Part 5

14.8K 313 3
                                    

"Accident?" Isha tiba2 buntu.Tak tahu nak buat apa. Air mata macam nak tak nak je keluar. Dia terkena sawan blur. "Isha tenang.Mula2 ambil beg duit.Lepastu...hmmm...lepastu lantak kaulah!" Isha kelam kabut. Memang saat cemas dia akan mudah kelam kabut. Stress! Mujur sampai juga Isha dihospital. "Saya ahli keluarga mangsa yang nahas tadi." Isha memberitahu jururawat yang menjaga kaunter itu. "Cik sila ikut saya." kata jururawat itu sambil mengorak langkah.Isha membututi langkah nurse dan dia dibawa kesebuah bilik.Agak suram kawasan sekeliling.Pintu bilik itu ditolak.Isha memasuki bilik itu. Rasa sejuk dingin menerpa. Kelihatan 3 mayat yang ditutupi kain putih.Selakan kain pertama menampakan wajah Encik Marzuki. "Ab...bah." perlahan.Air matanya mengalir.
Matanya terbayangkan semua kenangan dia bersama abahnya.Dari dia kecil hingga besar sekarang.Encik Marzuki tak pernah mengeluh walaupun Isha jadi penganggur setia.Tak!Tak pernah. "Tsk...tsk..tsk....abah." dalam tangis Isha memanggil Abah.Mayat Rashid dan isterinya,Aida.Mulut Isha bagai bisu.Hanya air matanya yang deras mengalir.Dia tak rasa dia kuat sekarang.Hakikatnya dia lemah.Dia tak kuat.Dia letih. Selepas beberapa lama disitu baru Isha menyedari sesuatu.Puan Hasnah! "Mana mak saya?" Isha bertanya sambil mengelap air mata. "Puan Hasnah...masih dalam rawatan lanjut.Dia koma."
Isha rasa sedih tapi dia masih bersyukur.Sekurang-kurangnya,dia masih ada ahli keluarga yang masih hidup.

********************************

Wayar2 berselirat ditubuh yang terbaring itu dipandang sayu.Tahu sangat azab sakit dalam keadaan macam tu.Isha mengenggam tangan itu. "Mak,Isha...Isha mintak maaf.Semua salah...Isha..." Genangan air ditubir mata Puan Hasnah disapu. Orang cakap bila kita koma,kita akan berada di dua alam. Kira 50-50. "Mak...bangunlah mak.Isha tak ada sapa-sapa lagi.Isha ada mak aje... mak." Isha mengelap air matanya sendiri.Rasa nak nangis biar banjir hospital ni.Tapi Isha bukanlah seorang perempuan yang kaki penangis.Itu bukan dia.Menangis sikit cukuplah.Yang lain pendam dalam hati. Cukup. Fullstop.
Selesai sahaja solat zohor Isha ke taman di hospital. Pohon rendang dengan cuaca redup sedikit sebanyak memberi ketenangan dalam hati. Langit yang mendung yang diarak awan hitam itu dipandang sekilas. Lagu jiwang karat kembali berbunyi dari corong telefon. "Assalamualaikum cik.Puan Hasnah kritikal sekarang ni." telefon pantas ditutup. Lalu  berlari anak untuk sampai ke bilik yang menempatkan Puan Hasnah. "Maaf cik.Puan Hasnah menghembuskan nafas terakhir pada pukul 3:40 tadi." doktor wanita yang kelihatan berusia lebih kurang 40-an itu memberitahu. Mak! Isha rebah pengsan.

********************************

Kenduri tahlil itu selesai juga akhirnya. Sudah seminggu mereka meninggalkan Isha dan tak mungkin kembali lagi. Jiran2 tetangga datang mengucapkan takziah. Semuanya bagai bersimpati dengan Isha. Tapi ini hakikat hidup dalam simpati ada yang mengeji. Semuanya sebab iri hati dan dengki tengok orang lain. "Aku tengok si Isha tu macam biasa aje.Tak sedih langsung. Aku rasalah dia mesti gembira bila keluarga dia mati. Bolehlah dia mengangkut jantan kesana kemari." Isha menahan marah bila mendengar mulut Mak Leha berbunyi. Sabar jelah dengan perangai jiran dia yang sorang tu. Kalau tak menangis,dikatanya gembira dengan kematian itu. Kalau menangis dikatanya banyak dosalah,anak derhakalah.Macam2. Logiknya manusia memberi saksi dengan mulut yang selalu berbohong. Mak Timah,jiran sebelah rumah Isha mengusap belakang gadis itu. Menyuruh bersabar mungkin. Isha mengangguk faham. Tak terasa langsung dengan umpatan Kak Leha. Malam terasa dingin.Jiran2 semuanya telah pulang kerumah masing2 hanya tinggal Isha seorang sahaja dirumah keluarganya itu. Dia menggosok
bahu bagi melawan rasa sejuk yang menculik kulit. Tak seperti malam lain. Malam ini rasa berlainan sekali. Rasa sunyi,sepi merajai hati Isha. Bunyi mesej masuk menangkap cuping telinga Isha.Dilihat pengirimnya pada telefon.

             "takziah."  -Irfan.
Pendek dan ringkas. Malas menaip ke apa.

               "trima kasih.Awk sibuk ke?" Isha bertanya juga walaupun dalam mood malas.

                "Ya." Itu sahaja balasan dari Irfan. Isha mengeluh.Tak nak menduga apa yang berlaku. Lebih baik dia tidur lagipun hari dah lewat malam.

HIKAYAT CINTA MR DUDA (END) Where stories live. Discover now