CHAPTER 3

548 58 2
                                    

Readers pov

Aku keluar dari tandas selepas selesai mencuci tangan. Jap. Mana jalan pergi bilik Taehyung eh. Tak kan kot aku lupa. Dah lah bangunan ni besar.

Mungkin ini kot jalan yang aku pakai tadi. Aku berjalan sambil menundukkan kepala. Entah kenapa tetiba suara MinJung Ah tadi terlintas di dalam fikiranku. Sedang aku berjalan tu, aku terlanggar seseorang.

"Arrrh. Mianhae," kataku. Bila aku bangun je. Aku nampak Jimin dekat depan aku. Oh goshh. Bias aku dekat depan mata aku doh. Aaaaa.. melt la tengok. 😍

"Kau okay ke?," soalny sambil menolongku bangun.

"Err.. saya... err aku okay, " jawabku sambil tersenyum malu.

"Apa kau buat dekat sini?,"

"Oh.. aku.. pergi tandas kejap tadi," jawabku berani.

"Jomlah aku hantar kau pergi bilik Taehyung," kata Jimin sambil senyum. Ah, melt lah pula aku. Ingat Hye Ra jangan terkam dia dekat sini. Tak pasal pasal kau kena pecat tambah keluar tv, surat khabar ape semua tu.

"Hye Ra. Nama kau Hye Ra kan?," soalnya.

Aku menganguk.

"Nae. Aku Hye Ra," kataku.

"Ouh.. macam Mana?  Okay ke tadi?," soalnya lagi.

"Okaylah saya boleh buat," jawabku.

"Oh. Baguslah,"

"Jimin. Saya nak tanya," kataku sambil tu aku ambik telefon dari beg.

"Urmm. Ye? Ape dia," katanya sambil memandang aku.

"Urmm. Apa tujuan yeoja yeoja di panggil masuk ke bilik Taehyung?, " soalku berani.

Secara automatik air muka Jimin berubah. Dia memandang ke arah lain. Dan dia belum bagi jawapan.

"Jimin?," panggilku.

"Urmm ye?,"

"Wae?," Aku masih lagi nak tau ape jawapan yang akan keluar dari mulut Jimin.

"Oh tu.. diorang cuma. Ehem. Fans dia," kata Jimin.

"Ouh,"

Ade ke sampai Fan masuk bilik seorang idol. Gila lah weyh.😒

"Okaylah. Aku nak balik pergi diorang BTS. Kita Dah sampai dekat bilik Taehyung ni. Annyeong. Jumpa lagi dekat bilik practice,"katanya lalu meninggalkan aku keseorangan di depan bilik Taehyung.

Aku memandang tepat pintu bilik Taehyung. Agaknya Dah selesai ke? Atau masih? Aku kena masuk juga. Tapi nampak macam aku ni sibuk Dengan hal peribadi dia pula. Errm. Tapi tak kan lah aku nak biarkan. Right?

Jadi Aku ambil keputusan untuk masuk je. Pintu bilik aku buka. Dan aku masuk perlahan-lahan. Pintu aku tutup. Taehyung tak ada? Mana dia. Mataku tertumpu kepada seorang gadis di atas katil. Sedang tidur nyenyak. Itu MinJung Ah. Yeoja seksi tadi tu. Kenapa pula muka dia nampak pucat. Nasib dia berbaju.

Mataku kini tertarik pada satu keping gambar. Tapi Bila aku nak ambik barang tu... suara seseorang menegurku.

"Kau tengah buat Apa?,"

Semestinya Itu suara Taehyung. Aku Dengan sedikit rasa takut memandang ke arahnya.

"Errrr. Saya cuma nak tengok gambar dekat atas meja tu," kataku.

Entah kenapa aku cakap saya-awak Dengan dia. Selalunya Aku tak biasa Bila cakap Dengan orang saya-awak.

"Lain kali jangan sentuh barang aku. Aku tak suka. Terutama barang dekat meja tu," katanya dingin.

[HIATUS] VAMPIRE (흡혈귀) 15++ • Taehyung •Nơi câu chuyện tồn tại. Hãy khám phá bây giờ