Chapter 23

415 36 1
                                    


Jin: Kai.. Kai! Bangun! Bangun, Kai!

Jin menampar-nampar perlahan pipi Kai sambil memanggil Kai dengan nada separuh berbisik.

Kai mencelikkan matanya perlahan-lahan. Kepalanya pusing. Dia nampak figura Jin tetapi kabur. Dikelip-kelipkan matanya berkali-kali barulah dia dapat melihat Jin dengan jelas.

Kai: Ji... Jin?

Jin mengangguk.

Jin: Ya. Ini aku. Kau okay?

Soal Jin prihatin. Kai mengangguk tetapi dia hairan melihat Jin yang melutut dihadapannya dan tinggi mereka hampir sama. Kai melihat dirinya sendiri. Dia terkejut bila dia sedar dirinya diikat di sebuah kerusi.

Kai: Kenapa ni, Jin?! Kenapa aku kena ikat?!

Kai bergerak-gerak cuba melepaskan diri.

Jin: Bawa bertenang, Kai. Kau tak akan apa-apa. Aku ada sesuatu nak bagitahu kau.

Kai: Apa dia?

Jin menarik nafas dalam. Wajahnya serius.

Jin: Macam ni. Suho, Baekhyun, Lay dan Xiumin akan datang tolong kau.

Kai mengerutkan dahinya.

Kai: Suho hyung?

Jin mengangguk.

Jin: Masa diorang datang tu, aku akan lepaskan kau. Sebelun tu aku akan telefon polis. Kalau kau dah terlepas, tolong pergi dengan secepat mungkin. Pergi dari sini. 

Kai: Tapi, korang...

Jin: Pasal kami, jangan risau. Aku akan lindungi hyung-hyung kau, walau itu melibatkan nyawa aku. Percaya dengan aku, Kai.

Kai diam memandang Jin. Lelaki itu sangat baik baginya. Tetapi, kerana sayangkan ahli kumpulannya.. kerja kotor yang dia tidak mahu buat pun, dia sanggup lakukan.

Kai: Terima kasih, Jin. Kau memang baik. Kau memang kawan yang baik.

Jin senyum senget.

Jin: Baik ke, kalau aku sanggup lakukan semua perkara bodoh ni?

Kai: Kau tak ada niat pun, kan? Tapi, apa yang kau buat sekarang ni pun dah cukup baik, Jin.

Jin senyum pahit.

~*~

Rapmon: Jadi.. kau dah buat keputusan, Kai?

Kai diam sambil memandang Rapmon tajam. Rapmon tersenyum senget.

Rapmon: Oh, tolonglah! Pandangan tu takkan buat aku takut.

Kai: Kalau aku tak buat pun, memang kau takkan takut pun kan? Hahah!

Kai ketawa sinis.

Rapmon: Betul! Eii! Ini Rapmonster lah! Tiada benda pun yang aku takutkan!!

Kai: Oh, ye ke? Tapi aku yakin kau takutkan yang satu ni.

Rapmon: Apa benda?

Rapmon merendahkan badannya sehingga wajahnya dan Kai bertentangan.

Kai: Takut mati!!

Dengan serta merta, Kai terus melagakan kepalanya dengan wajah Rapmon dengan kuat. Rapmon terdorong beberapa langkah kebelakang. V dan Suga yang berada di dekat Rapmon terkejut lalu memegang ketua mereka itu. Rapmon mengerang kesakitan.

Rapmon: Tak guna!!

Rapmon meluru ke arah Kai untuk menumbuk Kai tetapi langkahnya terhenti bila satu suara menyuruhnya berhenti.

I'M SORRY [EXO-BTS] (COMPLETED)Where stories live. Discover now