Bab 12

658 20 0
                                    

Sumpah susah! Kuiz tadi rasa macam nak pecah kepala jawabnya. Rasa nak hentak kepala kat bucu meja. Macam mana Adrina boleh jawab sekejap je? Dah la masuk lambat! Aryana siap cakap dia tidur kat rumah. Ziyad dan Lufti berjalan Keluar dari kelas sambil mengomel tentang soalan kuiz yang mencabar minda tadi! Nampak macam Adrina tengah lepak sorang-sorang kat hujung meja kosong hadapan bangunan fakulti tu. Bukan main senang hati lagi dia goyang kaki kunyah nudget sambil menghirup air kotak. Ziyad dan Lufti menghampiri.
"Eh.. Ed.. Senang ke soalan tadi?"
Soal Lufti dan terus melabuhkan punggung diikuti Ziyad.
"Kacang.."
Balas Adrina.
"Kau dah la masuk lewat.. Yana kata kau tido.. Masuk kelas, sepuluh minit kau jawab kau blah.. Bila masa kau study..?"
Tambah Ziyad pula.
"Senang je.. Dalam kelas kau fokus laa kaw kaw.. Biar lekat dalam kepala.. Balik hostel takyah study dah.. Tido jelah.."
Balas Adrina.
"Otak kau je kot yang macam tu.. Aku tak boleh macam tu.."
Ziyad mencebik. Lufti melihat jam ditangan. Dah lewat! Petang ni ada program! Macam manalah boleh lupa!
"Eh.. Aku gerak dulu.. Lupa ada program. Aku kena handle.. Blah dulu.."
Laju saja Lufti meninggalkan Ziyad dan Adrina berdua. Rasa kekok pula. Kawan-kawan yang lalu lalang pula pandang semacam. Mesti diaorang ingat kami couple. Hello! Takde masa okey! Ziyad ni? Memang tak laa! Bisik hati Adrina. Habislah aku kalau jadi gosip. Memang taklah aku nak bercinta. Aku masuk U nak belajar okey bukan bercinta! Bisik hati Ziyad pula.

Jam baru sahaja menunjukkan pukul lapan malam. Nazrin kalut pulang ke hostelnya. Terus menuju ke arah almari pakaian. Mengeluarkan beg balik kampungnya dan terus mengemas pakaian. Nuqman yang sedang layan game FIFA tu pun pelik. Nazrin nampak kelam-kabut sangat. Gelisah. Macam ada yang tak kena. Selalunya Nazrin habis kerja jam dua belas malam. Kenapa malam ni dia balik awal? Nuqman menekan butang pause (FIFA boleh pause ke?)
"Ayien.. Ape hal kau ni?"
Soal Nuqman.
"Aku kena balik Kelantan laa Man.. Mak aku dah tenat tu..."
Ujarnya.
"Yeke bro?"
"Tapi.. Aku nak minta tolong sikit bro.."
"Apa dia?"
"Aku belum gaji...."
Belum habis Nazrin menyuarakan kata-katanya, Nuqman memintas laju.
"Bro.. aku faham..."
Nuqman mengeluarkan dompetnya. Menghulurkan wang kertas lima puluh ringgit kepada Nazrin. Terharu rasanya. Rasa nak menitiskan air mata jantan kat situ juga tapi Nazrin cover.
"Aku tak tau nak terima kasih macam mana bro.."
Ujar Nazrin.
"Takpelah.. Dah dah balik cepat.. Nanti lambat.. Bas takde pula.. Itu je aku mampu bagi.. "
Balas Nuqman. Johor ke Kelantan kau gila tak jauh! Dua belas jam perjalanan. Nuqman tak apalah, dia memang asal Johor. Dia tak perlukan wang yang banyak untuk pulang ke kampung. Apa salahnya tolong kawan yang tengah susah ni. Nazrin dan Nuqman saling bersalaman. Hah! Aku pun nak kena kemas barang ni! Esok dah berangkat ke Perlis! Nuqman menepuk dahi. Apa hal boleh lupa pula game penting ni!
"Yien.. Kau nak pergi mana?"
Soal Naufal yang sedang mengaji di ruang tamu. Ziyad dan Emir yang sedang berbual, keluar dari bilik. Pintu bilik mereka tak tutup, so mereka nampaklah kelibat Nazrin yang sedang menjinjing beg tu.
"Balik kampung kejap Pal.. Mak aku sakit.. Nanti apa-apa pasal kelas share laa tau.."
Ujar Nazrin.
"Hati-hati Yien.."
Ujar Ziyad yang berdiri di depan pintu biliknya.
"Jomlah aku hantar pergi terminal.."
Emir keluar dari biliknya sambil memasukkan kunci motornya ke dalam kocek seluar.

Macam curiga je dengan cerita Safiyya semalam. Biar betul dia dah kahwin? Ke dia buat cerita. Entah-entah dia mengandung anak luar nikah. Sebab tu dia taknak bagitau siapa suami dia? Syuhara membuat andaian sambil memerhatikan Safiyya yang sedang tekun mengulangkaji pelajaran itu. Astargfiruallahadzim. Choyyy! Tak baiklah Syuha cakap macam ni. Betullah tu dia dah kahwin. Kau takde kat tempat dia, kau taktau macam mana rasanya. Suka hati je buat andaiankan.
"Ya... Aku nak tanya lagi sekali boleh?"
Pertanyaan Syuhara memecah suasana sepi di kamar itu.
"Apee.."
"Betul ke kau dah kahwin?"
"Laaa kau tak percaya lagi dengan aku ke?"
"Tak.. Selagi kau tak bagitau siapa husband kau.."
Safiyya mendengus. Nak tak nak kena bagitau laa ni. Kalau tak, sampai bila-bila lah orang akan sangsi dengan aku. Sebenarnya.. Suami Safiyya......

Jarang nak nampak Umairah study gila-gila macam tu. Pelik juga. Aryana menoleh sesekali ke arah Umairah di katil atas. Umairah baca buku subjek sejarah dunia? Umairah tak minat sejarah. Sejak bila dia minat sejarah? Itulah.. Aryana tak tau, Umairah jadikan buku itu sebagai helah saja. Padahal dia tengah baca buku Tips Mendapatkan Cinta Jejaka. Sebab taknak orang tau, dia lapikkan saja buku sejarah dunia apa benda tu disebalik buku Tips Mendapatkan Cinta Jejaka itu. Betul-betul nak pikat hati pensyarah ni! Aryana malas nak bertanya banyak. Tapi hairan juga tengok Umairah sengih-sengih sorang-sorang. Apa yang kelakar sangat baca buku sejarah dunia sampai boleh senyum sorang-sorang? Aryana tersentak daripada terus skodeng rakan sebiliknya itu bila Adrina yang sedang tidur di katil sebelah, mengigau. Tepuk-tepuk tangan. Dah kenapa? Mimpi apalah Minah tu!

Sepanjang perjalanan, Nazrin tak sedap hati. Inilah saat yang paling takut bila study jauh jauh. Takut apa apa jadi kat family. Takut tak sempat jumpa family. Ya Allah... Semoga semuanya dalam lindunganMu Ya Allah. Aku bukan taknak balik, tapi aku tengah cari duit untuk balik. Tolong bagi aku kesempatan untuk pulang rumah dahulu jika betullah semuanya akan Kau ambil dari aku. Dua belas jam! Jauh lagi perjalanan. Panjang lagi masa. Apa-apa sahaja boleh berlaku. Nazrin tak henti-henti berdoa sepanjang perjalanan.

Budak DegreeWhere stories live. Discover now