Bab 9

4.3K 391 16
                                    

Setelah tiga tahun mereka berkahwin, hubungan mereka semakin kuat dan serasi. Kini, mereka sudah menjejakkan kaki ke universiti.

•••••

"Menang!" Jerit Qaisha setelah menghabiskan maggi.

Ikhwan meletakkan mangkuk maggi itu ke bawah. Dia menjeling Qaisha. "What? Bila masa kita main lumba-lumba ni?"

Qaisha menjelirkan lidah. "Tak kira juga. Qaisha menang juga!!!" Jeritnya lalu masuk ke dalam bilik.

Ikhwan merengus. "Apa-apa jelah isteri aku ni."

Ikhwan bangun lalu melabuhkan punggung di atas sofa yang berada di ruang tamu. Kepalanya terasa pening dan sakit.

'Biasanya kalau isteri mengandung, lelaki akan rasa macam ni. Tapi, tak akanlah Qaisha mengandung.' Bisik hati Ikhwan.

Tiba-tiba, dia ketawa besar apabila merasakan bisikan hatinya itu lucu.

"Hahahahahaha. Lawak gila aku ni." Ujar Ikhwan dengan sisa ketawa.

Qaisha yang sedang berbaring di atas katil berasa pelik apabila terdengar gelak tawa Ikhwan. "Wait, suami aku dah gila ke ni?"

Ikhwan berhenti ketawa lalu tersenyum sendiri. Dia merebahkan dirinya ke atas sofa. Dalam masa beberapa minit, dia terlelap. Begitu juga Qaisha yang berada di dalam bilik.

•••••

Pada pukul lima pagi, Ikhwan terjaga tatkala terdengar bunyi orang muntah. Segera dia menuju ke tandas yang berada berdekatan dengan dapur.

"Buek... Wekk..." Qaisha mengeluarkan segala isi perutnya.

Ikhwan menggosok belakang Qaisha. "Sayang abang ni okey tak?"

"Ada nampak macam saya okey ke?" Soal Qaisha dengan muka marah.

Ikhwan mengangkat bahu. "Tanya je."

Qaisha muntah tanpa henti. Ikhwan yang berasa kasihan melilau memandang sekeliling. Dia terlihat sebotol air mineral berada di atas kaunter dapur.

Ikhwan mengambil keputusan untuk mengambilnya namun perbuatan Qaisha menghentikan niatnya. Tangannya dipaut erat oleh Qaisha.

"Abang... Nak.... Pergi mana?" Soal Qaisha tersekat-sekat.

Ikhwan memandang Qaisha,sayu. "Abang nak pergi ambil air untuk sayanglah."

Qaisha menggeleng. "Jangan... Tinggalkan... Saya.... Buweekk.." Dia muntah lagi.

Ikhwan memandang botol air itu, resah. Tangannya dihulurkan pada botol tersebut. 'Kalaulah aku boleh ambil botol tu macam Qaisha...'

Secara tiba-tiba, botol itu terbang tepat ke tangan Ikhwan. Ikhwan terpana. Qaisha yang baru habis memuntahkan isi perutnya terkedu.

"Awak baru buat apa tadi?" Soal Qaisha.

Ikhwan memandang Qaisha setelah memahami sesuatu. "Awak mengandung ke?"

Isteriku Supernatural 2Where stories live. Discover now