Haiwan di Padang Pasir

2.6K 222 175
                                    

Anda telah mengembara selama beberapa hari di kawasan padang pasir. Air yang anda bawa sudah mulai berkurangan dan anda bersama-sama 5 ekor haiwan iaitu

LEMBU
SINGA
MONYET
KUDA
KAMBING

Jumlah air yang terhad tidak cukup untuk anda dan kesemua haiwan anda. Anda terpaksa mengambil keputusan untuk meninggalkan seekor haiwan bagi meneruskan kehidupan. Haiwan apakah yang akan anda tinggalkan dahulu?

Anda bersama 4 lagi haiwan anda meneruskan perjalanan sejauh berbatu-batu. Cuaca semakin panas dan bekalan air yang tinggal terlalu sedikit berbanding yang anda jangka. Waktu ini anda sedar bahawa anda harus meninggalkan seekor lagi haiwan. Haiwan apakah yang akan anda tinggalkan seterusnya?

Kini tinggal anda bersama 3 ekor haiwan sahaja. Anda telah tiba di sebuah oasis tetapi oasis tersebut telah kering dan tidak mencukupi untuk 4 nyawa. Anda tiada pilihan tetapi meninggalkan seekor lagi haiwan. Haiwan apakah yang anda tinggalkan?

Anda hanya mempunyai 2 sahaja haiwan lagi. Perjalanan yang panjang akhirnya hampir tiba ke penghujungnya. Namun begitu, bekalan air yang tinggal tidak mencukupi bagi menampung anda dan kedua-dua haiwan anda. Anda terpaksa meninggalkan satu lagi haiwan kerana anda hanya boleh meninggalkan kawasan tersebut bersama seekor haiwan sahaja. Haiwan apakan yang akan anda tinggalkan akhir sekali?

Tahniah! Anda dan seekor lagi haiwan anda telah berjaya keluar dari padang pasir.

Analisis jawapan

Setiap haiwan mewakili aspek berikut dalam kehidupan anda.

LEMBU - Keinginan anda untuk membantu orang lain

SINGA - Maruah dan keberanian

MONYET - Keinginan untuk mewujudkan harmoni dalam sesuatu kumpulan

KUDA - Sesuatu yang anda sukai

KAMBING - Harta dan kekayaan

Setiap jawapan anda mewakili kepentingannya dalam kehidupan anda. Haiwan yang paling awal anda tinggalkan menunjukkan aspek yang kurang penting bagi anda dalam kehidupan dan haiwan yang anda pertahankan mewakili aspek terpenting dalam kehidupan anda.

P/s : Tak semuanya tepat ok? Noona ambil dari google dan translate dalam bahasa melayu sahaja.

Link sebenar : https://www.quotev.com/story/5102785/Relational-Psychology-Personality-Tests/1

PERSONALITYWhere stories live. Discover now