Chapter 4

511 38 0
                                    


"Tendang dia! Hyah!! Hahaha! Matilah kau!!"

"Akh! Sakit! Tolong... jangan..! Hyung."

Sehun merintih kesakitan. Dia memegang perutnya yang ditendang tanpa belas kasihan daripada Rapmon, Jungkook, Jimin, dan J-hope.

"Hentikan!! Jangan pukul dia! Lepaskan aku!"

Luhan menjerit. Dia meronta minta dilepaskan daripada anggota badannya terus dikunci oleh Jin dan dan Suga. Setiap kali dia meronta setiap kali itu jugalah dia ditumbuk oleh V.

"Kau jangan nak lari! Hahaha! Adik kau tu akan mati kesakitan!"

Luhan menangis. Menangis sebab marah. Menangis sebab tidak dapat selamatkan Sehun daripada terus dipukul.

Dia tidak mampu! Tenaganya tidak mampu melawan tiga orang yang sedang mengawalnya.

"Hun.. maafkan hyung.. maafkan hyung."

"Tendang dia lagi! Biar dia mati!", arah Rapmon

"Berhenti!"

Kedengaran satu suara kanak-kanak lelaki menyuruh mereka berhenti.

Rapmon dan yang lain berhenti. Mereka menoleh. Kelihatan sepuluh orang kanak-kanak lelaki muncul. Rapmon tersenyum sinis.

Rapmon berjalan meninggalkan Sehun yang terbaring kesakitan. Diikuti dengan yang lain. Jin dan Suga menolak dan melepaskan Luhan dengan kasar.Luhan menerpa ke arah Sehun yang terbaring.

"Hun... Hun okay? Hyung mintak maaf... hyung mintak maaf..", Rintih Luhan. Luhan memeluk Sehun.

"Sakit... hyung.. Hun.. sakit.."

"Wow... hero dah datang!", Kata Rapmon sambil bertepuk tangan kemudian ketawa sinis. Yang lain juga ikut ketawa.

"Lepaskan mereka berdua!"

"Buat apa aku nak lepaskan diorang?! Diorang tu, kawan kau ke? Huh?",Rapmon dan rakan-rakannya ketawa kuat.

"Memang pun! Korang ni, suka sangat membuli! Korang ni tak ada belas kasihan ke?!", Tempik Suho.

"Woii!! Kau siapa nak tengking aku hah?!", kata Rapmon tidak puas hati

"Aku cuma nak pertahankan diorang!", balas Suho

"Tak payah! Diorang tak ada kena mengena dengan kau! Puih!"

Rapmon meludah ke atas tanah dekat dengan kaki Suho. Kris yang sudah berang dari awal ingin menerkam Rapmon tapi ditahan oleh Tao. Dia memegang lengan Kris. Kris hanya mampu menahan geram.

"Aku tak kira! Lepaskan diorang sekarang jugak!"

"Aku tak rasa, nak lepaskan diorang.", kata Rapmon sinis.

Dengar sahaja balasan Rapmon, Kris terus meluru dan menarik kolar baju Rapmon. Konco-konco Rapmon ingin menyerang tetapi Kris memberi amaran.

"Kalau korang datang dekat, aku tak akan teragak-agak bunuh ketua tak guna korang ni!"

Mereka terus melangkah ke belakang.

"Lepaskan diorang! Kalau tak, aku akan lapor perkara ni dekat guru disiplin sekolah yang kau membuli lagi. Aku akan pastikan yang kau akan dibuang sekolah."

Kris melepaskan pegangannya pada kolar baju milik Rapmon. Rapmon terdorong beberapa langkah ke belakang. Dia mendengus kasar.

"Tak apa.. tak apa. Kau ugut aku ya? Tak pe.. kali ni korang menang. Tapi ingat!! Aku akan pastikan, korang merana!! Aku akan hancurkan EXO! Tunggu nanti! Mari, BTS!"

Rapmon mengajak rakan-rakannya pergi dari situ. Suho dan yang lain hanya memerhati mereka dengan gelengen kecil di kepala.

Suho dan yang lain meluru ke arah Sehun dan Luhan yang masih duduk berpelukan di atas tanah. Kelihatan seperti mereka masih ketakutan.

"Hey.."

Suho menegur sambil menghulurkan tangannya pada Luhan yang sedang memeluk Sehun. Luhan melihat tangan Suho kemudian mendongak memandang Suho. Kemudian matanya beralih kepada kanak-kanak lelaki yang lain di belakang Suho. Mereka senyum.

Dengan teragak-agak Luhan menyambut huluran tangan Suho. Kemudian dia membantu Sehun.

"Terima kasih.", ucap Luhan.

"Sama-sama."

Luhan tersenyum sesaat, mendengar balasan Suho. Nipis! Masih lagi memeluk Sehun yang kesakitan.

"Lebam tu.. nampak teruk.", Kai menunding ke arah lebam-lebam di wajah Sehun. Sehun berusaha untuk senyum.

"Kebetulan, kenapa diorang buli awak berdua?"

Luhan diam. Takut menguasai diri. Pelukannya pada Sehun semakin kuat. Wajahnya jelas menunjukkan dia takut.

"Jangan risau.. cerita je."

"Diorang minta duit dari saya. Tapi saya tak ada duit. Jadi diorang marah dan ugut saya dengan pukul Sehun."

"Diorang tu memang! Tak habis-habis membuli!"

"Dah selalu ke diorang buli awak?", Luhan mengangguk.

"Habis? Kenapa awak tak lapor?",Luhan menggeleng.

"Tak bagitahu eomma dan appa awak?", soal Suho lagi. Luhan tunduk.
"Kami anak yatim piatu. Hanya kami berdua.", Kata Luhan perlahan. Suho diam. Mereka semua senasib. Tiada ibu dan ayah.

Suho memandang rakan-rakannya seperti bertanya. Telepati. Ada yang mengangkat bahu. Ada juga yang mengangguk dan tersenyum. Suho senyum.

"Luhan, Sehun."

Luhan dan Sehun memandang Suho. Suho menghulurkan kedua belah tangannya.

"Nak ikut kumpulan hyung?"

Luhan dan Sehun terkejut.

"Hy.. hyung?"

Soal Luhan hairan.

"Kenapa? Diorang semua panggil saya hyung. Kecuali Kris, dengan Xiumin.",Luhan diam.

"Jadi, Nak?"

Soal Suho lagi. Luhan dan Sehun berpandangan kemudian tersenyum penuh makna. Kemudian mereka msnyambut huluran tangan Suho. Suho dan Exo tersenyum suka.

Luhan dan Sehun tersenyum. Begitu juga dengan Exo.

...Bersambung...

I'M SORRY [EXO-BTS] (COMPLETED)Where stories live. Discover now