4

10.5K 523 26
                                    

Keesokan harinya, aku yang masih di atas katil dengan mimpi yang tak seberapa indah tetiba bangun dari tidur kerana bunyi yang kuat. Rupa-rupanya jatuh katil, bunyi yang kuat tu datang dari diri sendiri cis buat malu je kalau orang tengok.

" Mane Raisya?" perasan dengan ketiadaan Raisya, Aisya terus melihat jam. Ya Allah, dah lambat! Terlepas subuh pulak tu! Dah pukul 7.50! Masuk sekolah pukul 8! Dengan tergesa-gesa, aku berlari masuk ke bilik air. Selesai sahaja memakai seragam sekolah, aku terus mencapai beg dan turun ke bawah.

" Aisya? " tegur suara garau dari belakang Aisya. Terus aku berpaling.

" Bangun lambat jugak ke?" Rayyan yang kelihatan bersahaja menanyakan soalan itu pada Aisya. Aku tersengih, malu sebenarnya bila Rayyan tanya macam tu. Hancur terus nak jadi perempuan melayu terakhir

" Kau naik dengan aku" Rayyan yang baru membuka pintu kereta lamborghini kesayangannya berkata begitu. Aku agak terpinga-pinga sedikit. Sejak bila ada kereta lamborghini kat rumah ni? Ke aku je yang tak perasan?

Pin..Pin

Cepat-cepat aku pakai kasut dan masuk ke kereta Rayyan. Sepanjang perjalanan ke sekolah, aku dan Rayyan hanya mendiamkan diri. Sampai sahaja di pagar sekolah, seorang pengawas yang tak kurang tampannya, menahan kitaorang.

" Korang tahu tak korang dah lambat 1 jam?" tanya pengawas itu yang bernama Afiq dengan muka serius.

" Sekurang-kurangnya kitaorang datang sekolah" balas Rayyan yang tidak gerun dengan muka serius Afiq.

" Lari 5 pusingan kat padang sana" Afiq tersenyum sinis selepas berkata begitu.

" Jom Aisya" Rayyan menarik tangan Aisya untuk pergi dari situ.

Tak sampai 3 pusingan aku sudah termengah-mengah. Aku berhenti seketika untuk tarik nafas. Selamat aku ada seluar dalam beg sekolah so takde la aku lari dengan skirt labuh. Rayyan yang nampak aku berhenti terus menegur

" Dah berapa pusingan?" tanya Rayyan yang sudah kelihatan lencun dengan peluh

" Baru 2" balas Aisya.

" Lagi 3 pusingan biar aku lari" Rayyan berkata begitu lalu terus menyambung lariannya. Aku rasa  serba salah.

" Eh mane budak ni?" Rayyan melihat sekeliling untuk mencari Aisya namun hampa tiada lansung bayangan Aisya. ' Mentang-mentang aku tolong larikan untuk dia boleh pulak dia blah macam tu je? Menyesal aku tolong' rungut Rayyan dalam hati.

" Nah!" Aisya yang tetiba muncul menhulurkan air yang baru dibelinya tadi kepada Rayyan. Rayyan mengambilnya

" Thanks" ucap Rayyan. Aku mengeluarkan tisu dari beg dan menghulurkan kepada Rayyan. Rayyan menunjukkan muka blurnya

" Lap peluh" Aisya tersenyum kecil. Tanpa sedar ada sesorang memerhati mereka

Elleina yang datang ke padang untuk berjumpa dengan Rayyan, namun tidak sengaja terlihat scene yang agak memanaskan  hatinya. Tanpa rasa ragu-ragu Elleina mendekati mereka berdua lalu menolak Aisya yang berdekatan dengan lumpur

Splash!

" Ell!" jerit Rayyan yang terkejut dengan tindakan Elleina.

" What is your problem?!" marah Aisya yang sudah penuh dengan lumpur di bajunya.

" Not my problem but is you! Mengatal dengan boyfriend orang!" kata Elleina yang menyalahkan Aisya

" Wait! Sejak bila aku jadi boyfriend kau hah?!" suara Rayyan agak meninggi sedikit mungkin untuk menyedarkan Elleina yang dia hanya syok sendiri

MICKEY HIGHSCHOOLWhere stories live. Discover now