D U A P U L U H T U J U H ❁

1.2K 52 8
                                    


++ Apartment Jeon ++

" Omma wae? Kenapa tak angkat pangilan Hae? Omma baik baik aje kan. " Hae In merungut sambil mengacau air di dalam cawan itu. Sudah berkali kali dia menelefon omma dan Sehun namun satu pangilan pun tidak dijawab. Dia meraih cawan itu lantas berjalan menuju ke arah ruang tamu.

" Argh ! " Tidak sengaja cawan itu terlepas dari gengaman Hae In. Habis jatuh pecah dan bertaburan di atas lantai. Hae In menepuk nepuk dahi. Macam manalah boleh terlepas , dia angau apa tadi.

C L E K

Jungkook memasuki ruang dapur dengan muka cemberut. Hae In terkebil kebil mengutip kaca itu sekilas dia memandang Jungkook.

" Eo- aw-awal kau balik? Mi-mianhae. Aku tak sengaja terpecahkan cawan. Aku kutip balik. " Hae In dapat mentafsir wajah Jungkook. Mungkin dia akan dimarahi teruk kerana memecahkan sesuatu sesuka hati.

" Hae In we need to talk. " Jungkook meraih tangan Hae In dan membawa gadis itu ke sofa.

" Bu-but aku tak siap kemaska--"

" Omma dan Oppa kau dah meninggal. " Kata kata Jungkook membuatkan Hae In tergamam. Dia meleraikan gengaman erat Jungkook lantas ketawa.

" Kau bohong aku kan? Tak lawak lah Jungkook. Kau cari lawak lain lepastu bagitahu aku okay? Aku nak sapu kaca--"

" Aku tak tipu. Aku cakap benar Oh Hae In. Mereka berdua sudah pergi tinggalkan kau. " Jungkook menghembus nafas panjang. Hae In mengetap bibir.

" Cukup !! Kau ti-tipu aku Jungkook !! Tak kelakar lah !! Mereka masih hidup !! Aku dah call tapi mereka tak angkat mungkin mereka sibuk cari duit nak bayarkan hutang semula !! " Hae In masih tidak percaya. Dia mengangap Jungkook hanya mereka reka cerita untuk kenekan dia. Not funny af.

" Percayalah Hae In !! Aku tahu semua ni berlaku secara tiba tiba ta-tapi percaya!! mereka dah tiada ! " Jungkook memeluk erat badan Hae In. Air mata gadis itu mula berderas dengan laju.

" Tipu !! Kau penipuu !! Kau tipuu Jungkook kau tipu aku kan?? Sehun dengan omma masih hidupp. Bagitahu aku Jungkook !! " Hae In memberontak dan memukul bidang dada Jungkook. Dengan erat Jungkook memeluk gadis itu.

" Kalau lah semua apa yang aku beritahu dekat kau semuanya tipu. Tap malangny--"

" Andwae !! Se-sehun !! Omma !! Jangan tinggalkan Hae !! Hae dah tiada sesiapa dalam dunia ni !! " Hae In menangis teresak esak dalam dakapan Jungkook. Dia mencengkam kuat baju kemeja Jungkook. Terasa sangat sebak.

" Jangan lah macam ni. Nanti mereka tak tenang nak pergi " Jungkook masih memujuk gadis itu namun Hae In tidak menghiraukan. Dia menangis dan teresak sekuat hati. Dia sudah tidak mampu untuk bertahan dan hidup. Hari yang menjadi hari kebahagiaan Hae In sudah bertukar menjadi titik hitam dalam jiwa gadis itu.

" Argh !! Semua ni tipu !!! Argh !!!!!! " Hae In semakin tidak keruan. Ini mesti angkara Yoongi. Sialan punya lelaki. Hae In menolak Jungkook kasar sehinga lelaki itu terjatuh dari sofa dengan pantas dia berlari ke arah peti sejuk. Beberapa botol soju dicapai dan diteguk laju.

" Yah !! Kau !! Jangan minum !! " Jungkook merampas botol Soju itu daripada Hae In.

" Bagi balik!! Ini semua mimpi !! Aku nak bangun dari mimpi ni!! kematian dan berjumpa dengan kau hanyalah mimpi ngeri !! Bagi semula !! " Hae In merampas kembali botol Soju itu dari Jungkook. Lelaki itu tidak dapat berbuat apa apa selain membiarkan Hae In meneguk beberapa botol Soju sehingakan gadis itu mabuk.

" See ~ haha bilalah aku nak bangun dari mimpi niii ~ " Hae In memegang dua botol Soju sambil berjalan terhuyung hayang ke arah sofa. Dia menghempaskan badan di sofa lantas meneguk kembali Soju itu.

© ▣ H & R [ PHYSCOPATH ! ] » 전정국 «Where stories live. Discover now