Part 4

15.9K 314 1
                                    

"Auch!" jerit Isha dan serta-merta darah pekat kelihatan pada jarinya.Harraz yang kebetulan balik awal bergegas mendapatkan Isha. "Kenapa?" tanya Harraz sebelum melihat kearah jari Isha.Harraz menarik tangan Isha lalu diletakkan dibawah mulut pili air.Air turun meluncur terkena jari Isha.Isha menahan rasa pedih dijarinya.
"Nah." Harraz menghulurkan plaster kepada Isha.Dahi Isha berkerut.Tak faham mungkin.Lagipun dia bukan jenis yang luka sikit terus tampal plaster.Bukan macam orang tu.(Isha kutuk author).Harraz melepaskan keluhan sebelum menarik tangan Isha.Dia mengemaskan plaster. "Terima kasih,Incik Bos." ucap Isha sambil menarik tangannya dari terus dipegang Incik Bos. "Sihat tak?Muka pucat aje." soalan prihatin keluar dari mulut Harraz.Isha segera menyentuh pipinya. "Saya sihat Incik Bos.Letih kut." Isha membalas perlahan.Sungguh dia tak ada mood.Harraz tak berkata apa.Dia kemudian melangkah keluar
dari dapur.

********************************

"Awal kau datang?" tanya Ella saja aje bersarkastik. "Untuk perempuan cantik rupa tapi hati busuk macam kau,aku rela datang awal." balas lelaki berkulit kuning langsat itu.Ella menampar lengan lelaki itu. "Aku ada job untuk kau." Ella berkata sambil memandang sekeliling. "Aku tahu.Kau dah beritahu aku masa kau call aku." lelaki itu membalas sambil membetulkan kaca mata hitam yang jatuh melurut ke batang hidung. "Kau diam!" Ella memberi amaran sebelum menyambung kembali penceritaan tentang kerja yang dimaksudkan. "So,apa pendapat kau?" Ella bertanya tetapi lelaki itu masih terdiam sejuta rasa. "Kau ni kenapa?" Ella naik minyak apabila tidak dihiraukan begitu. "Tadi kau suruh diam kan?Aku diamlah ni." lelaki itu membalas sebelum secara percuma bahunya ditampar oleh Ella. "Ok.Sorry my dear.Aku setuju." lelaki itu membalas sebelum senyuman simpul terbit dibibir Ella.

********************************

Lagu jiwang karat 80-an kedengaran di corong telefonnya.Tangan pantas mengambil dan menekan hijau di skrin. "Assalamualaikum mak.Mak kat mana?" Isha bertanya dalam debaran. "Ni anak pemilik handphone ni kan?" tanya seseorang di talian. "Ya,saya.Kenapa encik?" Isha bertanya juga walau rasa telefon tu nak terlepas dari genggaman tangannya. "Maaf cik..." ucap seseorang dihujung talian.Saat ini Isha rasa lemah.Kalau dalam drama,dialog macam ni sometimes nak beritahu tentang benda yang buruk. "....telefon mak atau ayah cik ni tertinggal dekat kaunter Tesco ni.Nasib baik saya jumpa.Kalau nak ambil boleh tanya di kaunter Tesco." Fuhh!Isha melepaskan nafas kelegaan.Ingat apalah tadi. "Nanti diorang ambil.Terima kasih yer." Isha mengurut dada tanda lega.Isha terus mendail nombor telefon ayahnya untuk memberitahu tentang perkara itu.Isha rasa betul2 lega.Dia kembali menyibukkan diri di dapur.

********************************

Dalam kepekatan malam itu,Isha
menaip sesuatu di phone miliknya.
       
        "awk wat pe tu." Isha menghantar whatsapp kepada Irfan.

          "Sory,lmbt reply.Busy skit."
15 minit baru Irfan membalas whatsapp dari Isha.

           "busy?Kerani pun bnyk keje sgt ke?" Isha bertanya.Sedikit kepoh.

           "awk dh brithu mak ayh awk pasal hal tu?" Irfan bertanya.Dia sengaja lari topik.

            "psal kite nk brtunang tu ke?Blum.Knpa?" Isha bertanya dan untuk dapat jawapan Irfan memang perlu menunggu lebih kurang 15 minit.Entah apa yang sibuk sangat.

              "Kite cancel psal nk brtunang.Sbb,sy busy sgt." hanya itu balasan Irfan sebelum offline.
Isha mengeluh.Di sana macam merajuk.Di sini malas memujuk.Biarlah.Biar masa yang menentukan mereka.
Irfan pun sekarang ni macam nak tak nak je layan dia.Isha rasa berjauh hati sikit. Jangan2, Irfan ada perempuan lain!Tak mungkin.Irfan tu setia.Kalau Isha mungkin ya. Kalau ada jodoh adalah,kalau tak ada biarkan.

********************************

Isha menyanyi kecil sambil mengelap meja makan. Hari ni dia cuti sebab hujung minggu.Jadi buat je apa yang dipesan oleh Puan Hasnah.Semua lagu jiwang,dangdut dan rock berlagu keluar dari mulutnya. Sebab bosan.Sekarang ni dia sorang je dekat rumah. Encik Marzuki,Puan Hasnah dan Rashid serta isterinya,Aida keluar jalan2.Maka secara tak langsung tinggallah Isha seorang diri.Cerita di tv pagi2 macam ni tak best. Dalam dilema itu,telefon rumah tiba2 berdering.Isha dengan pantas mengankat. "Assalamualaikum." suara dihujung talian memberi salam dan pantas dijawab oleh Isha. "Ni anak Puan Hasnah kan?" si pemanggil bertanya lagi. "Ya.Mak saya tertinggal telefon lagi ke?" Isha bertanya.Hari tu dah tertinggal kan. "Tak.Puan Hasnah dan yang lain..." gagang telefon terlepas dari pegangan Isha selepas mendengar ayat terakhir. Tak mungkin!

HIKAYAT CINTA MR DUDA (END) Where stories live. Discover now