BAB 11

2.2K 61 0
                                    

RASA tak tenang duduk dah ni. Tak tahu nak lari ke mana dah bila Qais tak sudah-sudah pandang dia. Dia lupa gamaknya yang pandangan itu adalah pandangan gelap gelita tapi tak tahulah, dia tetap rasa segan sendiri. Rasa macam kena bogel aje pun depan Qais ni.

"Hei... Jangan pandang aku macam nak telanlah, Qais..." Kuca melarang. Dia membelek sebuah buku di tangan bila dia ajak Qais masuk ke MPH di Tingkat 2, Subang Parade.

Kata-kata yang buat Qais ketawa lepas. Tangan Qais meraba di atas rak. Tak tahulah kenapa Kuca ajak dia masuk MPH. Dia bukan boleh tengok. Koleksi buku Braille yang dia beli tu semuanya ditempah khas oleh doktor pakar mata dia. Edisi terhad punya.

"Awak ni lawaklah, Kuca. Tak macam pertama kali kita jumpa tu. Marah sungguh awak masa tu. Sekarang ni lucu tak ingat..." Gigi putih Qais terbias di mata Kuca. Ada sepasang gigi taring yang menyerlahkan kemanisan wajah Qais.

"Macam mana saya nak tahu saya pandang awak, ha? Saya pun tak tahu anak mata saya terarah dekat mana, pada siapa. Memang saya tak tahu. Dunia saya ni kecuali ada sedikit cahaya, yang lain gelap gelita."

Kuca ketap bibir. Adeh... Silap lagi aku. Kenapalah tongong sangat ni? Dia ketuk kepala sendiri dua kali. Umur dah dekat tiga puluh tapi mulut macam umur tiga tahun.

"Qais... Sorry." Tak tahulah nak ucap apa lagi. Rasanya selama mana dia kawan dengan Qais ni, mahu lima puluh buah kontena kata-kata maaf dia ucapkan.

"Sorry sebab apa? Sebab awak rasa awak kecilkan hati saya?" Qais geleng. Tangan dia terus memegang buku di atas rak. Berjalan menyusuri rak.

"Tak ada salahnya. Biasa yang tengok saya pun memang nampak saya macam normal. Tapi tak..." Kepala tertoleh ke belakang. Tahu Kuca masih tegak berdiri di situ.

"Awak nampak saya normal tak?"

Lama Kuca pandang wajah di depan dia. Angguk perlahan. Takut dah nak bersuara. Takut terungkit kekurangan Qais secara tak sengaja.

"Kenapa diam?"

"Sebab aku sendiri pun ada soalan nak tanya kau. Ini asyik kau aje cakap, bila masa aku nak cakap?" Sedas dia bidas Qais yang nampak terkulat-kulat.

Mak ai... Lelaki ni sekali sound orang... Tapi senyum jugalah. Memang salah dia pun. Macam tak pernah bercakap dua puluh tahun. Bukan tak pernah bercakap dengan orang tapi dah lama tak ada kawan sembang macam ni.

"Yalah... Tanyalah." Dia memberi ruang.

"Selama sepuluh tahun ni, kau tak ada kawan?"

Qais angguk.

"Tak ada orang sudi kawan. Kata Mak Teh, yang ada nak berkawan pun macam nak ambil kesempatan. Jujurnya, Mak Teh risau juga saya keluar dengan awak ni sebab kita baru aje kenal," beritahu Qais jujur tentang apa yang Mak Teh luahkan pada dia.

"Tapi saya yakinkan dia yang awak ni baik. Mungkin perengus sikit la..." Dalam puji tu kena kutuk juga sikit-sikit.

Kuca tak boleh nak marah. Hakikat. Lepas perkara lalu tu dia memang perengus. Pantang terusik. Kecuali dengan Cammy ajelah dia sabar melayan. Sekarang ni rasanya kena sabar pula dengan Qaiser Wardah ni.

"Jadinya, kau tak takut nak dekat dengan aku?" giat Kuca. Nak tengok juga jawapan bijak Qais.

"Tak... Kalau awak jahat, awak tak mencangkung lama depan saya semalam, kan? Tak risau, kan? Tak tunjuk air muka risau macam tu, kan?" Qais bercerita hal benar. Mak Teh beritahu dia waktu dia nak keluar tadi. Dan kerana hal itu jugalah Mak Teh relakan dia keluar dengan Kuca.

Kantoi. Kuca tahu mesti Mak Teh nampak perbuatan dia. Dia pun tak tahulah kenapa jadi macam tu.

"Aku tak ada niat lain nak kawan dengan kau ni. Mungkin sebab aku kagum dengan kau. Kagum dengan ketabahan kau. Sifat rendah diri kau. Tak lokek dengan kata-kata maaf. Tak kedekut dengan senyuman. Periang biarpun dunia gelap. Aku rasa dunia aku lebih kelabu jika nak dibandingkan dengan orang lain. Tapi..." Bicara Kuca padam di situ.

SANGGUPKAH BERSABAR SAYANG?Where stories live. Discover now