CHAPTER 11

474 41 12
                                    

"Kau tak pa-apa?," soal Taehyung sambil mengusap bahagian belakang tubuhku.

Dia memberi ku botol air mineral dan aku cepat-cepat merampas dari tangan dia. Terus aku buka penutup botol itu dan meneguk air.

"Lelaki tua tu ada apa-apakan kau?" Taehyung kembali menyoal aku.

Dia boleh pula tanya? Dia tak nampakkah tadi apa yang lelaki tua tu buat dekat aku??

"Kenapa kau tanya? Bukan ke kau memang nampak tadi apa dia buat?," kataku sambil menjelingnya sekilas.

"Ouh.Nampak. Kau okay ke sekarang?," Soal Taehyung sambil membetulkan jaketnya dan menyarungkan Mask Hitam pada mukanya serta topi hitam pada kepalanya.

"Kenapa kau tiba-tiba risaukan aku? Dulu bukan main lagi kau sakitkan hati aku?," ujarku sambil menjelingnya.

"Salah ke aku risaukan kau. Kau tu manager aku. Sudah cukup bagus aku tolong kau tadi. Kau tetap tak nak berterima kasih?, " kata Taehyung perlahan. Dapat aku dengar dia mengeluh perlahan.

Ya, mungkin aku agak keterlaluan sebab aku tetiba marah dia. Bukan maksud aku nak marah dia.. Tapi seriously aku tak ada mood selepas kejadian tadi tu.

"Tak,cuma sekarang aku betul-betul tak ada mood sekarang, " ujarku perlahan.

Kalau aku tengok lagi muka Si tua tu tadi, aku tak akan lepaskan dia. Uh. Kalau boleh, aku nak tumbuk muka dia sampai gigi dia patah semua.

"Dah? Kita duduk balik, okay?, " soal Taehyung. Dan ya sekarang aku dan dia ada di depan tandas.

Tangan aku digenggam oleh Taehyung dan dia menarik aku keluar dari kawasan tandas kembali ke tempat duduk penumpang.

"Jin Hyung, " Taehyung menegur Jin yang duduk di sebelah Jimin.

"Yes. Why?," kata Jin sambil memandang aku dan Taehyung dengan dahi berkerut. Jap, salah. Dia tak pandang aku dan Taehyung tapi dia pandang tangan Taehyung yang menggenggam tangan aku.

"Hyung boleh duduk di tempat Hye Ra? Sebab Tae nak dia duduk dengan Tae dan juga Jimin. Hyung okay kan duduk tempat Hye Ra? Lagipun Namjoon Hyung dan Suga hyung baru ajer berpindah duduk dekat situ memandang Cik Soo Min duduk dengan Staff Hanna, " panjang dia bercakap.

Suga dan Namjoon juga memandang aku dan Taehyung dengan pandangan yang susah untuk ditafsir.

"Boleh jer, " jawab Jin Hyung lalu duduk di tempat aku tadi.

"Hye, Hye Ra. Hye Tae. Duduklah," Jimin menguap sambil mulutnya bercakap. Dia duduk di tepi cermin. Jadi aku memutuskan untuk duduk di tengah-tengah.

"Aku duduk di tengah-tengah dan kau duduk di tepi kanan aku. Okay?, " Taehyung terus duduk di bahagian tengah-tengah.

Uh, sibuk je dia ni. Aku baru saja nak duduk sebelah Jimin. Aku dengan kerelaan, kepaksaan dan mood yang terbang duduk di sebelah kanan Taehyung. Dia tersenyum memandang aku dan mula memejamkan matanya.

"Baik kau tidur, Hye Ra. Masih lama lagi nak sampai, "ujar Taehyung dengan matanya yang masih tertutup.

Aku memandang mukanya dengan pandangan paling pelik yang tak pernah aku buat. Ya, aku pelik. Kim Taehyung sekarang jadi lebih baik dengan aku. Sikap dia agak berubah. Dulu dia selalu jauhkan diri dia dari aku. Dan agak dingin. Mungkin dulu dia masih anggap aku orang luar dan sekarang memandangkan aku sudah tau identiti dia, mungkin itu perangai dia berubah. Tanpa aku sedar aku tersenyum kecil melihat mukanya.

[HIATUS] VAMPIRE (흡혈귀) 15++ • Taehyung •Where stories live. Discover now