CHAPTER 8

506 42 5
                                    

++

"Eodi..." tanya Hye Ra. Dia duduk tegak dan kepalanya menoleh ke arah kiri. Oh, no! Jangan katakan kalau tadi dia menyandarkan kepalanya ke bahu Taehyung!

"Dah puas tidur?" tanya Taehyung.

"Kita ada di mana? Kenapa tempat ni gelap. Di mana yang lain?" tanya Hye Ra , berusaha menyembunyikan rasa malu. Dan, ya. Mereka memang berdua saja di dalam van sekarang.

"Tempat parking Big Hit, dan yang lain sudah turun di depan Big Hit Entertaiment dua puluh minit yang lalu. Aku hairan. Kau memang sudah nak dibangunkan ke? Kau memang susah bangun atau kau memang suka tidur letak kepala dekat bahu aku ?" tanya Taehyung.

"Yah! Jangan cakap sembarangan. Saya sangat penat malam semalam sebab kemas apartment korang. Lepastu mesti bangun pagi-pagi sebab Si-Hyuk ahjussi meminta saya untuk datang pagi-pagi. Dan satu lagi, saya memang susah dibangunkan. Kalau awak tahu saya tertidur dekat bahu awak kenapa tak bagitau? Kalau tak saya pasti tak akan tidur dekat bahu awak. Sebab saya memang tak ingin. Dan tak suka" kata Hye Ra.

"Tapi... Awak memang tak buat apa-apa dekat saya, kan?" sambung Hye Ra lagi.

Taehyung menolehkan wajahnya pada Hye Ra, membuat Hye Ra sedikit terkejut.

"Naega wae, eoh?" kata Taehyung.

"Awak kan gila seks. Manalah tau awak ..." gumam Taeyeon.

"Apa kau berharap aku buat sesuatu dekat kau ke?" tanya Taehyung sinis. Tubuhnya langsung menghadap pada Hye Ra dan tatapannya berubah menjadi tajam. Hye Ra memandang kedua mata Taehyung. Warna matanya kembali coklat, warna mata aslinya.

"Saya tak akan takut untuk melukai awak , walaupun awak tu KIM TAEHYUNG. Seorang artis pujaan ramai" kata Hye Ra tegas. Dia segera menutupi tubuh atasnya dengan kedua lengannya dan berusaha menjaga jarak dengan lelaki itu.

Taehyung tertawa mengejek. "Aku tak ada selera dengan budak hodoh dan pendek macam kau. Bukankah aku dah cakap dekat kau sebelum ni?"

"Cih, mwo? Apa buktinya? Pagi semalam awak......" Taeyeon segera menghentikan percakapannya dan wajahnya langsung berubah merah, panik, dan bimbang semua bercampur menjadi satu. Buat apa dia bercakap tentang tu?

"Aku tak maksudkan apa-apa pagi tu. Aku tak akan pernah sentuh kau, seperti yang sudah aku janjikan pada Cik Shin Hye. Kau juga bukan type ideal aku, jadi memegang janji Cik Shin Hye itu mudah bagi aku. Lagipula, aku dah kenal sangat siapa kau. Cik Shin Hye sudah menceritakan semuanya. Kau adalah perempuan yang sangat benci dengan bad boys, playboys, dan semacamnya, kan? Itu sebabnya kau memang tak sukakan aku sejak awal kita bertemu. Pandangan kau dekat aku adalah pandangan takut. Jujur , aku tak selesa kalau kau pandang aku macam tu. Dan sekarang semuanya jelas, kan? Kau bukan type ideal aku dan aku sudah berjanji pada Cik Shin Hye supaya tak mengapa-ngapakan kau"

Penjelasan Taehyung yang panjang dan tersusun rapi itu sedikit membuat Hye Ra tenang. Dia terdiam dan tubuhnya mula rileks kembali. Dia berdehem dan menundukkan wajahnya.

" Ada benda lagi yang ganggu fikiran kau?" tanya Taehyung.

Ada, tentu saja, gumam Hye Ra dalam hati. Dia ingin bertanya apa penyakit lelaki itu? Kenapa setiap hari dia melakukan hubungan seks dengan wanita yang berbeza? Kenapa warna matanya berubah-ubah beriringan dengan sikapnya? Apakah dia mempunyai kekuatan yang pelik? Dan kenapa BTS, begitu yakin bahawa Taehyung itu bukan pencinta seks?

[HIATUS] VAMPIRE (흡혈귀) 15++ • Taehyung •Where stories live. Discover now