Jenis Darah

3K 218 17
                                    

Idea keberibadian seseorang menyerupai jenis darah mereka sangat popular di Jepun. Sekiranya anda tahu golongan darah anda, anda boleh melihat ciri-ciri keperibadian berikut. Adakah sama ataupun tidak?

Golongan berdarah O
Orang yang berdarah O memliki penekanan yang baik dan besar pada sebuah kedamaian. Mereka memiliki keperibadian yang cemerlang dan bakat untuk memimpin orang lain. Gairah dan kejujuran adalah salah satu karakteristik mereka yang terbesar. Jenis O mudah membuat rakan di mana-mana pun mereka pergi dan memiliki keterampilan sosial yang besar. Mereka juga selalu ingin tahu tentang banyak hal dan jenis yang mudah bosan.

Golongan berdarah A
Orang dengan golongan darah A biasanya serius, sabar, dan perfectionists. Mereka suka merancang  sesuatu secara detail sebelum mencapai matlamat mereka. Mereka sangat  berhati-hati dan keras kepala. Selain itu, mereka inginkan segalanya sempurna. Orang berdarah A juga sangat pemalu dan ragu-ragu dalam situasi yang kekok.

Golongan berdarah B
Orang yang bergolongan darah B agak kreatif. Kadangkala mereka tenggelam dalam dunia mereka sendiri dan berakhir hanya melihat diri sendiri masih di tahap yang sama. Jika mereka menjumpai sesuatu yang menarik, mereka akan melupakan hal yang lain, tapi mereka juga mudah bosan.

Golongan berdarah AB
Orang dengan darah AB sukar untuk diklafikasikan kerana mereka memiliki dua karakter iaitu karakter A dan B di dalamnya. Mereka adalah introver dan ekstrovert, dan mereka sering dianggap sebagai orang yang memiliki keperibadian ganda kerana mereka boleh beralih dari satu keperibadian ke keperibadian lainnya. Mereka juga suka berkumpul dengan rakan-rakan mereka tetapi mereka tetap memerlukan waktu bersendirian untuk berfikir. Kadangkala mereka berfikir sesuatu yang mendalam dan terlalu sempit. Merekajuga spesifik dan sukar untuk memahami diri mereka sendiri dan orang di sekitar mereka. Selain itu, orang dengan golongan darah AB sangat sensitif dan berhati-hati.

PERSONALITYWhere stories live. Discover now