Part 6

15.1K 335 12
                                    

"Awak pergi mana?Lama tak datang kerja." Harraz bertanya dalam nada dingin,beku. "Err..saya lupa nak beritahu Incik Bos.Saya...majlis tahlil...saya..." ayat Isha sudah meraban sampai dahi Harraz berkerut. "Cuba awak tarik nafas dulu dan beritahu saya satu persatu." Harraz meminta Isha bertenang. "Family saya accident minggu lepas.Saya lupa nak beritahu sebab saya buat majlis tahlil.Saya mintak maaf." Isha menunduk takut bertentang mata dengan Harraz.Hari tu Harraz mengamuk dahsyat gila.Takut dia mengamuk pula.
Harraz mengeluh.Dia tak suka tengok Isha yang lemah,sedih.Dia suka tengok Isha buat lawak,ketawa masa main dengan Mia. Sejujurnya dia takut kehilangan ketawa Isha. "Sorry.Pergilah sambung kerja awak." Harraz memberi arahan. Rasa serba salah sebab Isha sebatang kara. Tak ada tempat bergantung. Sama seperti dirinya. Anak yatim sejak berusia 11 tahun. Tapi itu tak menjadi penghalang untuk dia berjaya dalam hidup walaupun kehilangan tempat bergantung pada usia yang mentah. Kalau boleh dia mahu meringankan beban gadis itu. Dia pernah rasa keseorangan dan rasa itu amat perit. Tika orang lain ada keluarga untuk makan bersama,main bersama dan berbual,dia keseorangan.Mesti ada jalan untuk Isha.

********************************

"Betul ke kau ni?Kau jangan main2 Harraz." Bad menggertak Harraz. "Betullah. Takkan aku gurau pulak. Lagipun kalau kau tengok situasi ketika ini,ia menunjukkan win-win situation, kan?" Harraz tersenyum. "Win-win ke win-double win?Dia dapat keluarga,kau pulak dapat penjaga Mia dan kau...aku rasa kau tak patutlah." Bad tak bersetuju dengan cadangan Harraz.Masakan nak kahwin dengan pengasuh memerangkap orang gaji dirumah Harraz. "Bukan double tapi triple." Harraz tersenyum lagi. "Satu lagi apa sebabnya?" Bad bertanya,hairan dengan pemikiran Harraz yang agak...err..tak tahu nak komen apa.
"Aku dapat jauhkan diri dari Ella." Harraz memberitahu dengan mata yang bersinar gembira mungkin tak ada lagi orang yang akan mengacaunya setelah mengetahui status Harraz yang terbaru. "Aku tak percayalah pemikiran atau ideologi kau ni.Aku rasa makin kau kahwin makin dia kacau kau.Tak silap2 dia kacau bini kau...erh silap...wife to be kau." gaya percakapan Bad seakan menyindir Harraz namun dibuat tak dengar saja. Hurh!Keras kepala! "Suka hati kau lah.Yang mana kau rasa buruk kau ambik.Yang mana kau rasa baik kau buang." sengaja Bad terbalikkan ayat supaya Harraz perasan. "Kau tak payah merajuk.Kat sini tak ada kaunter nak memujuk." Harraz tersenyum nipis melihat perlakuan Bad.Itulah satu-satunya kawan yang dapat bertahan dengannya sampai ke hari ini.Thank you,my friend! Bad menepuk bahu Harraz tanda menyokong apa jua keputusan lelaki itu.

********************************

"Saya nak cakap something." kata Harraz sebelum berdehem untuk mencari ketenangan sebentar. "Apa dia,Incik Bos?" Isha bertanya walau ada debaran. "Saya nak jaga awak." kata Harraz sambil menghulurkan cincin didalam kotak. Isha tahu makna itu. Dia faham. Dia bukannya lurus seperti bendul. Hatinya ingin terima tapi akal mengatakan kau masih ada Irfan.

Hati:kau terima aje.Lagipun mamat ni pun boleh bahagiakan kau.

Akal:kau masih ada Irfan.Tolonglah Isha jangan jadi curang.

Dia perlu menentukan pilihan tapi biar masa yang pilih. "Saya mintak maaf Incik Bos.Tolong beri masa." jawapan selamat dari mulut Isha. Tak lama kemudian dia meminta diri lagipun jirannya ada membuat majlis kahwin.Jadi nak tolongla sikit2. Harraz sedikit hampa namun tetap membiarkan kepergian Isha yang pulang lebih awal dari biasa.

********************************

Keluarga dari belah pihak pengantin lelaki berpusu-pusu masuk kerumah.Sebentar sahaja lagi majlis akad nikah akan dimulakan. Yang hairannya pengantin perempuan nampak biasa aje,Isha pula yang berlebih-lebihan berdebarnya.
Isha melabuhkan duduk berdekatan dengan dapur.Dijengok untuk melihat bakal pengantin.Upacara pembatalan air sembahyang diumumkan oleh jurunikah. Isha menjengok sekilas sebelum terperasankan sesuatu. Mata digosok berulang kali untuk mensahihkan apa yang dia nampak. Tak percaya dengan apa yang disaksikan sekarang. Pengantin lelaki nampak familiar dimata Isha. Matanya membulat. Irfan!

~~~~~~~

Tq.

Hope vote n comment

Any tak faham can tanya me.

Any typo harap maaf.

Jari author semakin gemuk coz makan banyak.

Babai...

                                   yg benar,
                               
                                author yg baik!

HIKAYAT CINTA MR DUDA (END) Where stories live. Discover now