BAB 1

3.9K 65 9
                                    

Satu

Tuala dicapai laju oleh Nuqman. Dia berlari ke bilik air. Nazrin hairan dengan rakan sebiliknya itu. Nazrin yang sedang sibuk menaip tugasan,melihat skrin telefon bimbitnya. Sudah jam empat petang. Nazrin menepuk dahi.
Aduh, Lupa nak kejut man..
Nuqman keluar dari bilik mandi. Bergegas ke almari pakaiannya mencari jersi. Nuqman. Terkenal sebagai pelajar aktif di universiti. Pemain bola harapan universiti. Gigih berlatih setiap petang.

"Bro, sorry tak ingat nak kejut, raligh buat kerja, sebelum pukul lima kena submit.."
Kata Nazrin sambil terus menaip.
"Takpelah bro, ehh.. Kau boleh hantar aku pergi padang tak ni?"
Soal Nuqman sambil menyisir rambutnya yang ikal mayang.
"Sorry bro, aku betul-betul darurat ni, banyak lagi tak siap. Kau mintak tolong Ziyad laa.."
Laju jari-jemari Nazrin menaip. Kepalanya tidak berkalih.
Nuqman terus berlari keluar dari biliknya menuju ke kamar Ziyad. Hostel Yang didiami mereka adalah merupakan sebuah rumah yang mempunyai tiga buah bilik dan setiap bilik dihuni oleh dua orang pelajar. Daun pintu ditolak laju. Ziyad yang sedang menyusun buku ke dalam beg menoleh ke arah Nuqman.
" Haaa ko kenapa Man?"
Soal Ziyad sambil menggalas begnya.
" Yad, aku dah lambat ni traning bola. Kau hantar aku.."
Balas Nuqman kelam-kabut.
" Laa kau dah lambat la ni? Tulaa aku dah cakap tido tu jangan ke petang sangat, lepastu bangun lambat, ni dah zohor belum? Dah asar belum?"
" Arghh aku bukan nak dengar kau bebel. Cepatlah.. Nanti aku kena round padang kalau lambat!"
" Sabo sabo, engko nak aku cakap Perak baru tau sabo?"
Muhammad Ziyad. Jejaka berasal daripada Perak. Berkulit hitam manis. Sentiasa cool dan selamber.
" Habis kau nak aku cakap jawa baru kau nak cepat!!"
Nuqman pula melawan. Nuqman Al-Haqim. Berasal dari Johor dan berketurunan jawa. Orangnya kacak bergaya. Sentiasa menjaga penampilan.
" Yeee, Jom. Ajenye tak menyabo.."

Nuqman menghala nafas lega apabila latihan belum dimulakan. Dia berlari masuk ke padang. Menghampiri rakan sepasukannya, Mikhail.
"Bro, apsal lambat?"
Soal Mikhail.
"Sorry wei, aku tertidur.."
"Nasib baik Cik Azrai tak sampai lagi tau.."

Nazrin keluar dari bilik Dr.Anizah. Selesai menghantar tugasan yang disiapkannya tadi. Dia mengeluarkan telefon bimbitnya dari dalam beg. Whatsapp bertalu-talu masuk. Whatsapp dari grup rumah. Dia membaca satu persatu.

Emir : Hampa kat mana? Bila balik? Pukul berapa? Aku lapaq ni. Jom la p makan.
Nuqman : Sorry, traning bola. Busy. Bye
Ziyad : Aku discussion ni beb. Balik lewat sikit. Ko tadi tido jee, ni mesti baru bangun.
Emir : memang laa tidoq, aku pagi tadi kawad suksis, penat baq hang. Laaa ni bangun perut duk bunyi jaaa.
Ziyad : Kau ajak Ayien laa. Dia takde kat rumah ke?

Nazrin menaip laju. Membalas sambil menuruni anak tangga.

Wei, aku hantar assignment tadi. Kejap lagi balik. Demo tunggu deh. Kejap lagi aku sampai kita g makan samo.

Emir : Cepat sikit.

Hampir dua minggu bergelar pelajar ijazah, Syuhara masih tidak dapat mengingati setiap kelas, cafe, perpustakaan dan tempat-tempat di universitinya.

Aduhh, aku tak ingatlah. Apa hal laa U ni besar sangat.

Syuhara merungut sendiri. Sedang dia sibuk mencari kelasnya, matanya tertancap ke arah padang bola. Dia memerhati dari jauh.

Dulu kat sekolah, takde pun dapat tengok budak lelaki training bola macam ni.

Syuhara sengih sendiri. Nur Syuhara. Gadis lepasan STPM yang bersekolah di sekolah perempuan sahaja. Seorang yang simple dan mudah lupa. Dia cuba menghampiri ke tepi padang bola.

Setahu aku kalau kat sekolah-sekolah, selalu budak lelaki training mesti budak perempuan duduk tepi bersorak kan? Tapi ni universiti...

Syuhara berimaginasi sendirian. Tiba-tiba....

Aduhhhhhhh.....

Dia memegang kepalanya. Sebiji bola hinggap laju di kepalanya. Syuhara terduduk di tepi padang. Pelajar-pelajar lelaki di situ mentertawakannya. Syuhara mengalihkan pandangan, malu.

"Woi! Yang duduk tepi padang tu buat apa?!"
Jerit Mikhail sambil ketawa terbahak-babak diikuti rakan-rakannya yang lain.
Syuhara tunduk malu.
"Bak sini bola tuuu!!"
Jerit Mikhail lagi.
Nuqman menggeleng kepala lalu berlari anak menuju ke arah Syuhara.

Aduhh, apa kau buat ni Syuha. Malunyaaaa. Sape pulak datang ni. Aku patut terus blah atau.....

Belum sempat dia berkata-kata dengan dirinya sendiri, Nuqman berdiri tegak di hadapannya. Nuqman menghulurkan tangannya. Baru sahaja Syuhara hendak mencapai tangan Nuqman, Nuqman ketawa kecil.
"Saya minta bola tu, bukan nak tolong awak bangun. Mana boleh bersentuhan bukan muhrim.."

Aduhh.. Syuha, maluuuunyaaa.

Syuhara menghulurkan bola tersebut dan masih menunduk menyorokkan wajahnya.

"nak pergi mana?"
Soal Nuqman.
"kelas rekabentuk. Dekat bilik 303T."
Balas Syuhara.
"bangunan dia kat sana, cari je depan kelas ada tulis nama kelas awak tu"
Nuqman menuding jari ke arah bangunan paling hujung.
Syuhara bingkas bangun dan bergegas menuju ke sana. Tidak mahu berada di situ terlalu lama dan ditertawakan.

Ziyad bengang. Hampir satu jam dia menunggu ahli kumpulannya, seorang pun tidak memunculkan diri.
Janji pukul lima, tapi sorang pun tak datang lagi ni dah kenapa.
Ziyad membebel sendiri. Melihat ke kiri dan kanan. Ini yang aku malas buat assignment berkumpulan. Time discussion punya payah. Bila nak hantar assignment minta nama penuh, no matrik laju je bagi. Macam ni rupanya hidup kat universiti. Ziyad membebel lagi.
"bro! Sorry gua lambat!"
Lutfi tiba menghentikan Ziyad dari bebelannya.
"Wei,sejam kot aku tunggu.."
"Gua tadi ada perjumpaan kelab beb, lepastu gua pergi interview kelab prs.."
Lutfi Mohammad. Pelajar paling aktif mengikuti setiap program dan kelab di universiti. Lutfi melabuhkan punggungnya berhadapan Ziyad.
"Habis yang lain sekarang ni mana?"
"Mungkin ada kelas.."
"semalam dah janji pukul lima, tak logik ada kelas.."
Ziyad ketawa kecil, memerli.
Nadrah tiba bersama Ridza sambil senyum-senyum kambing dan terus mencelah.
"Sorry lambat. Ada hal."
Ujar Ridza.
"Ada hal ke dating?"
Lutfi memerli.
Nadrah Natasha dan Syah Ridza. Dua pasangan paling popular di universiti. Baru dua minggu di universiti sudah tangkap cintan. Ke mana sahaja pasti berdua. Jadual dan kelas semuanya sama.
"Tak kisahlah dating ke apa, lain kali tolong tepati janji. Jom kita start discussion."
Ziyad mengeluarkan buku nota dan pen dari dalam begnya.

Adrina menatap telefon bimbitnya dari tadi. Mengharap ada yang sudi membalas kiriman whatsappnya. Hampir satu jam dia menghantar pesanan mencari kumpulan untuk tugasan namun tiada yang sudi membalas.
Aduhh balaslah. Takde ke yang sudi amik aku jadi ahli group. Apa yang kurangnya aku ni. Susahlah macam ni. Matilah kalau tak jumpa group. Adrina menatap whatsapp Ziyad. "Online"!
Tapi aku tak nak satu group dengan dia. Nanti semua kerja nak perfect tapi daripada takde group baik aku tanya. Laju jari jemarinya menaip. Siti Nur Adrina. Gadis yang tetap dengan pendiriannya. Suka ponteng kelas dan kuat tidur. Suka bersendirian daripada bergaul namun dia tidak suka menyusahkan orang sekelilingnya. Lebih suka berdikari dan berpijak atas kaki sendiri. Laju Ziyad membalas. Adrina naik angin membaca balasan whatsapp dari Ziyad itu. Dia mendengus panjang.

Budak DegreeWhere stories live. Discover now