Part 2

19.5K 377 3
                                    

Tali leher dilonggarkan sebelum dicampak keatas sofa.Fikiran buntu memikirkan beban yang ditanggung sorang2. "Daddy,Mia lapar." adu Mia sambil memegang perut tanda dia amat2 lapar. "Jom pergi dapur.Daddy beli nasi goreng favourite Mia." kata Harraz sambil menuntun tangan Mia untuk ke dapur.Harraz mesti dan mesti cari pengasuh untuk Mia.Tapi,lagi baik kalau dia kahwin kan?Bukan ke tengah hangat sekarang anak dara kawin ngan duda?So?Tolonglah aku tak nak kahwin buat masa sekarang.Macam mana dengan Mia?Kenapa dengan dia?Dia perlukan seorang ibu.Mak dia dah mati depan mata aku sendiri.Kahwin lain.Harraz meraup muka.Letih bercakap dengan akal yang tidak memahami kehendak hati. "Daddy,Mia tidur dulu." suara Mia mengejutkan Harraz.Dia mengangguk kecil.Harraz mencapai Iphone 6 nya.Telefon ditekapkan ke telinga. "Helo,Bad.Aku nak agensi kau bantu aku cari pengasuh." straight the point Harraz memberitahu.Setelah beberapa minit berbual.Harraz bangkit mengemaskan meja makan sebelum menutup lampu dapur.

********************************
"Bang,anak dara awak tu kenapa?" tanya Puan Hasnah kepada Encik Marzuki.Encik Marzuki mengankat kepala ditilik muka Isha yang menunduk melakar putaran di dalam pinggan makan. "Kau kenapa Isha?" tanya Puan Hasnah.Ada gaya gangster disitu.Mujur tidak letak kaki atas meja aje. "Mak,abah sebenarnya...Isha...Isha..." "Isha apa?Apa yang Isha tu?" Puan Hasnah menyampuk dengan suara kuat.Tercampak tulang ayam Rashid yang digonggongnya mendengarkan suara kuat maknya. "Sabarlah mak." pesan Isha dia mengurut dada perlahan.Terkejut doo. "Aaa...mak,abah.Rash pun ada benda nak cakap.Rash...Rash.." "Hah!Yang ni lagi sorang.Teragak-agak nak cakap." Puan Hasnah menjeling kearah Rashid. "Rash nak kahwin." ceria Rashid memberitahu. "Baguslah tu.Aida pun dah lama menunggu kan?" Encik Marzuki menyampuk dihujung kata. "Isha nak cakap apa tadi?" tanya Encik Marzuki. "Tak ada apa2."
Isha tersenyum.Yang lain diam.

********************************
Isha merenung kepekatan malam melalui jendela biliknya.
Entah kenapa hati Isha rasa kosong,sekosong malam itu yang tiada sebutir pun bintang dan tidak diterangi bulan.Sepi.Hanya itu yang dia rasa saat ini.
Isha pejam mata.Mencuba hayati kedinginan malam yang menggigit deria sentuhannya. "Irfan,saya harap awak pun tenung langit sepi ni." Isha berkata sendirian sebelum menutup jendela.Sementara itu bukan si Irfan yang tengah tidur krohhh2 tu tengok bintang tapi orang lain.Siapakah gerangan itu?Soalan paling masuk air.Siapa lagi kalau bukan hero dia.Klise betul soalannya.

********************************
"Isha,mak dah jumpa kerja yang sesuai dengan kamu." kata Puan Hasnah selepas pulang dari kedai runcit. "Apa mak?" tanya Isha tidak sabar. "Pengasuh." jawapan pendek maknya,membuatkan Isha terbeliak biji mata. "Mak!Tak nak lah.Mesti gaji sikit.Malaslah Isha nak jaga budak." jawab Isha sambil mencebik mulut. "Lelaki tu tadi cakap kat mak,harga boleh runding.Mulut manis,kerja pula tip top memang gaji banyak la." Puan Hasnah cuba memasukkan jarum pujukan supaya Isha berhenti dari menjadi YABP Isha atau dalam kata lain, Yang Amat Berhormat Penganggur Isha yang setia menjawat jawatan itu dirumah mereka. "Mak mesti budak tu suka nangis.Isha memang pantang budak nangis ni nanti Isha cubit kan call Teledera pulak." Isha mengugut menggunakan cara paling berkesan.Bab dera budak ni kan ramai marah.Lepas tu masuk facebook,kena caci dengan netizen,keluar newspaper and the end berumah tangga dalam lokap.Kisah tragis. "Budak tu dah besar panjang.Tak mainlah nangis2 ni.Lagipun kau cuma perlu teman dia je.Bapak dia pergi kerja." sekali lagi alasan Isha berjaya dipatahkan oleh Puan Hasnah. "Mana tahu kau jumpa jodoh nanti." pujuk Puan Hasnah lagi.Gulpp!Isha telan liur kesat. "Mak,Isha dah ada pakwe la." dan kitaorang nak bertunang.Isha memberitahu sekerat dan sekerat lagi still tersimpan dalam hati.Takut siot nak beritahu dekat Puan Hasnah kita.Puan Hasnah kita?Puan Hasnah kau lah! "Lupa pulak nak beritahu intan payung mak ni.Kerja ni bukan jadi pengasuh saja tau tapi memerangkap pembantu rumah.Sekian terima kasih." Puan Hasnah bersarkastik.Isha terlopong.Amboi mak!Deep betul.Terasa pulak. "Jaga budak?Tak kisah.Tapi masak?Aku kisah!" Isha bangun dari duduk dan mengejar maknya yang menuju ke dapur. "Mak!Isha tak pandai masak." Isha menjawab berani.
"Amboi nak umumkan satu dunia ke yang kau tak pandai masak?Orang kalau tak pandai,orang belajar.Jangan bangga sangat.Nanti nak bagi makan kat suami apa?Daun kering yang kau main pondok2 kelmarin?" takzirah percuma dari komander Puan Hasnah memang menyentap relung hati perempuan bernama Isha.Oh,deep sangat! "Mak,mak tahu kat mana yang Isha main pondok2 kelmarin?" Isha bertanya.Yalah orang yang berumur 25,dah matang mana main pondok2 macam budak2.Apa barang?Tak ada taste langsung kata orang matang.Puan Hasnah memberi pandangan sipi.Haish!Anak dara dia memang pelik pun.Tak apa lah Isha,asal kau bahagia.
"Meh sini anak mak yang cantik ayu,jelita,menawan.Mak nak ajar masak kari ayam ni.Tak pandai masak kan?Meh." Puan Hasnah menceceh.Isha dah serba tak kena.Dia paling malas masak makanan macam tu.Kalau kek tu bolehla.Dia malas belajar memasak.Jawapan dia hanya...Malas!Malas!Dan malas!
"Jangan degil.Awak tu tak pandai masak." Puan Hasnah memang bercakap straight to the point tak adanya dia rajin berkias-kias bahasa ni. "Assalamualaikum!" laung Rashid dari pintu hadapan. "Waalaikumussalam." serentak Isha dan Puan Hasnah menjawab. "Tengah buat apa tu Isha?" tanya Rashid sambil tersungging senyuman hantu langsuir dia tu.Taring2 puntianak semua keluar. "Tengah cabut gigi." Isha menjawab selamba tahu sangat fiil abang dia yang seorang ni.Kerjanya selain cikgu,suka mengusik orang.Macam manalah Kak Aida boleh suka kat mamat bertaring ni.Amboi Isha mengutuk abang sendiri ye!
"Isha belajar masak." jawab Puan Hasnah yang sedang memotong sayur. "Masak?Masak apa?Gulai kuning batu dan daun kering?" Rashid membuat muka tak berasas dia.Isha melempar secubit garam kearah abangnya. "Syuh2!Pergi jauh2 hantu puntianak bertaring." Isha membuat gaya menghalau hantu.Rashid ketawa terbahak-bahak.Berhingus matanya kerana ketawa kuat sangat.Tak lama kemudian mukanya bertukar serius. "Mak,Rash rasa dah sampai masanya Isha tahu perkara sebenar. Lagipun tak baik kita tipu dia dan sembunyikan kebenarannya." suara Rashid sampai dengan jelas ketelinga Isha.Beritahu apa?Ke mak aturkan perkahwinan aku?Isha mula tak sedap hati.Hish!Mulalah fikir negatif.Otak novel betul! "Isha,abang bagi pihak mak dan abah nak beritahu sesuatu dekat Isya.Lepas dengar perkara ni,abang harap Isha jangan sedih dan jangan nangis.Dah lama mak dan abah simpan benda ni dari pengetahuan Isha.Masa tu abang kecik lagi baru umur 5 tahun.Tapi abang tahu apa yang berlaku.Abang faham!" bicara Rashid terputus.Isha tak mengerti dan tertanya-tanya apa yang nak disampaikan oleh abangnya. "Isha sebenarnya....bukan...bukan...adik bukan..eh abang!" Rashid menarik nafas cuba menenangkan diri mungkin. "Isha tak faham.Adik bukan?Apa yang bukan adik bukan eh abang?" Isha bertanya tak faham.Orang lain pun tak tahu apa yang Rashid cuba sampaikan.Bahasa apa agaknya?
"Tak." Rashid menjawab sepatah. "Apa yang tak-tak nya abang?" Isha bertanya. "Bukan!" sepatah lagi perkataan keluar dari mulut Rashid. "Apa pulak yang bukannya?" Isha sudah keliru.Blur. "Maksud abang,Isha bukan adik kandung abang." lancar Rashid memberitahu kali ini. "Ya Allah!Mak!Kesiannya dekat abang mak.Rupa-rupanya abang bukan anak kandung abah dengan mak.Tak pe abang.Isha masih anggap abang sebagai abang Isha." Isha menayang muka kasihan. "Bukan abang.Tapi Isha.Isha anak pungut,anak angkat dalam famili ni." balas Rashid. "Percaya sangat dengan Rashid tu Isya.Abang kamu tu wayar banyak berselirat.Sebab tu jadi macam tu." Puan Hasnah bangun membersihkan sayur.Kurang zat betul abang dia ni.Dasar hantu taring keturunan Raja Banyak Siong.Isha terus mengejar abangnya ke halaman rumah.Dah banyak kali dia kena macam tu.Dari abang dia darjah satu sampai sekarang.Asyik cakap dia anak angkat dalam keluarga Marzuki. "Hantu bersiong." Isha mengejek.Abangnya pula menjelir lidah.
Puan Hasnah hanya mengeleng kepala.Yang sorang dah nak kahwin yang sorang umur 25 tapi perangai macam budak dekat tadika.Kesian!Hish3.

HIKAYAT CINTA MR DUDA (END) Where stories live. Discover now