Bab 4

1.2K 28 0
                                    

Empat

"Beb, cuti tiga harini aku balik kampung tau. Malam ni aku naik Flight dah.."
Celik mata Naufal yang baru sahaja hendak terlelap itu mendengar tutur bicara Izzaq.
Izzaq sedang menyusun pakaiannya satu persatu ke dalam beg pakaian.
"Ada apa balik?"
Soal Naufal yang sedang baring di atas katil sambil membaca majalah islamik. Islamik tak islamik jugaklah, cover majalah gambar Heliza Helmi. 😅
"Ada hal bro."
Izzaq menggalas begnya dan menghulurkan tangan bersalaman dengan Naufal.
"Pergi dulu.. Takut tak sempat.."
Izzaq bergegas keluar dari bilik.
Naufal terlopong. Aik, dia pergi macam tu je? Aku ni tak sempat nak tanya dia nak balik mana ke apa. Dari awal masuk U, aku tak pernah tau asal usul dia ni. Pelik betul roommate aku ni. Hal apa laaa yang sampai dia kalut sangat tu. Naufal mengomel sendirian.

Emir meneliti setiap ahli whatsapp group suksisnya itu. Mencari nombor Umairah. Tiada nickname Umairah. Gambar profile juga tidak dijumpai. Ni, mesti taknak orang tau identiti, takpe aku cari sampai jumpa.
"Hoi!!.."
Sergah Ziyad.
Terperanjat Emir, dia terus menyembunyikan telefon bimbitnya.
"Kau buat apa haaa?"
Soal Ziyad cuba mencuri lihat telefon bimbit Emir itu. Emir tersengih-sengih. Ziyad menggelengkan kepala.
"Esok cuti kan? Jom outing.."
Kata Ziyad.
"Bro, esok tak boleh. Aku ada program suksis, ajak Man dengan Ayien laa. Naufal sekali.."
Balas Emir.
"Alaa, kita pergi lusa laaa. Lusa still cuti kan?"
Ziyad mengajak lagi.
"Penatlah bro. Esok program pagi ke petang kot. Lusa aku nak tido puas-puas je.."
Balas Emir.
"Alaaa kau ni.. Kalau aku jadi outing dengan Man, Ayien dengan Naufal, kau jangan jeles eh.."
Ziyad sengaja mengusik Emir.
"Tak pun.."
Emir menjuihkan bibirnya.

Pagi-pagi lagi Syuhara sudah bersiap-siap. Sedangkan hari cuti. Safiyya hairan melihat kelakuan rakan sebiliknya itu. Sambil menyanyi-nyanyi mengenakan tudung di kepalanya. Minyak wangi hampir satu botol disembur.
"Ehh kau nak pergi mana ni Syuha? Bukan harini cuti ke?"
Soal Safiyya sambil menyusun buku-buku yang selesai ditelaahnya sejak subuh tadi.
"Pergi kampus laa.."
Syuhara menyengih.
Safiyya menarik wajah hairan. Melihat Syuhara atas ke bawah.
"Bukan ke takde kelas? Yang cantik-cantik wangi-wangi ni untuk apa?"
Soal Safiyya lagi. Syuhara sekadar membalas dengan sengihan.
"Pergi dulu..."
Syuhara berlalu meninggalkan Safiyya dengan tanda tanya.

Telefon bimbit Adrina berdering berulang kali. Adrina yang sedang nyenyak diulit mimpi menutup telinganya dengan bantal dan membiarkan saja telefon bimbitnya terus berbunyi tak berjawab. Dia lega apabila deringan telefonnya berhenti. Selang beberapa saat, telefon bimbitnya berbunyi lagi. Dia mencapai telefon bimbitnya tanpa melihat dan masih memejamkan mata dan terus membatalkan panggilan telefon. Telefon bimbitnya masih juga berdering. Aish! Siapa yang gigih sangat call waktu-waktu cuti ni?! Nak tido pun tak senang lah!! Adrina mendengus.
"Ed, angkat lah telefon kau tu bising lah.."
Suara Aryana bergema dari dalam tandas.
"Aku nak melabur pun tak senang tau!!"
Tambah Aryana.
Adrina cuba mencelikkan matanya. Bangun dan duduk di atas katilnya. Sekali lagi telefon bimbitnya berbunyi. Tertera nama Ziyad pada skrin telefon bimbitnya. Adrina mengeluh panjang. Ehhh mamat ni nak apa? Boleh tak kalau orang tak angkat tak payah call berkali-kali. Bebel Adrina dan terus menjawab panggilan telefon, acuh tak acuh.
"Eh.. Kau pergi mana? Naik kematu jari-jemari jantan aku ni call kau tau, tak reti-reti nak angkat call? Dah berpuluh baru reti nak angkat?.."
Adrina menjauhkan telefon bimbit dari telinganya. Membebel jee mamat ni apa hal. Apabila telefon bimbitnya kedengaran senyap, dia kembali mendekatkan pada telinga.
"Habis dah bebel? Kau nak apa haaa? Call aku cuti-cuti ni haaaa?"
Adrina melepaskan tidak puas hatinya. Pantang tidurnya diganggu.
"Assignment satu kita kena reject. Prof suruh buat semula. Dia nak sebelum lima petang ni.. Aku tak kira, kita kena duduk semeja siapkan sama-sama.."
Balas Ziyad.
"Ehh.. Apa hal pulak? Part aku dah perfect kot.. Aku dah cek lebih 10 kali tauu.. Aku siap tanya prof dah tau.. Apa lagi yang salah?"
Adrina tidak puas hati. Celik terus matanya. Aryana keluar dari tandas. Memegang perutnya. Adrina sekadar menggelengkan kepala. Sudahlah tengah runsing dengan mamat sorang ni,roommate pulak haru-biru.
"Sakit perut.."
Bisik Aryana. Beberapa saat kemudian, dia berpatah masuk ke tandas semula. Betul-betul sakit perut ni!
"Ye, part kau dah perfect. Sekarang ni yang masalah part Epi dengan Nadrah.."
"Haaaa. Kalau part diaorang suruh diaorang buat laa.. Aku pulak..."
"Epi takleh pagi ni,dia ada program dengan kelab dia sampai petang.. Nadrah pulak kan balik kampung. Cepatlah, nanti lambat hantar kena potong markah. Aku dah kat kampus ni.."
"Hish, yelah. Tunggu jap aku siap.."
Adrina mematikan panggilan telefon sambil mengomel sendirian. Kerja orang lain aku pulak yang kena buat. Tak bertanggungjawab langsunglah. Dia mencapai tuala dan menuju ke kamar mandi.
"Yana...kau dah ke belum? Aku kena pergi kampus ni.."
Adrina mengetuk pintu berulang kali.
"Okey-okey.. Kejap..."
Laung Aryana dari dalam.

Seperti biasa. Syuhara akan ke tempat persembunyian untuk mengintai pujaan hatinya. Kali ini, misinya adalah untuk mencari tahu siapakah gadis yang duduk di sebelahnya ketika majlis usrah tempoh hari. Dari jauh dia dapat melihat Emir menghampiri Umairah namun Umairah bingkas bangun meninggalkan Emir. Ooooo, ni mesti dia nak try pompuan tu tapi tak dilayan. Syuhara membuat spekulasi sendiri. Hish, macam nonsense pulak aku duduk sini mengendap benda bukan-bukan. Eeee, apa kau buat ni Syuha. Kau datang nak belajar kan bukan nak buat semua benda ni tapi pepatah ada juga cakap sambil menyelam minum air. Dia menyengih sendiri.

Hampir satu jam Ziyad menunggu barulah Adrina muncul. Ziyad melihat jam ditangannya, menyindir Adrina. Adrina menjeling sambil mendengus.
"Takde janji pun pukul berapa kan? So aku tak lewat okey.. Kau dah laa kacau tidur aku pagi-pagi macam ni.."
Laju Adrina bersuara sambil melabuhkan duduknya berhadapan Ziyad.
"Pagi? Pagi apa matahari dah terpacak atas kepala.."
Bantah Ziyad.
"Hello, pukul 10 okey. Pada aku pagi lagi.."
Pintas Adrina pula.
"Seeloknya bangun awal pagi. Ni kau subuh tak tadi?"
"Hey, aku bangunlah solat subuh, lepastu tidur balik.."
"Tak eloklah tidur lepas subuh. Seeloknya mandi, pagi-pagi tu bersenam sikit ke, study sikit otak tengah fresh time tu.."
"Okey cukup.. Sekarang ni baik kita start buat assignment kita.. Kau nak membebel, kau sambung kat hostel kau.."
"Aku cakap je.."
"Kau bukan cakap, kau membebel.."
"Dah lah, cepatlah buat.."
Ziyad menekan butang on pada laptopnya. Malas hendak bertekak dengan Adrina. Takkan pernah habis kalau bertekak dengan perempuan sorang tu.

Syuhara tersengih-sengih sendirian di cafe sambil menyuap nasi lemak ke dalam mulutnya. Kalau macam ni, setiap Sabtu, kena pergi kampus baru boleh jumpa Abang Suksis aku. Berbunga-bunga rasa hati, cerah rasanya malam. Syuhara berangan sendirian. Awan-awan lamunannya tersentak apabila dua orang gadis menyapanya.
"Roomate Safiyya kan?.."
Soal Hasanah.
Syuhara sekadar membalas dengan anggukan.
Dua orang gadis itu saling berpandangan dan masing-masing mengeluarkan sejumlah wang lalu dihulurkan kepada Syuhara.
"Nanti bagi dekat Safiyya ya.."
Ujar Latifah pula.
"Duit apa ni?"
Soal Syuhara kehairanan.
"Saja sedekah.."
Balas Latifah dengan senyuman sinis dan terus berlalu pergi. Syuhara menyimpan wang tersebut ke dalam begnya dengan seribu tanda tanya. Duit apa ni? Sejak bila Safiyya berniaga pulak ni?

Budak DegreeDonde viven las historias. Descúbrelo ahora