Bab 8

4.4K 361 6
                                    

Qaisha pulang ke Apartment hanya dengan berjalan kaki. Pada waktu ini, dia merasakan tidak mahu berjumpa dengan suaminya buat seketika.

Sampai sahaja di hadapan pintu bilik, dia terduduk kerana kepenatan. Pintu diketuk kuat. Malangnya, tiada sesiapa berada di rumah.

Qaisha mengeluh perlahan.

•••••

"Dahlah Ikhwan. Dah, pergi balik. Nak masuk Asar dah ni... Kesian isteri kamu tu..." Arah Salina sebaik sahaja sampai dihadapan biliknya. Mereka baru sahaja pergi ke kafe tadi.

Ikhwan menggolekkan bebola matanya. "Ugghh.. Mesti dia tak balik lagi. Keluar dengan mamat kepoh tu ha..."

Salina memulas tombol pintu. "Hei. Tak baik tau buruk sangka. Adik kakak tu setia tau."

Ikhwan mengeluh perlahan. "Yelah akak... Ikhwan balik."

•••••

Ikhwan melangkah dengan longlai. Dia teringat perbalahan Qaisha dengannya ketika di kafe. Nafas kasar dilepaskan.

Setibanya dihadapan pintu bilik, dia terkejut tatkala terlihat isterinya sedang nyenyak tidur dalam keadaan duduk dihadapan pintu.

Ikhwan melihat sekeliling. Takut-takut jika ada orang fikir dia mendera isterinya.

Pintu dibuka kuncinya, kemudian dia mencempung isterinya lalu dibawa ke dalam rumah.

•••••

Qaisha membuka matanya. Terpinga-pinga saat itu. Mujurlah dia dicutikan daripada solat.

'Amboi, rajinnya si Ikhwan bawa aku masuk dalam rumah.' Bisik hati Qaisha.

"Abang... Bangun..." Kejut Qaisha.

Ikhwan membuka sebelah matanya. "Nak apa?"

Qaisha mengusap perutnya. "Lapor...."

Ikhwan menyelitkan rambut Qaisha ke telinga isterinya itu. "Lain kali, ikat rambut. Dah macam hantu lampor abang tengok."

Qaisha memukul bahu Ikhwan. "Hey! Takutlah!"

Ikhwan ketawa. "Dey, alien pun takutkah?"

Qaisha turun dari katil. "Tak sangka ada bangla jual karpet dalam ni."

Ikhwan turut bangun. "What did you say?"

Qaisha menjelirkan lidah. "Nothing to say."

"Ingat abang tak dengar ke ha?! Sini kau!" Ikhwan mengejar Qaisha.

Qaisha mula berlari. Setiap kali dia ingin terbang, Ikhwan menarik kakinya.

"Aaaa..." Jerit Qaisha tika Ikhwan dapat memeluknya dari belakang.

Ikhwan tersenyum nakal. "Dah, jom tidur."

Qaisha menggeleng. "No. Saya lapar."

Ikhwan membuat gaya berfikir. "Ye tak ye kan? Takpe, abang masak maggi."

Qaisha membuntangkan mata. "Ada maggi?"

Ikhwan mengangguk.

"Ada air panas?"

Ikhwan mengangguk.

"Ooooo..." Jawab Qaisha.

"Dah, let's eat!" Ujar Ikhwan lalu menuju ke begnya bagi mengambil maggi.

Qaisha menjeling Ikhwan dengan muka blur. "Tak masak lagi nak makan apanya?"

Isteriku Supernatural 2Where stories live. Discover now