Part 3

17.7K 328 1
                                    

"Assalamualaikum." Isha memberi salam.Krik...krik.Tiada sahutan dari rumah banglo itu. "Lihatlah betapa sengalnya pengasuh kau wahai budak.Loceng ada tapi tak tekan." Isha menepuk dahi sebelum menekan loceng.Pintu pagar terbuka.Seseorang berdiri dengan memakai kot. "Cari siapa?" tanya lelaki itu. "Pengasuh saya dari agensi." Isha sudah tak keruan.Muka mamat tu.Sumpah buat dia rasa longgar lutut.Tapi entah kenapa Isha rasa macam pernah jumpa dengan mamat ni.Lelaki itu berkerut dahi.Isha bercakap bahasa keldai mungkin.Cari pengasuh dia?Besar2 pun ada pengasuh ke?Tak lama kemudian lelaki itu mengangguk. "Encik baru lepas kena hantuk ke yang terangguk-angguk tu?" Isha bertanya takut2.Lelaki itu memandang tepat ke mata Isha. 'Rasa macam asam limau yang diperah sampai keluar semua jus2 dan zat dari badan.Isha tunduk menekur lantai. "Pengasuh baru kan?Ikut saya." lelaki itu memberi arahan sebelum duduk di bangku. "Sila turunkan tandatangan awak disini." pinta lelaki itu.Isha membelek kertas yang berlampiran itu.Syarat yang sedikit payah turut disenaraikan. 'Jika dera anak saya,anda akan dikenakan hukuman penjara maksimum 5 tahun dan saman berjumlah 1 juta.' terjojol biji mata Isha.Saman satu juta? "Awak masih berpeluang kalau nak tarik diri."
kata lelaki itu sinis.Isha menjeling tajam mamat itu. 'Mak mesti membebel kalau aku tak kerja. Benda kacang panjang je.Tak payah risau.Mustahil untuk aku dera budak.' desis hati Isha.Saat ini hanya wajah maknya yang terbayang diruang mata mengejarnya dengan memegang parang sambil bertanya 'Kenapa kau tak nak kerja Isha?' Parah!Adoyai.Tangan Isha laju mencatat butiran diri sambil menurunkan tanda tangan ditempat yang tersedia. "Jadi,bolehlah kita memperkenalkan diri masing2 kan?Saya Harraz,bapa kepada anak asuhan awak dan tuan rumah ni memerangkap bos awak." kata Harraz sambil menghulurkan tangan.Isha terkejut.Dah lah dia kasar sikit dengan lelaki ini tadi.Dalam otak Isha merangka strategi. "Mujurlah,saya dapat bos yang baik hati macam Incik Bos.Saya ingatkan 'singa' manalah yang akan jadi bos saya." Isha ketawa dihujung percakapannya.Tapi jelas menunjukkan kejanggalan ketawanya. "Err...saya Nur Raisha.Nur senggang Raisha.Panggil Isha." baik Isha cakap awal2 nanti si Incik Bos ni pergi sambungkan nama dia macam orang lain.Ingat tengah sambung gerabak kereta api ke? "Anak saya nama Mia,Mia Raisha." ujar lelaki itu sambil mencangkukkan cermin mata hitam di atas hidung mancungnya. "Macam nama saya je.Incik Bos ciplak ehh?" Isha bergurau. "Hanya orang macam awak je yang suka menciplak.Percayalah.Mia ada dalam rumah.Awak orang gaji sekarang jadi tolong masak.Pukul 6:30 petang lepas awak siap masak dinner,awak boleh balik." dihujung kata,Harraz memberitahu waktu pulang.
Harraz memberikan Isha segugus kunci.Sebenarnya sebatang aje.Isha menjelir lidah kepada Harraz.Sungguh dia rasa nak sekeh je dahi Incik Bos.Isha mencebik bibir.Dengan langkah perlahan dia melangkah masuk kerumah mewah itu. "Assalamualaikum." Isha memberi salam.Tiada balasan dari si comel yang sedang menonton tv.Mia memandang sejenak.Lalu menyambung menonton peti yang berwarna itu. "Mia tengok cerita apa?" Isha bertanya cuba beramah mesra dengan si kecil itu. "Kartun." Mia menjawab pendek."Mia nak makan apa2 tak? Kakak boleh buatkan." Isha menawarkan makanan. "Chocholate cake." jawab Mia tanpa berpaling. "Okey.Tapi,Mia kena bantu kakak buat,boleh?" Isha membuat permintaan saja je nak berbual dengan budak itu.
"Susah ke nak buat kek ni?" Mia bertanya ketika Isha sedang memukul telur didalam bekas. "Tak adalah susah sangat.Kalau kita dah biasa,kerja kita jadi lebih senang." Isha menjawab soalan sambil tersenyum. "Mia nak sambut birthday mummy." ujar Mia kemudiannya. "Mummy?" Isha bertanya kehairanan.Mia mengangguk kecil. "Tapi,mummy benci Mia." Mia bercakap sambil mulutnya tercebik-cebik menahan tangis.
"Kenapa mummy benci Mia?" Isha bertanya sebelum duduk mencangkung supaya ketinggiannya sama dengan Mia.
"Sebab dia tinggalkan Mia." walaupun Isha tahu jawapan Mia agak tak kena tapi dia cuba melegakan perasaan Mia dengan mengusap belakang badan Mia. "Mia kan ada daddy.Ada kakak." Isha memujuk supaya Mia berhenti menangis.
"Mia nak makan kek." Mia berhenti menangis lalu melihat kearah kek yang akan dimasukkan kedalam oven.

********************************

"Hai,Harraz.Jom lunch." Ella mengajak manja. "Tak nak." jawab Harraz tanpa mengangkat muka. "Alaa..jomlah.Please?" Ella merayu sepenuh hati. "Ella,you tak faham bahasa Melayu ehh?I tak nak.Faham." Suara Harraz naik oktahnya.Ella menjeling.Jangan main2 kalau Harraz marah nanti tercampak Ella keluar bilik pejabat itu.Sadis?Kejam?Tak!Memang patut pun.Biar hilang segala-mala urat gatal dalam badan Ella.Biar putus!Dengan kaki dihentak protes,Ella keluar dari ruang pejabat Harraz.Harraz menilik jam.Dia bangun dan mengambil dompet serta kunci kereta.Lalu menaiki lif untuk turun ke ruang lobi syarikatnya.

********************************

"Mia tengah buat apa?" Harraz bertanya apabila melihat Mia khusyuk melukis sesuatu. "Cantik tak,daddy?" Mia bertanya sambil menunjukkan kertas tadi.Dia melukis Harraz,dirinya dan seorang perempuan berambut pendek. "Ni siapa?" Harraz bertanya kepada Mia yang tersenyum. "Oh,ni kakak la daddy." Mia tersenyum menampakkan barisan gigi. "Tak sedap lah bunyi kakak." Harraz membalas. "Mana daddy tahu bunyi kakak tak sedap? Daddy pernah cuba ke?" Mia bertanya dalam nada polos.Dush!Kena sebiji. "Tak.Tapi panggil mak cik lebih elok kan?Nampak macam Mia ni budak baik yang hormat orang." entah apa yang dirapukan oleh Harraz. "Mia!Jom makan." Isha melaung dari dapur. "Sekejap,mak cik." Mia turut melaung dalam nada rendah namun dapat didengari oleh Isha.Mak cik?Rasa weird kan?
"Eh,Incik Bos dah balik." Isha tersenyum malu. 'Incik Bos dengar ke aku melaung tadi?' Isha bersuara dalam hati.
"Mak cik nak lauk tu." Mia menunjuk kearah lauk dihujung sana.Isha mengambil sambil melihat kearah Incik Bosnya yang sedang menahan senyuman dari terbit dari bibir itu.Sekarang Isha dah tahu siapa yang ajar Mia supaya panggil dia mak cik.Sorry bro!Aku terlalu muda untuk dipanggil mak cik!Isha hanya mampu mengetap gigi sahaja.Nak berperang dengan Incik Bos tu?
Mana si Isha ni berani.Jauh sudu dari mangkuk!Tapi entah kenapa jauh dari sudut hati,Isha rasa suka tengok senyuman Incik Bos aka Harraz nampak cute!Hoi!Irfan kau nak campak mana?Dalam sungai?Tong sampah?Irfan dah lama tercampak dalam hati aku.Ayat!Memang lovey habis!Perempuan paling romantis.Cuba search di google mana tahu keluar muka Isha nanti.Hehe.Gurau saja.
"Dah tak ada kerja ke?" Harraz bertanya tapi nampak dari ayat macam nak cakap... "Pergi buat kerja!Termenung je tahu." Isha mengankat kepala.Dia rasa lain macam.Rasa nak pitam,rasa nak pengsan,rasa macam tak sedarkan diri.Tapi bukan ke tu merujuk kepada perkara sama? Tapi yang paling ketara ialah dia rasa tak sedap hati!Tapi kenapa?

~~~~~~~

Don't know what to say.Tempat typing selalu mncari masalah.Jadi semakin malas nak continue story.

HIKAYAT CINTA MR DUDA (END) Where stories live. Discover now