Bab 11

4.3K 354 11
                                    

Balik sahaja dari belajar, Ikhwan asyik berkepit sahaja dengan Qaisha sehinggakan isterinya itu berasa rimas.

"Abang, saya nak jumpa Qailina kejap. Tunggu sini." Pinta Qaisha.

Ikhwan berpeluk tubuh. "Qailina tu siapa?"

"Bye abang. Terima kasih." Ujar Qaisha lalu berlari pergi.

Ikhwan baru hendak membuka mulut. Namun, ada satu tangan menutup mulutnya. Pemilik tangan itu membawanya ke satu tempat.

"Hmmm... Hmmm.." Ikhwan sudah hampir sesak nafas. Nasib baik pemilik tangan itu membuka tutupan mulutnya dengan segera.

Tercungap-cungap Ikhwan mengambil nafas. Kemudian, dia memandang orang itu. "Ghani?"

Ghani memandang Ikhwan dengan mata yang mencerlung kemarahan. "Apa hubungan kau dengan Qaisha?"

Ikhwan menghela nafas. "Mesti Qaisha tak beritahu lagi ni." Bisiknya perlahan.

Ghani menolak Ikhwan ke dinding. "Baru kat sini dah pandai nak curi buah hati orang, ya?"

Ikhwan mengerutkan dahinya. "Buah hati? Siapa punya?"

"Itu tak penting. Sekurang-kurangnya, bagitahu aku, siapa Qaisha tu pada kau?" Soal Ghani,berang.

Ikhwan tersenyum sinis. "Dia isteri aku, kenapa? Ada masalah?"

"Dasar lelaki!" Jerit Ghani lalu menumbuk muka Ikhwan bertubi-tubi. Ikhwan mula berasa lemah.

Dengan kekuatan yang dia ada,dia menggerak-gerakkan jarinya. Tidak lama kemudian, sebuah tong sampah di campak ke kepala Ghani. Ghani rebah tidak sedarkan diri.

"Aik? Baru kena sikit dah pengsan?" Ujar Ikhwan seorang diri. Dia mengusap bibirnya yang pecah.

•••••

Qaisha bertemu dengan Qailina yang sedang duduk di bawah sebatang pohon yang rendang. Segera dia menghampiri Qailina lalu duduk disebelah gadis itu.

"Oh, hai Qaisha." Ucap Qailina sebaik sahaja terlihat Qaisha. Rambutnya disisir lembut menggunakan sikat.

Qaisha tersenyum. "Errr... Hai. Awak nak tahu satu berita tak?"

Qailina mengangkat dagu. "Apa dia?"

Qaisha ketawa gembira. "Saya mengandung."

Qailina terkedu. Perkara yang ditakutkan oleh keluarganya telah terjadi. Dengan cepat, dia mengeluarkan sebilah pisau dari belakang.

Qaisha terkejut. Dia mengundur ke belakang. "Kenapa awak ni?" Dia memandang pisau itu. 'Sejak bila dia bawa pisau ni?'

"Saya tak boleh bunuh awak guna kuasa. Jadi, saya akan bunuh awak guna benda yang senang." Qailina berkata lalu menghampiri Qaisha.

Qaisha menggeleng. "Kenapa awak nak bunuh saya?" Air matanya mula menitis.

Qailina merengus. "Awak, walaupun saya satu keturunan dengan awak, saya tak boleh terima macam ni. Keluarga saya tak suka keturunan ini kerana keturunan makhluk asing. Kami mahu hidup normal, Qaisha. Awak faham tak?"

"Walau macam mana pun, kita masih normal. Sekurang-kurangnya, kita tak cacat." Tukas Qaisha.

Qailina masih menghunuskan pisau itu ke perut Qaisha. "Disebabkan ini, saya dan keluarga saya telah berjanji,bakan membunuh generasi Qai yang akan datang. Ya, saya berjanji."

Dia mula mengangkat pisau itu tinggi. Qaisha yang panik tidak tahu hendak berbuat apa. Dia hanya membatu di situ.

"Qailina, awak tak akan faham macam mana rasa ada benda hidup dalam perut ni." Ujar Qaisha, berani.

Qailina membuka mulut. "Tak. Sa... Saya..."

"Awak tak boleh menolak ketentuan ilahi. Segala-galanya berpunca dari Qada' dan Qadar. Tidak bersyukurkah awak menjadi makhluk yang hidup? Seandainya satu hari nanti Tuhan mengambil nyawa awak, awak akan menyesal kerana tidak menghargai hidup ini.

Pulanglah ke pangkal jalan, Qailina. Saya tahu yang kakak saya selalu berjumpa dengan awak bagi memberi sesi kaunseling. Awak tiada keyakinan diri. Awak tiada hati. Jadi, walaupun awak tidak memakai tudung pun, awak patutlah bersyukur." Pintas Qaisha panjang lebar.

Qalina terdiam. Pisau tersebut terlepas daripada tangannya lalu jatuh ke sebelah Qaisha. Kemudian dia terduduk lalu menangis teresak-esak.

"Saya janji... Akan pakai tudung, tak nak pakai skirt dah... Saya tahu saya islam... Cuma saya terikut budaya barat..." Tutur Qailina, sendu.

Qaisha seperti mahu ketawa di situ. Namun, dia menahannya sahaja.

"Sudahlah Qailina, jangan bersedih lagi. Saya pergi dulu." Ucap Qaisha selepas menggosok belakang Qailina. Dia bangun seterusnya melangkah pergi.

Qailina terdiam di situ dan menghamburkan segala kesedihan dan kejahatannya selama ini. Air mata membasahi pipinya.

Isteriku Supernatural 2Where stories live. Discover now