UJIAN DUNIA

130 2 0
                                    

Hidup kita penuh dengan ujian dunia
Setiap hari pasti kita diuji
Kita hadapi ujian hidup ini di mana-mana
Di rumah, sekolah, tempat kerja, tempat awam, media sosial dan lain-lain
Namun, ujian hidup itu ada dua

Pertama, kita diuji dengan kesusahan
Ujian ini paling ramai orang sedar akan ujian yang menimpa
Kita diuji dengan kesakitan
Kita diuji dengan kegagalan
Kita diuji dengan kesedihan
Kita diuji dengan keperitan
Kita diuji dengan kemiskinan
Kita diuji dengan kekalahan
Kita diuji dengan kemalangan
Kita diuji dengan kerugian
Kita diuji dengan kemurungan

Kedua, kita diuji dengan kesenangan
Ujian ini adalah sejenis ujian yang kita jarang sedar yang ia juga adalah ujian
Kita diuji dengan kesihatan
Kita diuji dengan kejayaan
Kita diuji dengan kegembiraan
Kita diuji dengan keseronokan
Kita diuji dengan kekayaan
Kita diuji dengan kemenangan
Kita diuji dengan keselamatan
Kita diuji dengan keuntungan
Kita diuji dengan kebahagiaan

Apabila ujian ini tiba
Ujian yang pertama lebih ramai orang berjaya mengharunginya
Kerana ujian kesusahan membuatkan kita menjadi lebih kuat
Mengajar kita menjadi lebih tabah
Membuatkan manusia lebih dekat dengan Tuhan
Untuk meminta pertolongan dari-Nya

Berbeza dengan ujian yang kedua
Ujian kesenangan sering membuatkan kita mudah lupa diri
Senang tenggelam dengan perasaan bangga diri, ujub dan riak
Malah jarang sangat manusia mendekatkan diri dengan Tuhan
Tatkala mereka memperoleh kesenangan
Kerana merasakan tiada keperluan untuk meminta pertolongan dari Tuhan
Apatah lagi mensyukuri segala nikmat yang diberi Tuhan

Kita menjadi terlalu alpa
Sehingga lupa yang Tuhan itu ada
Dan Dia boleh menarik segala kesenangan yang kita ada
Pada bila-bila masa

Maka ingatlah
Tak kira ujian apa yang mendatang
Baik yang susah mahupun senang
Dekatkanlah diri dengan Maha Pencipta

Buasir Otak: The PuisiWhere stories live. Discover now