Chapter 18

352 26 0
                                    

Suho: Kai. Nak pergi mana tu?

Kai yang baru sahaja hendak keluar tehenti. Dia menoleh memandang Suho.

Kai: Nak keluar.

Kemudian dia keluar melepasi pintu rumah.

Suho: Nanti, Kai!

Kaki Kai terhenti lagi. Suho mendekatinya.

Suho: Hyung tengok kamu ni, selalu je keluar rumah. Tak tentu masa. Kadang-kadang malam baru balik. Tak boleh ke, kamu duduk rumah je?

Kai: Saya tak pergi mana-mana pun hyung. Saya cuma keluar jumpa kawan.

Suho: Itu yang hyung risaukan, Kai. Hyung takut kamu salah pilih kawan.

"Huh! Salah pilih?"-Kai

Kai: Kawan saya baik hyung.

Suho mengeluh mendengar jawapan Kai.

Suho: Kalau kawan kamu baik-baik, kamu takkan jadi macam ni. Kai.Hyung cuma takut. Hyung tak nak apa yang jadi dekat Sehun dan Chen, berlaku lagi.

Kai: Hyung.. dah takdir diorang untuk mati. Biarlah!

Suho tersentak mendengar jawapan yang agak tidak bertapis dari Kai.

Suho: Kenapa dengan kamu ni Kai? Kamu dah banyak berubah. Kamu berubah sejak berkawan dengan diorang kan?!

Kai: Bukan urusan hyung!

Dia mula keluar melepasi pintu masuk tetapi badannya terdorong ke belakang disebabkan oleh Suho yang tiba-tiba sahaja menariknya.

Suho: Hyung tak akan benarkan kamu keluar jumpa kawan-kawan kamu yang tak jelas tu!

Suara marah Suho bergema di segenap ruang rumah mereka. Dia menarik Kai masuk ke dalam rumah. Yang lain terkejut melihat mereka.

Kris: Kenapa ni Suho?

Suho tidak menjawab malah melepaskan pegangannya pada Kai dengan Kasar. Kai tersungkur ke atas lantai.

Kris: Apa kau buat ni Suho?!

Kris menerpa ke arah Kai dan membantunya berdiri. Baekhyun datang membantu. Tao pula hanya memandang Kai.

Kris: Suho. Kau buat apa ni? Kenapa sampai kau marah dia?

Suho: Aku cuma nak dia duduk rumah!

Kris: Tapi, takkan sampai macam ni?! Tak boleh ke kau cakap baik-baik?!

Suho: Baik-baik? Kalau aku cakap baik-baik, dia nak dengar ke?! Aku cuma nak yang terbaik untuk dia Kris. Untuk kita semua. Aku tak nak apa yang jadi dekat Sehun.. dekat Chen. Jadi dekat Kai. Jadi dekat yang lain. Cukuplah. Cukuplah kita hilang dua. Cukuplah, Luhan dengan Umin hyung jadi macam tu. Aku dah tak sanggup lagi menangis. Aku dah tak sanggup tengok kita semua ni merana. Sakit Kris.. sakit... aku tak nak hilang adik lagi. Cukuplah..

Air mata Suho mengalir. Mereka semua terdiam mendengar kata-kata Suho.

Kai: Baru sekarang?

Suara Kai memecah kesunyian.

Kai: Baru sekarang... hyung takut nak hilang saya?

Semua mata memandang Kai.

Kai: Lepas Sehun dan Chen dah mati, baru hyung kisah pasal saya?

Kai tersenyum sinis.

Kai: Selama ni? Hyung tak pernah kisahkan saya. Hyung semua, tak pernah ambil tahu pasal saya!!

D.O: Apa kamu cakap ni Kai?

Kai memandang D.O.

Kai: masih tak faham?

I'M SORRY [EXO-BTS] (COMPLETED)Where stories live. Discover now