Special Chapter (2)

340 23 0
                                    

Luhan: Terima kasih, sila datang lagi.

Luhan berterima kasih sambil membongkokkan badannya kepada pelanggan kafe mereka.

Xiumin yang sibuk membancuh kopi hanya senyum memandang Luhan.

Xiumin: Kamu okay? Penat?

Soal Xiumin prihatin.

Luhan: Saya okay, Umin hyung. Tak penat pun.

Xiumin: Yelah. Kalau kamu penat nanti, rehatlah.

Luhan mengangguk.

Tiba-tiba ada seseorang berdiri di kauter. Dia berdiri di hadapan Luhan. Luhan dan Xiumin memandang lelaki tinggi lampai bercermin mata hitam itu.

"Saya nak satu.." lelaki itu bersuara.

Xiumin dan Luhan berpandangan.

Luhan: Maaf ya.. satu apa?

"Takkan tak tahu.." lelaki itu menyoal kembali.

Xiumin dan Luhan menggeleng serentak. Lelaki itu senyum. Luhan terpempan. Xiumin kaget. Lelaki itu menanggalkan kaca mata hitamnya.

"Satu pelukan dari hyung berdua." Katanya lembut. Bibirnya merekah mengukir senyuman.

Luhan dan Xiumin senyum lebar.
Luhan: Hee Chul!

Hee Chul ketawa kecil.

Hee Chul: Apalah hyung ni. Takkan tak cam Hee Chul langsung!

Luhan: Tak.. Hyung cam pun masa kamu senyum tadi.

Xiumin: Haah. Hyung pun sama.

Hee Chul ketawa.

Luhan: Aish, budak ni!

Luhan menyerabaikan(?) rambut Hee Chul. Hee Chul hanya ketawa kecil kemudian duduk di atas kerusi si hadapan kaunter.

Luhan: Kamu cuti ke?

Hee Chul: Haah. Tinggal tunggu keputusan je lagi.

Xiumin: Dah habis belajarlah ni?

Hee Chul mengangguk.

Xiumin: Oh..

Xiumin mengangguk kemudian meletakkan secawan kopi di depan Hee Chul.

Hee Chul: Terima kasih Umin hyung.

Xiumin senyum.

Luhan: Baguslah kalau kamu cuti.

Hee Chul tersengih.

Luhan: Kamu tinggal jelah dengan kami. Rumah sewa kamu tu pun,  bukannya ada orang lain tinggal. Kamu seorang je. Lebih baik tinggal dengan kami.

Hee Chul: Hyung semua tak kisah ke? 

Soal Hee Chul inginkan kepastian.

Xiumin: Apa pulak yang nak dikisahkan? Kami lebih suka kalau kamu tinggal dengan kami.
Hee Chul: Yelah.. manalah tahu, nanti bila Hee Chul tinggal sana nanti, menyusahkan pulak.

Luhan: Takda maknanya kamu tu menyusahkan. Tak susah langsung!

Hee Chul diam.

Xiumin: Eotteokhae?

Hee Chul diam beberapa ketika.

Hee Chul: Okay!

Xiumin dan Luhan senyum suka.

Hee Chul: Tapi.. Chanyeol hyung dengan Suho hyung?

Xiumin: Diorang memang tak kisah punya. Diorang mesti suka kamu tinggal bersama dengan kami.

Hee Chul mengangguk lalu tersenyum akhirnya.

~*~

Dia menyilangkan kedua-dua belah tangannya kemudian diletakkan di atas penghadang besi untuk balkoni rumah itu.

Matanya melilau melihat kawasan rumah. Pemandangan di situ menarik perhatiannya. Dia boleh lihat matahari senja Seoul terbenam di sebalik pokok-pokok. Dia senyum.

"Hee Chul?"

Satu suara menegurnya. Dia menoleh.

Hee Chul: Chanyeol hyung.

Chanyeol senyum. Dia mendekati Hee Chul lalu menyandar pada penghadang besi itu. Dia memandang Hee Chul.

Chanyeol: Kenapa? Macam ada masalah je.

Hee Chul memandang Chanyeol. Dia senyum lalu menggeleng.

Hee Chul: Tak adalah! Hee Chul okay.

Chanyeol senyum lalu menghadap ke arah yang sama seperti Hee Chul. Dia memandang sekeliling.

Chanyeol: Cantik kan?

Hee Chul senyum lalu mengangguk.

Chanyeol memandang ke bawah lalu matanya menangkap satu kawasan yang lapang berdekatan dengan kawasan rumah mereka. Dia ingat lagi tempat itu. Tempat mereka semua bermain dulu. Sebelum peristiwa hitam itu berlaku.

Chanyeol: Nampak tak, kawasan lapang tu?

Chanyeol menunding ke arah kawasan itu. Hee Chul memandang ke arah itu. Dia mengangguk.

Chanyeol: Tempat tulah yang selalu jadi tempat kami semua bermain, lepak... banyak kenangan kami semua kat situ.

Mata Chanyeol mula berkaca. Diseka matanya bila ada cecair jernih berkumpul di hujung matanya.

Hee Chul memandang Chanyeol. Diamati wajah Chanyeol lama. Dia dapat lihat semua derita dan kerinduan yang ditanggung olehnya. Semuanya!

Dia menyentuh bahu Chanyeol. Diusap bahu itu lembut. Chanyeol memandangnya lalu dia senyum nipis.

Hee Chul: Hyung.. Hyung tak perlu rasa kesal dengan semua tu. Semua tu dah lepas dah. Tak ada apa yang nak dikesalkan lagi. Yang penting.. hati kita ni...

Hee Chul meletakkan jari telunjuknya ke dada bahagian kiri Chanyeol.

Hee Chul: ... sentiasa ingat diorang. Sentiasa doakan diorang bahagia. Ya?

Chanyeol senyum. Dia mengangguk. Disentuh kepala Hee Chul.

Chanyeol: Gomawo.

Hee Chul mengangguk seraya tersenyum.

"Yang lalu, biarlah berlalu.. yang akan menyusul itu yang kita fikirkan.. Yang penting, simpanlah memori indah itu selamanya. Jangan lupakan."

•••••••••••••••••

Another Special Chapter (3) will coming soon yeorobun. ;)

I'M SORRY [EXO-BTS] (COMPLETED)Where stories live. Discover now