BAB 15

3.7K 102 13
                                    

WAJAH Qais pucat.

"Allah... Nasib baik." Dia urut dada. Berderau darah. Mujurlah Cammy ada menyambut. Kalau tidak...

Dia sengih. Tak tahulah siapa di depan. Cammylah kut sebab tadi dengar suara Cammy tapi pegangan tangan itu pada lengannya masih tak lepas.

"Thanks, Cammy. Kalau tidak, tentu akak cium jalan..." Gelak. Tak rasa risau sikit pun, padahal wajah Cammy pucat, wajah Kuca merah padam.

"Bukan cium jalan, tapi cium aku." Kuca tarik lengan Qais naik ke atas. Kasar! Melahirkan rasa geram yang bukan sedikit.

Geram pada dua orang perempuan di depan dia sekarang! Masing-masing begitu bijak buat dia rasa risau!

Cammy terus paut lengan Qais yang sedang buat wajah terkejut. Macam tak percaya dengan suara yang menyapa. Dahlah beberapa hari tak ada dengar khabar. Dia menanti aje. Nak telefon, rasa malu menebal.

"Kak Qais okey ke?" soal Cammy. Peluh kecil dah merecik pada dahi.

Rodi yang tadinya sedang mengelap kereta pelanggan juga dah ada dekat dengan Kuca. Wajah masing-masing cuak. Takut Kuca mengamuk sebenarnya.

"Cammy bukan datang sorang, kan?" soal Qais dengan dahi berkerut.

Cammy ketap bibir. Dia tak cakap pun dekat Qais nak jumpa abang dia sekali. Rasanya lagi happy kalau ramai-ramai. Mata Cammy pandang Kuca yang buat wajah tak ada perasaan. Rahang abang naik turun. Tahu... Abang menahan marah. Apatah lagi bila abang bercekak pinggang. Dia tunduk ke lantai.

"Abang..." Dia mula minta tolong. Nampak muka Qais dah mati dengan senyuman. Masam macam pelam muda.

"Kenapa abang pula?" sergah Kuca.

"Cammy yang ajak dia. Cammy yang plan nak jumpa dia. Apa-apa jadi, tak ada kaitan dengan abang!" Kuca berpaling dan masuk ke dalam bilik jamming. Biarlah Rodi layan Si Cammy dengan Qais tu.

Geram sungguh. Boleh pula minah tu suka bila nak tersembam? Buatnya dia tak sempat sambut, mahu patah hidung mancung tu. Mahu koyak bibir tipis merah tu. Tak sayang diri betullah budak Mawar ni. Kuca geleng dalam hati. Geram tak habis lagi.

Dengan Cammy pun. Apa yang buat adik dia yakin nak ajak Qais keluar bila nak jaga diri sendiri pun tak boleh. Dia bukannya tak tahu, Qais tu tak macam orang lain.

"Cammy tak cakap pun Kuca ada dekat sini." Rendah mendalam suara Qais. Dengar pada suara tu, macam Kuca tak sudi dia ada sama. Salah masa dan tempat gamaknya. Habis tu, macam manalah keyakinan Mak Teh begitu utuh tentang perasaan Kuca pada dia?

Ilusi semata-mata!

Cammy pegang tangan Qais.

"Sorry, kak. Salah Cammy. Cammy cuma rindu dua-dua. Tapi tak selalu boleh keluar. Sekali mummy dan papa bagi keluar, Cammy nak jumpa dua-dua... Errr... Tak rancang sebenarnya." Lambat dia menyambung.

Qais senyum tawar. Faham sangat akan kerinduan seorang adik. Dia tahu erti rindu itu. Dah sepuluh tahun dia tanggung rasa itu.

"Tapi Kuca macam marah aje tu. Dia tak nak jumpa kakak kut..." Qais dah buat rumusan sendiri.

"Kalau gitu, Cammy tolong panggil teksi, kakak boleh balik," pinta Qais bila tak dengar suara Cammy.

Dia memang nak balik tapi Cammy menghalang. Cammy pandang Rodi. Diberi isyarat agar memanggil abangnya keluar. Rodi pun kerut kening tak sudah. Mata dia tak berkelip pandang Qais. Bukan sebab tak suka Cammy tapi terkejut bila Kuca kenal dengan minah yang kena maki ni dan paling tak sangka, minah ni buta? Allah...

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jan 06, 2017 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

SANGGUPKAH BERSABAR SAYANG?Where stories live. Discover now