Kelopak matanya kelihatan bergerak-gerak. Perlahan-lahan matanya dibuka. Dikelip-kelipkan beberapa kali. Anak matanya bergerak melihat keadaan sekeliling. Dia tahu dia berada di biliknya.Dia mengubah posisinya dari berbaring ke duduk. Badannya disandarkan ke kepala katil. Tiba-tiba pintu biliknya dibuka dari luar. Muncul Kris dengan sebesen air suam dan tuala kecil.
Kris: Tao? Kamu dah sedar?
Kris melangkah mendekati katil dan meletakkan besen di tangannya di atas meja lampu. Dia duduk di tepi katil. Tao senyum kelat.
Kris: Kamu tak apa-apa?
Tao: Tao okay, hyung.
Kris mengangguk. Mereka melihat ke arah pintu bila pintu seperti dibuka dari luar.
Xiumin: Kris.. eh? Tao?
Xiumin menapak masuk ke dalam bilik Tao.
Xiumin: Kamu dah sedar? Kamu okay?
Tao mengangguk kemudian senyum.
Xiumin: Heii.. kamu ni. Hyung semua risau tau tak? Dengan keadaan kamu yang macam ni lagi....
Tao: Tao okaylah Umin hyung.
Xiumin menggeleng kecil.
Xiumin: Yelah tu. Dah, Kris. Mari turun makan. Tao, nanti hyung suruh Chen hantar makanan.
Kris: Takpe, takpe.. nanti saya sendiri hantar. Saya makan dengan Tao kat sini.
Tao: Tak payahlah... Tao larat lagilah nak turun. Bukan sakit sangat pun.
Kris: Tak, tak payah...
Tao: Hyung.. Tao bolehlah.
Tao cuba meyakinkan Kris. Dia memandang Kedua-dua hyungnya itu silih berganti.
Tao: Okay? Dah, jom turun.
Kris dan Xiumin akur. Mereka membantu Tao untuk berdiri.
Tao: Sebelum tu.. telefon Tao mana?
Kris: Ada je, dalam laci tu.
Tao mengangguk.
Tao: Dah, jom.
~*~
Dari atas tangga lagi sudah kedengaran suara riuh-rendahnya suara EXO. Kris dan Xiumin masing-masing memegang kedua-dua belah lengan Tao. Mereka turun tangga perlahan-lahan. EXO diam melihat Tao.
"Tao!!!"
Chen, Baekhyun dan Chanyeol menjerit serentak.
Mereka menerpa dan memeluk Tao. Pipi Tao dicium bertalu-talu. Rimas dia dibuatnya.
Tao: Eee!! Janganlah cium! Gelilah!! Sana!
Tao menolak mereka bertiga. Badannya terasa berdenyut-denyut dek pelukan mereka bertiga yang terlalu kuat.
Baekhyun: Nak cium sikit pun tak boleh.
Tao: Nak cium konon. Mulut korang tu ada minyaklah! Kotor!
Chen: Nanti kau cucilah. Meh siniiii... ummah sikit!
Chen menjuihkan mulutnya untuk mencium Tao. Lantas Tao menahan mulut Tao menggunakan tangannya.
Tao: Jangaaannn!!
Chen: Umm! Ermm!
Suho: Dah! Duduk balik Chen. Baek, Yeol.. duduk. Tao..
Suho memberi isyarat supaya duduk pada Tao menggunakan tangannya. Tao duduk di tempatnya. Dia pandang satu persatu rakan-rakannya di situ. Matanya kemudian menangkap tiga buah kerusi yang kosong.
YOU ARE READING
I'M SORRY [EXO-BTS] (COMPLETED)
FanfictionBila dendam, benci, iri hati dan pengaruh jahat menguasai, perasaan cinta dan sayang antara hubungan persahabatan yang terjalin sejak kecil hancur jua. Erti persahabatan hilang begitu sahaja. Kemarahan demi kemarahan. Benci demi benci, dan pergaduh...