Artis, Tempat berpijak, Membaca, Pameran lukisan

3.6K 315 286
                                    

1. Bayangkan diri anda seorang penyanyi dan baru selesai merakamkan album terbaru. Untuk kulit album, rekaan manakah yang menjadi pilihan anda?
A. Pantai yang indah, tenang, berpasir putih dan lautan biru terbentang luas
B. Karikatur yang lucu dan berwana-warni
C. Potret anda
D. Lukisan abstrak yang tak jelas bentuknya

2. Anda sedang merenung langit yang terbentang luas dan indah. Kemudian pandangan itu dialihkan kepada persekitaran anda (tanah tempat berpijak). Apakah yang tergambar dalam bayangan anda ketika itu?
A. Permukaan bumi putih diselaputi salji
B. Pantai dengan lautan terbetang luas
C. Gunung-ganang dengan rimbunan pokok-pokok hijau
D. Padang luas yang dipenuhi bunga matahari yang kembang mekar

3. Ketika membaca majalah / surat khabar , bagaimana cara anda membacanya?
A. Membaca mengikut urutan
B. Baca dengan melangkau halaman. Memilih artikel kegemaran
C. Membelek helaian terlebih dahulu kerana mencari artikel menarik
D. Mula membaca dari halaman belakang terus ke hadapan

4. Anda berada dalam satu pameran lukisan. Tiba-tiba seseorang datang menghampiri dan ingin berbual dengan anda. Perkataan pertama yang terpacul di bibir anda ketika didekati ialah?
a) "Lukisan ini cantik"
b) "Apa pendapat kamu tentang lukisan ini?"
c) "Maaf, adakah saya menggangu?"
d) Kenalkn diri, "saya lah pelukisnya"

Soalan 1 : Menunjukkan personaliti diri anda
A. Individu sensetif dan prihatin namun agak pemalu dan sukar ditafsir tetapi hakikatnya mudah didekati.
B. Mudah bergaul, peramah dan mempunyai ramai rakan. Keramahan ada kalanya diragui rakan-rakan dan mereka sukar mempercayai diri anda. Anda gemar membuat orang lain tertawa tapi tidak sama sekali untuk ditertawakan orang lain.
C. Individu yang jujur namun kejujuran perlu berpada-pada agar anda tidak ditipu atau dipergunakan.
D. Gemar memperlihatkn bakat kepada umum. Tapi ingat, orang lain juga mempunyai bakat sehebat anda. Cuba berfikiran terbuka dan menerima pendapat orang lain.

Soalan 2 : Melambangkan kebolehan / kelebihan anda
A. Anda seorang individu yang sensitif lebih-lebih lagi ketika berhadapan situasi rumit. Berfikiran tajam dan sering mengikut kata hati ketika bertindak.
B. Bijak menjaga hati sahabat. Individu di sekeliling anda kagum dengan cara anda berkomunikasi dan menyenangi diri anda.
C. Dianggap individu yang terlalu memahami orang lain. Bersedia membantu sesiapa saja, walau apa jua keadaan.
D. Bijak, kreatif, memiliki banyak idea dan berpotensi untuk terus maju. Namun jangan sampai mengabaikan perasaan orang lain.

Soalan 3 : Cara mengatur perbelanjaan
A. Bijak merangka perbelanjaan, tidak boros dan tahu menggunakan wang sebaiknya.
B. Boros ! Sikap anda menjadikan anda sering hidup dalam keadaan terdesak!
C. Berhati-hati dalam perbelanjaan hingga ada yang menganggap anda kedekut kerana membeli barang berkualiti rendah. Mungkin sebab anda tidak suka berhutang.
D. Cara mengatur perbelanjaan tidak rasional! Sekiranya inginkan sesuatu, anda sanggup berhabisan.

Soalan 4 : Reaksi bila bertemu orang baru
A. Gemar berkawan dan berfikiran positif. Keperibadian anda disenangi ramai namun ada kalanya anda agak bimbang orang lain tidak dapat menerima kehadiran anda.
B. Sebelum meluahkn isi hati, anda ingin mendengar pendapat orang lain dahulu. Ada kalanya mudah terpengaruh dengan pendapat orang lain.
C. Sering dianggap individu yang sukar didekati oleh mereka di sekeliling anda. Anda juga agak mementingkan diri dalam melakukan sesuatu perkara.
D. Anda berusaha bersunggh-sungguh agar diri anda dapat diterima orang lain. Namun usaha anda seakan sia-sia kerana individu sekeliling anda seakan tidak gemar akan sikap anda.

Share lah jawapan korang kat comment and pls vote kalau betul dengan personaliti korang ok ! 👌

PERSONALITYWhere stories live. Discover now