35

4.1K 257 4
                                    

" Hello mama! Ni Aisya dah sampai kt KLIA " sejurus keluar dari pintu ketibaan, dia terus menghubungi Pn.Ain, satu-satunya mamanya itu. 

Aisya mengeluh. " Mama busy? Hm takpela. Aisya naik taxi je. Tak perlu susahkan pakmat datang amik Aisya. Bye, ma. " Sejurus itu Aisya terus menamatkan panggilan itu. Mukanya bertukar masam. 

" Semalam janji nak datang ambik pastu ttbe kata busy pula ish " bebel Aisya sorang diri dan lalu berjalan menuju pintu keluar untuk memanggil taxi.

Aisya kusyuk bermain dengan telefonnya sambil menuju ke pintu luar dan dia berselisih dengan seorang lelaki yang agak tinggi. Serta merta kakinya berhenti melangkah.

' Is that... him? ' kata hati Aisya lalu dia pandang kebelakang untuk melihat lelaki itu namun tidak dijumpainya.

' Tak mungkin la dia. Aku ni dah angau sangat dengan dia ke apa? ' kata hati Aisya lagi sambil menggeleng-gelengkan kepalanya. Lalu terus ke tempat untuk memanggil taxi.

**********************************

Lelaki yang segak berpakaian casual serta bercermin mata hitam berjalan menuju ke pintu ketibaan. Matanya mencari seseorang. Seorang perempuan melambai-lambai tangan padanya dan laki itu tersenyum lebar.

" Bro, whats up ! " dari jauh lagi perempuan itu menjerit pada laki itu.

' Eyy perempuan ni, menjerit tengah-tengah airport pula. Selamat aku pakai cermin mata hitam, takde orang nampak sangat muka aku ' cakap laki itu dalam hatinya.

" Kau ni tak reti nak peluk aku ke? Tak rindu aku? " ucap Raisya sambil memukul lengan Rayyan.

" Aku? Rindu? Eh tak kuasa aku nak rindu, lagi-lagi kau! " balas Rayyan sambil menjeling Raisya.

" Oh lupa kau rindu  orang tu je " perli Raisya. Terus masam muka Rayyan dibuatnya. Perasan dengan muka Rayyan yang berubah, Raisya bercakap lagi " Tapi kan aku rasa dia sama flight dengan aku tadi, kau tak terserempak dengan dia ke? " tanya Raisya.

Namun Rayyan mendiamkan diri. " Dah la jom balik. Penat aku tunggu kau kat sini " Rayyan cuba menukar topik. Raisya merengus.

" Setiap kali aku cakap pasal Aisya je kau tukar topik. Nah! Kau angkat beg ni " Raisya tidak berpuas hati lalu menyuruh Rayyan mengangkat begnya dan terus berjalan keluar tanpa menunggu kembarnya itu.

" Dia ingat aku ni kuli ke apa? " bebel Rayyan seorang diri lalu mengangkat beg adiknya dan berjalan ke pintu keluar.

Semasa memandu menuju pulang ke rumah, Raisya yang berada di sebelah sudah dibuai mimpi. Mungkin penat atau jetlag. Manakala Rayyan, mata fokus di jalan raya namun fikirannya terbang entah ke mana.

' She's back ' bisik hati Rayyan.

Saat dia berselisih dengan Aisya, Allah sahaja tahu perasaannya macam mana. Namun disebabkan ego kakinya terus melangkah tanpa menoleh kebelakang.

Sampai sahaja dirumah, bau yang sedap dapat dihidu. Pn.Qaisara iaitu mama kepada Raisya dan Rayyan memasak makanan kegemaran Raisya atas kepulangannya dari Paris.

" Mamaaa! " jerit Raisya lalu memeluk mama kesayanganya itu. Papanya yang berada di ruang tamu bersuara, " Aik, mama je? Papa takde? ". kata En. Raymon seperti merajuk.

Raisya tersengih lalu pergi memeluk papanya. Setelah Rayyan selesai mengangkat beg Raisya, Pn.Qaisara menganjak mereka untuk makan bersama-sama.

" Best Paris? " tanya En.Raymon dan Raisya menjawab, " Best papa! Fashion show kalini banyak artis yang famous-famous datang " Raisya cerita dengan teruja.

" Elleina tak balik sekali? " tanya Pn.Qaisara dan Raisya hanya menggeleng.

" Dia kata nak holiday lama sikit kat sana " jawab Raisya.

Raisya dan Elleina telah menjadi model terkenal. Kalau dulu boleh dikatakan selalu sahaja bergaduh namun kini rapat sampai tidak boleh berenggang.

" Kalau dia balik, boleh ajak dia makan sekali kan Rayyan? " kata Pn.Qaisara. Rayyan hanya diam. Topik itu lah paling dibencinya. Mamanya suka sangat dekat Si Elleina tu sampai suruh mereka berkahwin.

" Apa mama nii, tak suka la! Dia kan dah ada boyfriend mat salleh tu " kata Rayyan sambil buat muka menyampah.

 Mungkin sikap Elleina sudah berubah, tidak tergedik-gedik seperti dahulu namun hatinya masih tidak boleh menerima Elleina dalam hidupnya. Mungkin hatinya hanya untuk seseorang itu sahaja.

Pn.Qaisara hanya tergelak kecil. Suka sangat sakat anak terunanya yang sorang ni. Pn.Qaisara tahu bahawa hubungan Rayyan dan Elleina bagai anjing dan kucing. Dia juga tahu Rayyan mempunyai hati pada seorang. 

" Bila lah mama boleh jumpa bakal menantu mama ni  " ujar Pn.Ain kepada Rayyan. Raisya yang berada disebelah Rayyan hanya gelak dengan kata-kata mamanya itu.

" Dengar citer orang tu dah habis belajar, dah balik Malaysia dah pun " tambah Raisya. Saja ingin mengenakan Rayyan.

" Maa, Rayyan dah kenyang lah. Rayyan naik atas dulu. " terus Rayyan melarikan diri ke biliknya. Raisya sudah ketawa terbahak-bahak. Pn. Qaisara hanya menggelengkan kepalanya melihat telatah anak kembarnya itu.



MICKEY HIGHSCHOOLWhere stories live. Discover now