LELAKI DALAM CERMIN

178 4 0
                                    

Dalam cermin itu
Aku tidak percaya
Apa yang aku lihat

Seorang lelaki pelik
Merenung tajam padaku
Berwajah lesu dan tidak bermaya
Murung dan runsing
Sedih dan sendirian

Maaf atas segala rungutan
Aku tidak harus mengeluh
Aku sepatutnya tiada perasaan
Kerana perasaan adalah kesakitan

Semua yang aku perlukan
Tidak lagi aku perolehi

Semua yang aku mahukan
Telah dirampas daripada diriku

Siapa yang harus dipersalahkan?
Tiada sesiapa melainkan aku

Aku bukan tamak
Aku cuma mahu kembali
Kepada kehidupan
Yang lebih baik

Namun
Ia harus bermula
Dengan lelaki
Di dalam cermin itu

Buasir Otak: The PuisiWhere stories live. Discover now