Kek

895 59 5
                                    

1

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

1. Ia boleh dikatakan bahawa anda adalah orang yang mudah dilanda rasa bosan, bukan sahaja dengan rutin harian, tetapi juga sesuatu yang dulu anda sendiri pilih dan suka. Sebagai contoh, apabila anda suka lagu, anda boleh mendengar lagu itu berulang kali dalam satu hari. Kalau dh bosan, tengok atau dengar tajuk lagu itu pon anda dah muak.

2. Anda sebenarnya boleh menjadi orang yang rajin dalam melakukan sesuatu, akan tetapi sikap rajin anda akan sering diprovokasi jika ada hadiah yang menarik. Tidak perlu selalu beri anda barang kemas, pujian dari orang lain juga boleh provoke sikap rajin anda itu terutama seseorang yang sangat penting dalam hidup anda yang boleh menjadi motivasi untuk membangkitkan semangat anda.

3. Anda mempunyai keupayaan tinggi untuk bersikap empati, terutamanya dalam memahami perasaan orang yang paling dekat dan segera sedar apabila ada yang aneh tentang mereka. Tetapi dari segi menghiburkan, anda cenderung untuk melakukannya secara diam-diam. Daripada memujuk rakan-rakan anda, anda adalah jenis yang akan membawanya seketika ke tempat yang boleh buat mereka tenang.

4. Kritikan dan cadangan daripada orang lain adalah perkara yang sering anda pertimbangkan sebelum melakukan sesuatu atau membuat keputusan tetapi anda juga seorang yang berhati lembut yang tidak dapat menerima komen pedas dari orang lain. Agar tidak mudah stress, adalah lebih baik untuk kurang bergantung pada pendapat orang lain dan lebih baik percaya diri anda sendiri.

©Soulusi

PERSONALITYWhere stories live. Discover now