

"Voltron tu apa?" Soal Qaira ingin tahu. Ikhwan hanya menggelengkan kepala lalu mengusap kepala anaknya itu.

Zring!

Satu bunyi aneh kedengaran di hadapan pintu.

Segera ketiga-tiga penghuni rumah itu berlari ke ruang tamu. Tingkap diintai dan kelihatan satu makhluk aneh sedang berdiri di hadapan pintu rumah.

"A- Apa benda tu?!"

•••••

Salina membelek buku yang ingin dibelinya. Secara tiba-tiba, segala buku yang dipegangnya terjatuh ke tanah.

"Yang, okey tak ni?" Soal Qaid sebelum buku yang dipegangnya turut jatuh.

"Saya rasa, sesuatu telah berlaku kepada Qaisha dan Ikhwan!" Ujar Salina sebelum menggigil ketakutan.

Qaid memegang bahu Salina sebelum menggeleng perlahan.

"Bukan Qaisha atau Ikhwan. Tapi, Qaira."

•••••

"Qaisha." Nama itu terpacul daripada bibir Qailina. Dia yang sedang berjalan-jalan di taman bersama Magnetis terus sahaja berlari laju meninggalkan jejaka itu.

"Lah, aku kena tinggal?" Katanya lalu mencebik.

°°°°°

Bonus kali ni, kita fokuskan pada keturunan Qai. InsyaAllah, ada aksi yang mendatang.

Maka, tunggulah ya. Harap bersabar.

Isteriku Supernatural 2Where stories live. Discover now