Part 7

14.4K 325 5
                                    

Harraz membuka fail diatas meja.Tiba2 seorang perempuan merempuh masuk.Ella! "Sampai hati you kahwin dengan perempuan tu.Harraz!I sayang you.But why you pilih perempuan tu?I boleh jaga you dan anak you." Ella sudah memasuki fasa yang tidak dapat dikawal. Dah sebulan lebih Harraz berkahwin dan Ella baru tahu hari ni.Berita lambat sampai kot. Fikiran Harraz melayang kearah putaran masa sebulan lebih yang lepas.
"Incik Bos,hari tu kan...err..hidup lagi ke...ehh..." Isha salah susun ayat. "Saya hari tu?Alhamdulillah.Masih hidup lagi.Hari ini pun masih hidup lagi." Harraz menjawab sambil tersengih. Dia tahu apa yang ingin dikatakan oleh Isha. Saja nak suruh Isha sendiri buku mulut pasal hal tu.
"Incik Bos,saya...setuju." Isha memberitahu.Mukanya masih menunduk. "Setuju?Setuju apa?" Harraz sengaja menyakat Isha. Isha menjeling Harraz tajam penuh dengan kemarahan muka. Harraz pula menyilangkan tangannya kedada. Isha tersedar sesuatu. "Awak jeling saya?" Harraz bertanya dengan nada beku. Alamak!Hancurlah dunia kalau raksasa ni mengamuk. "Incik Bos,mana ada saya jeling Incik Bos. Saya cuma kelip mata aje." Isha tersengih cuba pertahankan diri dia. Ada2 aje idea nak elakkan dari kena marah oleh Harraz. "Ialah Incik Bos,hari tu saya tak bersedia." Isha masih menunduk. "Baguslah." Harraz membalas. "Apa yang bagus sangat Incik Bos?" Isha bertanya sambil mendongakkan kepala. "Pilihan awak." balas Harraz sambil menggosok kepala Isha. Bulu roma meremang. Seram dengan perlakuan Incik Bos. Dan setelah semuanya dipersetujui,majlis pernikahan pun berlangsung 3 minggu selepas itu.
"Harraz! I tengah cakap dengan you ni." Ella memetik jari didepan muka Harraz dengan gaya diva dan double perasan cantik. "Oh,sorry. I teringatkan isteri I dekat rumah. Boleh you ulang apa yang you cakap tadi?" permintaan Harraz kedengaran jengkel dan sinis di telinga. Ella
mengambil tas tangannya dengan kasar sebelum berlalu dari bilik itu. "Tenangnya hidup kalau perempuan tu tak mengganggu." Harraz berkata sendirian. Fikirannya kembali melayang mengingatkan telatah Isha sewaktu menjaga Mia dirumah. Memori semasa malam perkahwinan mereka masih segar diingatan.
"Buat apa kat sini?" Harraz bertanya sambil melangkah ke balkoni. Malam sepi tanpa taburan bulan dan bintang. "Ambik angin." Isha menjawab matanya tak beralih dari merenung langit kosong itu. Masing2 senyap. Hanya deruan angin malam yang berbual-bual. "Saya belum bersedia." Isha memulakan bicara. "Saya mintak maaf,Incik Bos." sambung Isha. "Takpe." Harraz menjawab sepatah. Isha mencabut cincin dari jari manisnya lalu dihulurkan kepada Harraz. "Incik Bos pegang dulu cincin ni." Harraz memandang sepi cincin itu. Dia mengambil cincin itu lalu ditilik beberapa kali. Tangannya menarik tangan Isha. Cincin diletakkan keatas tapak tangan Isha. "Kalau awak tak bersedia,awak jaga cincin ni. Kalau awak dah bersedia sarungkan dijari awak." Harraz melepaskan tangan Isha sebelum meninggalkan Isha seorang diri di balkoni.
"Woi!" laungan seseorang mengejutkan bunga2 khayalan Harraz. "Baru nikah dah termenung." Bad berkata dalam versi menyindir. "Kau dengki ke?" Harraz bertanya sambil menjeling kearah Badrul. "Amboi,jeling yer." Badrul menyilangkan tangan kedada. "Belajar menjeling dari bini kau ke?" saja Badrul bertanya nak mengusik Harraz. Harraz berpura-pura menyibukkan diri dengan meneliti fail2 diatas meja. Malas melayan Badrul.
"Ella dah tak ganggu kau ke?" Badrul bertanya lagi. "Tadi,baru aje dia pergi." Harraz memberitahu. "Dia marah tak?" Harraz memandang Badrul. "Lantaklah dia nak marah ke tak." Harraz menjawab acuh tak acuh. "Aku rasa dia merayu dekat kau kan?" Badrul meneka.
Harraz menaikkan kening,ada senyuman sinis dihujung bibir.

~~~~~~~

Pendek n semakin pendek.Kerana kemalasan dan kesibukan author anda.
Apapun para readers masih
perlu vote n comment.

Sekian,terima kasih.

HIKAYAT CINTA MR DUDA (END) Where stories live. Discover now