BAB 14

2.1K 58 0
                                    

TAK dapat dia nak tahan senyum. Hai... Berbicara dengan Qais biarpun seketika memang buat resah dia damai.

Padahal, hanya satu ayat yang dia tanya. Dan jawapan Qais yang sepatah itu, dah buat dia mampu bernafas dengan lancar.

Qais okey.

Itu yang dia selalu nak tahu.

Baru saja dia duduk di atas kerusi dalam bilik jamming, Rodi mendekati. Kuca melangut memandang Rodi. Senyum tipis tanda penat. Dia benar-benar letih. Malam tadi tak lena dengan betul. Sudahlah baru habis kerja, baru nak diayun sticks, Rodi dah datang.

"Ryu tak datang, eh?" Rodi tarik kerusi dan duduk sambil mengelap tangan dengan minyak bagi menghilangkan kesan hitam pada lengan dan jari-jemari.

Kuca geleng. Perlahan-lahan dia palu sticks pada cymbal. Test bunyi. Test power.

"Kau tak tidur semalam, eh?"

Kuca geleng lagi. Mata masih pada drum set. Langsung tak diangkat wajah memandang Rodi. Rodi pun dah naik pelik dengan Kuca ni. Mengelamun saja dua tiga hari ni. Dahlah nak jumpa payah sekarang. Macam ada business besar. Entah-entah Kuca dah balik rumah keluarga dia tak?

"Kau tak sihat ke? Ada masalah?" Rodi naik risau sedikit. Yalah, dah kata kawan baik.

Barulah Kuca pandang Rodi dengan anak mata yang merah. Senyum tipis sebelum melarikan pandangan.

"Aku okey aje pun. Letih melayang Cammy..." Yalah, semalam merengek-rengek nak nombor telefon Qais. Letih dia. Selagi tak diberi, selagi itulah telefon berbunyi. Siap menangis, mengugut bagai lagi.

"Pula dah... Dah tu, kau siapkan AE86 tu ke? Aku tengok pagi ni dah siap."

Lega Rodi. Kereta AE86 tu tukar enjin. Dah tukar, tak sesuai pula. Bila dah sesuai, kena overhaul pula. Dia tak sempat nak siapkan, mujur juga kalau betul Kuca dah selesaikan semua.

"Aku tak boleh tidur. Aku buatlah..."

"Laaa... Itu yang tak cukup tidur tu?" tanya Rodi laju.

Kuca sengih dan angguk.

"Call customer, dapat full payment, belanja aku roti canai barang sekeping dua."

Rodi gelak. Dia bangkit dan menepuk bahu Kuca.

"Itu aje ke? Aduhai, mintalah makan dekat puncak KL Tower ke... Ini roti canai mamak juga kau nak..." Rodi geleng.

Dia kenal Kuca. Dah hampir sepuluh tahun Kuca terbiar sendiri macam ni. Kuca yang perengus, keras, sinis, tajam lidah dan kasar. Kuca yang banyak bantu dia memajukan bengkel. Kuca yang terlalu perahsia. Yang tak suka diasak dengan pelbagai soalan. Kuca yang akan luahkan rahsia hati secara rela bila-bila masa dirasakan perlu dan dialah telinga yang akan mendengar segala luahan itu.

"Bolehlah buat isi perut. Tengah hari Cammy nak datang..." Kuca jeling Rodi.

Dah tahu apa yang bakal jadi dan sungguh, Rodi menjeling. Wajah teruja. Mata bersinar saja sebut nama Cammy.

"Serius? Dia nak datang sini?" tanya Rodi. Entahlah, dia sebaya Kuca dan rasanya Cammy tu lebih dari sepuluh tahun bezanya. Tapi dia suka tengok Cammy. Nak kata nak jadi adik ipar Kuca, memang taklah. Takut kena maki. Rodi senyum dalam hati.

"Haah. Kau pergilah cuci muka, tangan semua tu. Tukar baju bersih sikit," suruh Kuca senada. Tahu sangat Rodi sukakan Cammy yang kebudak-budakan tu. Dia simpan senyum. Rodi sengih garu kepala. Tahu Kuca usik dia.

"Eleh... Bukan dia nak datang jumpa aku pun..." Rodi terus berlalu membawa rasa malu. Adeh, Kuca macam dah tahu kut aku suka adik dia.

Kening Kuca berkerut dengan bibir yang mencebek. Obvious sangatlah kau tu, Rodi. Pantang aku sebut nama Cammy, mulalah teruja. Akhirnya, bibir dia pecah dengan senyuman. Kalau betul berjodoh Rodi dan Cammy, dia akan restuinya kerana Rodi adalah teman terbaik yang pernah dia ada.

SANGGUPKAH BERSABAR SAYANG?Where stories live. Discover now