Chapter 16

334 29 2
                                    

Tao memasukkan sekeping sampul surat berwarna coklat ke dalam laci meja lampu. Tiba-tiba pintu biliknya diketuk.

Kris: Tao, boleh hyung masuk?

Tao: Err.. ma.. masuklah, hyung.

Pintu bilik dibuka dari luar. Kris masuk ke dalam. Tao duduk di tepi katil. Kris mengambil tempat di sebelah Tao.

Tao: Ada apa hyung?

Kris senyum. Bahu Tao dirangkul.

Kris: Saja nak tengok kamu.

Tao senyum.

Tao: Hyung.. Tao okaylah. Jangan risau..

Kris: Mm.. eh, kamu dah tengok Luhan?

Tao mengerutkan dahinya.

Tao: Kenapa dengan Luhan hyung?

Kris: Dia.. dah okay dah.

Tao terkejut.

Tao: Betul ke?!

Kris: Ya.. dia ada kat bawah tu, dengan yang lain. Marilah turun

Tao mengukir senyuman.

~*~

Chen: Argh!!

Kai menolak Chen sehingga Chen tersandar pada dinding konkrit itu.

Bibir Chen pecah. Matanya lebam. Darah keluar dari tepi bibir dan hidungnya.

Chen: Kk..Kai.. ber..berhen..henti. Tolonglah..

Kai menumbuk perut Chen. Kemudian dilututnya perut Chen berkali-kali. Chen memegang perutnya menahan sakit.

Kai: Tak! Selagi kau tak mati!

Chen: Dah... dah! Ak.. aku..

Kai: Kau apa?! Kau nak bagitahu diorang, semua ni aku punya kerja kan?

Chen menggeleng. Perasaan takutnya mula menguasai diri. Takut. Takut dengan Kai. Kai tidak pernah macam ni. Dilihatnya lelaki-lelaki di belakang Kai.

Chen: Kkau.. berubah. Sebab.. berkawan.. dengan diorang.. kan.. Kai? Tak guna!!!

Bukk!!

Satu tumbukan melayang ke wajah Chen.

Kai: Bukan! Kau salah Chen. Aku jadi macam ni, sebab aku sendiri yang nak. Aku sendiri!

Chen: Kau tipu!!! Kau tipu!! Aku kenal kau.. Kai.. kau tak jahat macam ni. Takkan ada sesiapa yang boleh ubah diri kau, melainkan.. ada sesuatu yang buat kau berubah.

Kai: Ya!! Memang! Memang ada benda yang buat aku berubah. Dan benda tu, datang dari korang! Dari EXO!

Chen terpempan. Dia menggeleng.

Chen: Kk..kau.. kau tipu kan? Kau tipu!!

Kai ketawa sinis.

Kai: Tak.. aku tak tipu.. Chen..

Chen: Kau tipu.. kau tipu..

Kai: Tak.. TAK!!!

Chen: Apa yang buat kau sampai jadi macam ni?

Chen dan Kai saling berbalas pandangan.

Kai: Penting lagi ke, semua tu untuk kau tahu... selepas semua ni dah terjadi? Penting lagi ke?

Chen mengangguk. Dia menyentuh muka Kai lembut.

Chen: Semestinya, Kai.. Kau tak boleh terus macam ni. Kau.. satu-satunya adik kitorang yang tinggal. Kitorang sayang kau, Kai.

Kai terdiam.

Chen: Kita boleh betulkan semua ni Kai. Tolong, berhenti.

Kai masih diam.

"Berhenti?"-Kai

"Jangan Kai.. jangan. Lepas semua ni dah berlaku, kau nak lepas tangan? Aku takkan biarkan!"-Rapmon

"Tolong, Kai.. berhenti."-Chen

Kai menepis tangan Chen. Chen tercengang. Ditatap wajah Kai.

Kai: Maafkan aku, Chen. Aku tak akan berhenti.

Chen terkejut.

Kai: Selepas semua derita yang aku tanggung selama ni, dan semua rancangan yang aku dah rancang selama ni, kau suruh aku berhenti? Takkan Chen! Takkan..!

Chen: Apa yang kami dah buat Kai?!

Kai: Sebab Sehun!!

Chen: Sehun? Apa maksud kau ni?

Kai senyum senget.

Kai: Huh! Sebab Sehun.. korang abaikan aku. Korang tak pernah ambil peduli tentang aku.

Chen terkedu.

Chen: Kitorang tak pernah abaikan kau, Kai. Kitorang tak pernah beza-bezakan kau dengan Sehun.

Kai: Tapi, korang lagi sayang dia dari aku!

Chen menggeleng.

Chen: Kitorang sayang kau Kai.. sama je. Tak ada lebih dan kurang. Kai.. tolong. Hentikan semua ni. Kau tak sayangkan kitorang ke? Kau tak kesiankan Suho hyung, Umin hyung, Kris hyung dan Luhan hyung? Aku tahu----

Kai: Sudahlah Chen! Aku menyampah dengar semua tu. Jangan sampai aku tamatkan riwayat kau sekarang jugak!

Chen: Dah tu, buatlah! Bunuh aku! Bunuh!! Kalau itu.. yang buat kau gembira. Aku sanggup. Tapi tolong.. jangan sentuh yang lain. Kali ni je.. biarkan diorang hidup gembira.. tolong..

Kai berkata perlahan. Air matanya gugur. Dia rela. Biarlah nyawanya melayang, tapi biar juga yang lain hidup aman.

Kai memandang Chen tajam. Tangannya memberi isyarat pada BTS untuk menghabiskan Chen. Dia melangkah pergi tetapi namanya dipanggil.

Chen: Kai! Kau perlu tahu.. Kitorang sayangkan kau. Masih tak terlambat untuk kau berubah, Kai. Aku yakin.. Suho hyung dan yang lain boleh terima.

Kai diam.

Chen: Aku sayang kau.. Kim Jongin.

Suara Chen menjerit kesakitan kedengaran kuat. Lama-kelamaan, semakin hilang. Air mata Chen mengalir ke pipi untuk kali terakhir. Dia memandang Kai yang berdiri membelakangi dia tidak jauh darinya. Perlahan-lahan matanya terpejam. Rapat. Sampai bila-bila.

"Ma.. maaf.."

~bersambung~

I'M SORRY [EXO-BTS] (COMPLETED)Where stories live. Discover now