Bangunan

2.5K 240 311
                                    

Bayangkan diri anda di kawasan padang pasir yang luas.

1) Sebuah bangunan tiba-tiba muncul di hadapan anda. Apakah bangunan itu?
A. Istana
B. Muzium
C. Hotel

2) Anda memasuki bangunan tersebut melalui ...
A. Tingkap
B. Pintu
C. Balkoni
D. Terowong bawah tanah

Terdapat tangga yang menuju ke tingkat seterusnya.

3) Tangga apakah yang anda lihat?
A. Berpusing (spiral)
B. Lurus

Anda menaiki tangga tersebut.

4) Terdapat berapa anak tangga?
A. 1-5
B. 6-25
C. 26-50
D. Melebihi 50

Kemudian anda memasuki sebuah bilik.

5) Apakah saiz bilik itu?
A. Kecil
B. Sebesar ruang tamu
C. Sebesar ruang menari (ballroom)
D. Sebesar padang bola

6) Apakah warna dinding bilik itu?
A. Merah
B. Ungu
C. Kuning / oren

Terdapat sebuah meja di dalam bilik tersebut.

7) Apakah bentuk meja itu?
A. Bulat
B. Segi empat sama
C. Segi tiga

_________________________________

ANALISIS

1. Bangunan mewakili perkara yang anda pentingkan
Istana - Kemewahan
Muzium - Kerjaya
Hotel - Rumah dan kasih sayang

2. Laluan masuk mewakili kehidupan yang anda cari
Tingkap - Kehidupan yang penuh dengan kejutan
Pintu - Kehidupan yang lancar dan selamat
Balkoni - Kehidupan yang romantik dan aman
Terowong bawah tanah - Kehidupan yang bermakna tapi penuh cabaran

3. Bentuk tangga mewakili kisah percintaan anda
Berpusing - Menarik
Lurus - Biasa dan tidak menarik

4. Jumlah anak tangga mewakili berapa sering anda cuba untuk mengekalkan hubungan anda dengan pasangan. (lol noona rasa ni paling tak logik. Noona pasangan pun tak pernah ada HAHAHAHAHA)

5. Saiz bilik mewakili betapa anda sukakan cabaran. Lebih besar ruang bilik, lebih besar minat anda

6. Warna dinding mewakili sifat anda
Merah - Bersemangat
Ungu - Sukakan cabaran
Kuning / oren - Ceria

7. Meja mewakili cara anda menangani sesuatu situasi
Bulat - Anda lihat sesuatu dari pelbagai sudut pandangan
Segi empat sama -Anda tegas dan adil
Segi tiga - Anda ingin menjadi seorang yang asli (Sorry noona pun tak faham)

Diambil dari https://www.quotev.com/story/5102785/Relational-Psychology-Personality-Tests/8

***

Btw, noona nk survey, biasanya korang bukak wattpad waktu bila? Senang noona nak update waktu tu :))

PERSONALITYWhere stories live. Discover now