27

5.5K 425 12
                                    

Rayyan memasuki wad Adrean dengan perasaan yang bercelaru. Dia baru sahaja lukakan hati kawan baiknya tadi dan kini dapat berita kawan baiknya sakit? Lansung tak masuk akal untuk masa yang singkat ini.

" Kau buat apa kat sini? " tanya Adrean dengan suara yang agak dingin. ' Aku tahu kau still sakit hati dengan aku ' bisik hati Rayyan.

" Sampai hati kau rahsiakan benda ni? " ujar Rayyan dengan sedikit kecewa sambil tersandar di dinding berdekatan dengan katil Adrean. Namun Adrean hanya berdiam diri.

" Aku ni sape bagi kau? " kata Rayyan lagi. Menunggu Adrean membuka mulutnya.

" Family aku pun taktau. " Adrean tersenyum tawar. Rayyan sudah meraup mukanya. Sampai macam tu sekali Adrean nak rahsiakan penyakitnya? Dia tahu parents Adrean terlalu busy sampaikan Adrean terasa terabai tapi benda penting sebegini sepatutnya parents nya patut tahu.

" Kenapa kau jadi macam ni? Kitaorang ni tak penting ke bagi kau? " kata Rayyan dengan penuh kecewa.

"Aku mati nanti pun takde sape kisah. So buat apa bagitahu? " Adrean memandang Rayyan yang kecewa dengan kata-katanya. 

Rayyan membuat keputusan untuk pergi bagi menenangkan fikirannya dan sebelum menutup pintu wad Adrean, dia berkata " Aku belum ready untuk hilang sorang lagi kawan aku ".

Adrean hanya melihat Rayyan pergi tanpa membalas kata-katanya. ' Aku dah kecewakan kawan aku dan aku kecewa dengan diri sendiri '

**************

Aisya bermundar-mandir di biliknya. Dari tadi asyik memerhatikan phonenya.

" Ishh. Call tak jawab. Message pun tak reply. Mana diorang pergi ni? " risau Aisya dibuatnya apabila dapat tahu Adrean dan Rayyan tidak balik malam tadi.

" Aisya!! " jerit Raisya sambil berlari mendapatkan Aisya. Aku pandang pelik pada Raisya yang agak kabut.

" Kau dah kenapa? " tanya Aisya pada Raisya.

" Adrean! Adrean masuk hospital! " ujar Raisya lalu menyuruh Aisya untuk siap. Aisya yang terpinga-pinga terus pergi bersiap.

" Macam mana Adrean boleh masuk hospital? " tanya Zariel yang sedang memandu kereta menuju ke hospital untuk menjenguk Adrean.

" Taktahu la. Aku harap dia tak apa-apa la " ujar Raisya dengan muka risau. Manakala Aisya hanya berdiam diri. Rasa tidak sedap hati makin menjadi-jadi. 

" Insyaallah dia okey. Kita doa yang baik-baik. " kata Daniel yang berada di sebelah seat pemandu. Semua mengangguk.

Adrean yang sedap minum teh tersentak apabila tiba-tiba pintu wad terbuka. Selamat tak tersedak.

" Ehh.. asal korang ada kat sini? "tanya Adrean sambil menyembunyikan rasa gugupnya. ' Takkan la Rayyan bagitahu diorang? ' bisik hati Adrean.

" Aku yang patut tanya kau, Ad. Kau kenapa sampai duduk kat hospital ni? Nak kata kau accident tapi nampak macam tak pun. " Zariel memerhati badan Adrean kut-kut ada luka namun takde. Jadi kenapa Adrean berada di hospital? Soalan itu bermain-main di kepala Zariel. Daniel dan Raisya setuju dengan kata-kata Zariel.

" Are you okay, Ad? " tanya Aisya dengan riak wajah risau.

" Wow guys, relax okay? Aku okey jela. Yang korang ni macam mana tahu aku kat sini? " tanya Adrean pula. ' But why diorang macam tak tahu je pasal penyakit aku. So that's mean Rayyan tak bagitahu lagi la? ' kata hati Adrean.

" Aku yang bagitahu diorang " ujar Rayyan yang muncul entah dari mana. Bunyi pintu dibuka pun kitaorang tak dengar tak tahu la dia masuk macam mana sampai kitaorang tak sedar.

" Ishh kau ni. Terkejut aku. Tetiba je muncul. " Raisya memukul bahu Rayyan sebab buat dia terkejut. Aisya hanya senyum melihat Rayyan. Ingat terjadi something kat diorang tapi alhamdulillah tak.

" Kau tak jawab lagi soalan aku Adrean. Asal kau masuk hospital ni? " Zariel memandang tepat ke arah Adrean. Adrean sedikit teragak-agak untuk menjawab.

" Dia kekurangan air. Tu yang pengsan kat masjid. Selamat ada orang nampak kalau tak sampai ke sudah kita taktau. " Rayyan menjawab bagi pihak Adrean. Adrean memandang Rayyan.

" Aish ingatkan apa la tadi. Kau buat kitaorang risau tahu tak? " kata Daniel. Adrean hanya tersengih.

Aisya, Raisya, Zariel dan Daniel pergi ke cafeteria hospital untuk makan seketika. Selepas diorang pergi Adrean memulakan bicara dengan Rayyan yang sedang duduk di sofa di dalam wad itu.

" Thank you " ucap Adrean dengan mata sedang merenung Rayyan yang sedang bermain dengan phonenya.

" Kau nampak kan? Bertapa risaunya diorang tadi? Agak-agak kalau diorang tahu kau tengah sakit, apa diorang rasa? Kau pernah fikir? " Rayyan bercakap dengan serius sambil bermain phonenya.

Adrean diam. Kata-kata Rayyan benar-benar menusuk hatinya.

" Aku harap kau berubah fikiran dan buat rawatan secepat mungkin. " kata Rayyan lalu keluar meninggal Adrean seorang diri di wad itu.







Dah lamakan sis tak update? Actually sis struggle cari idea then mood pun ke laut nak update hmm. I'm sorry make you guys waiting:) Sis tengok ramai yang silent readers kalau boleh rajinkan la sikit tangan tu vote:) Tak patah pun tangan kalau vote. Btw enjoy the story❤️️

MICKEY HIGHSCHOOLDove le storie prendono vita. Scoprilo ora