L I M A P U L U H L I M A ❁

596 44 1
                                    


“ Hospital Seoul ”

Jungkook masih tidak sedarkan diri sejak semalam . Tiada sebarang respon yang Jungkook berikan setakat ini . Wonwoo mengeluh panjang lalu mendengus kasar . Yoongi sudah sedar dan kini berada di wad lain . Tak mahu dia samakan Wad Jungkook dengan lelaki syaitan macam Yoongi .

“ Maaf , aku lambat . ” Taehyung masuk lalu meletakkan sebekas buah - buahan yang masih segar di atas almari kecil . Wonwoo tersenyum nipis .

“ So , macam mana ? Jungkook ada bagi respon ? ” Soal Taehyung lagi , wonwoo mengeluh lalu mengeleng kepala.

“ Tidak hyung , dari semalam aku jaga dia , dia langsung tak bagi respon , doktor cakap kesan luka dia hampir kering . ” Sambung Wonwoo lagi .

“ Won , aku bukan nak cakap apa . Aku tahu keadaan sekarang ni agak huru - hara , pasal Hae In lagi , Jungkook dan Jimin .. tapi , kau kene balik . Kesian aku tengok Arissa tak nak keluar bilik semalam ..” Taehyung mengeluh lalu menepuk bahu Wonwoo , semalam dia tidur di kediaman Jeon . Sementara Tuan Jebon sedang mengawasi rumah itu , Joshua sudah diberikan rawatan yang secukupnya .

“ Hm , hyung terima kasih sebab gantikan aku mesyuarat tadi , aku betul - betul runsing sampai hal mesyuarat pun aku lupa . ” Terang wonwoo lagi . Taehyung menganguk laju lalu tersenyum nipis , disebabkan mesyuarat tadilah dia bertemu dengan perempuan pelik itu ..

Kim Hyemi ..

“ Hyung .. kau kenapa ni . Tersengih sorang - sorang ” Soal wonwoo hairan . Pelik dengan gelagat Taehyung hari ini .

“ Uhm , aniya .. pasal Hae , aku dah suruh orang buat siasatan .. dan pasal Jimin ...

Aku rasa ada kaitan dengan diorang .. ” Taehyung mengaru dagu, siapa tak berfikiran negatif bila Jimin muncul dalam keadaan darurat seperti ini . Lagi - lagi dia muncul dengan sisi lain . Bukan Park Jimin yang disenangi ramai .

“ Hyung .. tak baik menuduh . Kita siasat betul - betul dulu . ” Nasihat wonwoo lagi .

“ Yelah , sebab tu aku tengah siasat sekarang . Aku akan buat orang yang rampas Hae dari Jungkook merana sampai mati ! Sebab dia  ! Adik aku jadi macam ni .. aku janji Jungkook .. hyung janji akan cari semula Hae .. untuk kau . ” Taehyung melirik memandang Jungkook yang langsung tidak sedarkan diri , wayar - wayar megah di bahagian - bahagian tubuh Jungkook .

“ Hyung .. boleh jagakan Jungkook ? Aku nak balik . Nak jenguk isteri aku . ” Pinta wonwoo lagi , Taehyung menganguk faham .

“ Baliklah , aku boleh jaga Jungkook . ingat won , arissa sedang mengandung .. dia tiada siapa - siapa wonwoo selain kau .. dia perlukan kau disisi dia . ” Taehyung tersenyum nipis , semenjak Arissa tidak mengaku Yagi sebagai bapanya , syarikat Yagi jatuh teruk dan terus bankrap . Yagi dikejar pemiutang (?) Dan dibunuh di Jepun . Saudara Arissa langsung tidak hiraukan Arissa . Hidup Arissa tidak ubah seperti Hae In . Tinggal sebatang Kara .

“ Terima kasih hyung . Aku pergi dulu . ” wonwoo bangun dan meraih hoodie berwarna merah itu lalu pergi dari situ . Taehyung duduk berhadapan dengan Jungkook yang masih terlantar di katil hospital .

“ Jimin .. ” Taehyung mengetap bibir , dia pun tidak tahu mengapa dia terlalu mengesyaki Jimin sekarang .. mungkin Jimin hilang setelah Hae In dan Jungkook kembali bersama .. itu pun hairan juga .. pada waktu perkahwinan Arissa dan Wonwoo dulu .. Jimin orang pertama yang lari keluar dari dewan tanpa arah tuju ...

© ▣ H & R [ PHYSCOPATH ! ] » 전정국 «Where stories live. Discover now