CHAPTER 12

427 28 6
                                    

Aku bangun dari tidur apabila terdengar bunyi air di dalam bilik mandi.

"Ah, " aku memegang kepalaku yang sedikit berdenyut dan rasa sakit. Aku memandang pintu bilik mandi itu dan betullah tekaan aku bahawa ada seseorang yang mandi di dalam.

Aku syak itu Taehyung. Siapa lagi kan? Ni kan bilik dia?

"Sebab ini yang kau nak, jadi aku akan buat. Jangan menyesal, "

Suara Taehyung semalam masih terngiang-ngiang di fikiran aku. Aku bangun dari katil dan berjalan menuju ke sebuah cermin besar di tepi meja kecil. Aku menilik leher ku. Manalah tau ada kesan-kesan atau parut yang disebabkan oleh gigitan dia. Dan... Peliknya tiada sebarang parut atau kesan pun yang tertinggal? Jadi betullah apa yang dikatakan oleh dia sebelum ini? Bahawa semua mangsa dia sebelum ini tidak akan pernah mengingati apa yang telah berlaku pada hari seseorang itu dihisap darah dan tiada kesan yang tinggal? Patut lah aku tidak dapat melihat kesan gigitannya di leher aku.

Jap, tetapi kenapa aku....

Kenapa aku..

Kenapa aku boleh ingat apa yang berlaku semalam??!! Bukankah dia sudah kata setiap mangsa dia tidak akan pernah ingat memori itu? Wah, lelaki ini benar-benar gila. Adakah dia sengaja menyeksa aku dengan membiarkan aku mengingati segala yang berlaku pada malam tadi? Ini sungguh shit.

Klik!

Mata aku terus tertumpu kepada pintu bilik mandi itu kerana aku yakin Taehyung akan keluar dari situ. Aku betul-betul ingin menumbuk wajah pembohongnya itu dan menendangnya terbang ke Uranus sana. Dia keluar dari dalam bilik mandi hanya dengan melilit tuala di pinggang nya dan di tangan kanannya memegang satu lagi tuala untuk mengelap rambut.

"Kau masih---, "

"Yah, awak. Kenapa awak tipu saya, hah? ," aku berteriak di depannya dengan wajah yang kemerahan seakan gunung berapi yang akan meletus mengeluarkan cecair larva panas. Dia hanya memandang aku selamba dengan wajah kosongnya itu. Wah, betapa geramnya aku dengan budak ini.

"Tepilah. Aku nak pakai baju, " dia menolak badan aku sedikit dan berjalan ke arah katilnya. Dia membuka bagasi dan mengeluarkan baju t-shirt putih bersama jaket jeans dan seluar jeans. Setelah itu dia keluarkan pakaian dalam-----.

Dengan itu, pipi ku berona merah seperti tomato kerana agak malu. Aku dpt tgk warna apa. Warna merah--
Ya Tuhan, kenapa dengan mata aku ni? Kenapa aku tengok barang peribadi dia. Aishhh..Kerana terlampau malu aku memusingkan badan aku membelakanginya. Biarkanlah aku sanggup tunggu dia pakai pakaian. Aku bukannya gila untuk tengok body dia yang tak seberapa bagus seperti Jimin. Lainlah Jimin, badan dia gempak, sado, menggoda. Aku masih minat Jimin okay, walaupun setelah sekian lama aku tak bercakap pasal lelaki pendek itu. Dan yash, bilik ni sunyi je. Cuma aku terdengar bunyi Taehyung yang sedang zip seluar dia? Okay, i'm pervert. But not really pervert. So what, aku boleh fikir macam-macam sekarang ni.

"Tak nak keluar?, " tiba-tiba suara Taehyung memecahkan kesunyian di dalam bilik ini. Aku memandang kebelakang dan melihat Taehyung yang sedang menyarungkan jaket jeans pada badannya. Wah, hebat juga dia. Sekejap saja dia menyalin pakaian. Kalau aku, mohon jangan ditunggu.

"Huh, " aku mendekati dia dan berdiri tepat di depannya. Dia masih memandang ku kosong, wajah yang tiada perasaan langsung.

"Awak tipu saya kan?, " soalku. Ya, aku ingin menyambung semula hasrat aku yang ingin menanya dia dari tadi. Dan aku mahukan jawapan itu sekarang.

"Aku tipu? Bila masa aku tipu kau?, " jawabnya dingin. Dia berdiri di hadapan cermin dan menilik wajahnya. Aku akui wajah dia kelihatan sama walaupun tidak mengenakan sebarang solekan. Tangan dia mengambil krim wajah dan menyapukan krim itu di muka. Oh dia sungguh menjaga kesihatan kulit dia. Patutlah muka dia tiada sebarang jerawat, bintik hitam, pori apa semua tu.

[HIATUS] VAMPIRE (흡혈귀) 15++ • Taehyung •Where stories live. Discover now