29

4.8K 311 5
                                    

Sekolah berjalan seperti biasa namun Adrean masih tidak lagi tidak hadir ke sekolah. Itu menjadi tanda tanya kepada Zariel.

" Why Adrean tak datang sekolah lagi? " akhirnya soalan itu terpancul keluar daripada mulut Zariel.

" Dia malas kut " balas Rayyan.

" Ye tak ye juga. Aku rasa dah berminggu-minggu dia tak datang sekolah. Tak logikla kalau malas. Adrean yang aku kenal mana malas pergi sekolah. " kata Daniel pula.

" Aku call dia pun tak jawab. Message pun nak tak nak balas. " ujar Aisya pula. Dia juga mengesyaki sesuatu yang tidak kena pada Adrean.

Rayyan memandang Aisya ' Call? Message? Hello your boyfriend is here! ' Rayyan berkata dalam hati. Nak sahaja dia cakap namun taknak berlakunya pergaduhan antara mereka berdua.

" Aku rasa Adrean ada sembunyikan sesuatu dari kita semua " Zariel kata secara tiba-tiba. Gulp! Tekak Rayyan serta-merta rasa pahit. Tekaan Zariel itu tepat sekali membuatkan Rayyan melarikan pandangan.

" Rayyan! " panggil Zariel membuat Rayyan terkejut. " Huh? "

" Kaukan paling rapat dengan dia, takkan dia tak cakap apa-apa? " tanya Zariel. Cepat-cepat Rayyan membalas " Tak. "

Zariel memandang Rayyan dengan pandangan yang ragu-ragu.

" Takpe nanti kita pergi rumah dia. Kita tanya dia okey? " Raisya memberi candangan dan semua mengangguk setuju.

****************************

Setelah tiba di rumah Adrean, Aisya menekan loceng namun tiada tanda-tanda orang untuk membuka pagar. Sudah beberapa kali menekan loceng namun masih tiada sahutan.

" Takkan takde orang kat rumah? " kata Aisya sambil menekan loceng lagi.

" Mana pergi bibik Bunga? Takkan tidur kut " kata Raisya sambil tergelak kecil. Lawak hambarnya tidak memberi kesan pada Rayyan dan Zariel. Muka mereka berdua kelihata serius. Lagi-lagi Zariel. Dia seperti nekad untuk tahu rahsia apa yang disembunyikan oleh Adrean.

" Dah jomlah. Terbakar aku duduk lama-lama kat bawah matahari ni. " omel Daniel sambil mengipas-ngipas tangannya. Aisya dan Raisya hanya menggelengkan kepala.

" Mengalahkan perempuan! " kata Aisya dan Raisya serentak.

" Kita balik dulu, esok lusa kita datang sini lagi " ucap Rayyan. Semua mengangguk kecuali Zariel.

" Korang balik dulu. Aku nak pergi satu tempat jap " kata Zariel dan berlalu pergi dengan superbikenya tanpa sempat kitaorang mengata apa-apa.

**************************

" Excuse me, ada pesakit yang bernama Tengku Adrean Naufal tak disini? " tanya Zariel pada nurse yang bertugas di kaunter itu.

" Sekejap ye " kata nurse itu lalu check pada computer. " Ye, ada. Di bilik 103 " kata nurse itu dan ianya amat mengejutkan Zariel kerana sangkaannya tepat. Dia berada di hospital Royal di mana Adrean ditempatkan sebelum ini.

' Something wrong ' kata hati Zariel.

Terpampang nama DR. HANIF dipintu itu. Zariel betul-betul berdiri di depan bilik Dr.HAnif iaitu doktor peribadi milik keluarga Adrean. Zariel teragak-agak untuk menolak daun pintu itu kerana dia takut akan kebenaran disebalik apa yang berlaku terhadap Adrean.

Akhirnya dengan perasaan ingin tahu, Zariel menolak daun pintu itu perlahan-lahan. Dan perbualan Zariel dan Dr.Hanif hanya membawa kesedihan.

Dengan langkah yang longlai dia kembali ke superbikenya. Dengan perasaan sedih, marah dia memukul dinding yang berada berhampiran. Fikiran dan perasaannya amat bercelaru. Kini perlahan-lahan dia bersandar di dinding itu.

Air mata yang tidak disangka-sangka keluar menunjukkan hatinya pedih dengan kebenaran itu.


Air mata yang tidak disangka-sangka keluar menunjukkan hatinya pedih dengan kebenaran itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.




Bunyi telefon kedengaran, dengan segera Rayyan mengangkat panggilan dari Zariel itu.

" Hello? " kata Rayyan namun senyap.

" Zariel? " Rayyan mula rasa tak sedap hati kerana tiada sahutan pun dari Zariel.

" Hospital Royal. Kat parking lot. " kata Zariel perlahan dan mematikan panggilan itu.

Rayyan merasakan yang Zariel sudah tahu akan penyakit Adrean itu. Rayyan dengan tergesa-gesa pergi ke sana untuk menenangkan Zariel. Dia tahu kebenaran ini sangat sukar untuk menerima malah Rayyan sendiri juga belum menerima sepenuhnya.























Haii guys! Lama betul tak buka pakcik oren ni. Ramai betul suruh update, sorry eh lambat sangat updatenya🙏 Sebenarnya cuti ni sis banyak tengok netflix and k-drama sampai terlupa pula kat pakcik oren ni😂

MICKEY HIGHSCHOOLWhere stories live. Discover now