Chapter 9

433 40 4
                                    

Maaf aye lama tak update. Aye tengah geram dengan wattpad ni sebab kalau diikutkan aye update Hari Rabu tapi wattpad buat masalah 💔😭 Btw, enjoy part ni.

++

"Jadi benar kau dan dia pernah bersama?, "soal Taehyung di sebelah ku.

Aku menganguk. Kaki kami menapak masuk ke dalam bangunan Big Hit.

"Jadi kau tidak pernah berhubungan dengan dia selama dua tahun?, "

"Ya. Aku rasa lebih baik aku menjauhinya. Bukankah dia sedang berbahagia dengan Taeyeon?," kataku lalu mengeluh perlahan.

"Jadi kau cemburu?, "soalan Taehyung membuat aku benar-benar keliru. Memang aku bencikan Baekhyun tetapi entah kenapa jauh di sudut hati aku mengatakan aku masih mencintainya..sedikit.

Aku menggeleng.

"Aku tidak cemburu. Buat apa aku cemburu dengan lelaki yang palsu seperti Baekhyun," ya, aku betul. Aku tidak cemburu. Dan aku sudah melupakannya.

"Ouh. Ya, aku dan yang lain akan berjumpa dengan Si-hyuk hyung di bilik mesyuarat. Dan mungkin lama. Dan, kalau kau nak pulang ke apartment kau, balik lah. Mungkin kawan kau sedang menunggu, "ujar Taehyung.

Entah kenapa hari ni aku tiba-tiba akrab dengan Taehyung. Selalunya kami bergaduh. Dan aku sering menjauhkan diri daripada dia. Hari ini semua rasa takut aku mulai hilang. Dan, aku rasa aku tidak perlu takut dengan dia. Kerana mungkin aku rasa, dia baik.

"Ouh, baiklah. Aku rasa mungkin aku tidak pulang ke apartment ku kerana kawan-kawanku masih bekerja, "jawabku.

"Terpulang. Kalau aku lama, jangan marah. Aku pergi dulu, " kata Taehyung lalu pergi meninggalkan aku seorang diri.

••

Aih, lamanya mereka. Benar mereka sedang bermesyuarat? Sudah tiga jam aku menunggu di luar bilik Taehyung. Mata aku sedikit mengantuk. Jadi aku rasa lebih baik aku masuk saja ke dalam bilik Taehyung dan meminjam katilnya untuk tidur sebentar.

Aku terus membuka perlahan pintu bilik Taehyung. Bilik ni, lama dah aku tak masuk setelah mereka berpindah ke apartment baru mereka. Bilik ini langsung tiada perubahan. Cuma sedikit saja perubahan. Barang di dalam bilik ini sedikit kerana dia membawanya ke apartment. Jadi yang selebihnya dia tinggalkan di sini.

Sebaik saja aku masuk ke dalam bilik Taehyung, mataku tertarik pada satu gambar di atas meja Taehyung. Aku meletakkan beg ku di atas mejanya dan tanganku mengambil gambar itu. Aku sedikit terkejut kerana melihat siapa yang berada di dalam foto tersebut. Seorang perempuan berambut coklat keperangan dengan memakai baju hitam.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
[HIATUS] VAMPIRE (흡혈귀) 15++ • Taehyung •Where stories live. Discover now