18

7.2K 395 11
                                    

Disebabkan kejadian yang memalukan malam semalam, Rayyan dan Zariel memakai mask serta memakai hoodie bagi menutupi muka mereka. Adrean dan Daniel pula tak habis-habis membahan.

Pelajar yang lalu-lalang, berbisik sesama mereka kemudian gelak. Nampak sangat cerita pasal Rayyan dan Zariel masih panas di pasaran.

" Korang!!! " kelam kabut Raisya berlari ke arah mereka sambil menjerit. Aisya hanya mengikut dari belakang Raisya. Semua memandang pelik kepada Raisya ' Dah kenapa minah ni? '

" Korang tahu tak, harini kita kena gabung dengan Blue Highschool. " dengan nafas tak beberapa teratur, Raisya memberitahu mereka berita yang baru didengarinya. Serentak mereka berkata " What?! "

" Are you serious? " Rayyan meminta kepastian. Raisya mengangguk laju.

" Damn! Memang asyik mengadap muka diorang je ke? Urgh " Zariel merungut serta merengus.

" Budak dua ni ke yang tengah hot sekarang ni? " kedengaran suara seseorang berkata dengan sinis serta mengejek. Serentak semua memandang ke arah suara itu.

" Aku harap sangat tak sama group dengan diorang. Amin. " Daniel menadah tangan berdoa supaya tidak sama group dengan Mikhail dan kawannya, Nik. Mikhail dan Nik yang berada disitu tidak diendahkan oleh mereka.

Mikhail menunjukkan muka tak puas hati.

*****************

Selesai sahaja senam robik, aktiviti diteruskan dengan jungle tracking.

" Pelajar Mickey Highschool sila berkumpul sebelah sini! " Kak Sha menjerit dan menyuruh mereka bergerak dengan pantas.

" Harini kamu semua akan digabungkan dengan sekolah Blue Highschool " ujar Kak Sha dan serta-merta pelajar Mickey Highschoool membantah. Anti sungguh diorang ni dengan Blue Highschool.

Satu persatu nama disebut dan kumpulan terakhir " Rayyan, Aisya, Adrean , Nik , Mikhail satu kumpulan" and again group aku special hanya 5 orang sepatutnya 7 orang.

" Ketua kumpulan sila ke depan untuk ambik map" abang Apek memberi arahan dan tanpa berbincang apa-apa, kelihatan Mikhail berura-ura untuk pergi. Dengan pantas Adrean bersuara " sejak bila kitaorang jadikan kau ketua?" Adrean menyindir dengan tangannya bersilang.

" Biar Rayyan yang jadi ketua" ujar Adrean dan Aisya setuju dengan Adrean.

" Asal pulak? " Mikhail tidak puas hati. Aku memberi isyarat kepada Rayyan untuk pergi sahaja mengambil map tu. Mikhail merengus and Nik tak habis-habis pandang aku. Fuhh meremang bulu roma aku

Satu persatu kumpulan dilepaskan masuk ke hutan.

" Hati-hati depan ni curam sikit" Rayyan beri amaran kepada yang lain. Rayyan yang menuruni dulu dan kemudian menolong ahli lain untuk turun namun tidak diendahkan oleh Mikhail dan Nik. Rayyan hanya menggelengkan kepala, faham benar dengan sikap mereka yang tidak mendengar kata.

" Boleh tak? " Rayyan bertanya pada Aisya yang seperti teragak-agak untuk turun. Aku hanya diam. Perlahan-lahan aku melangkah tetapi entah bagaimana boleh tergelincir.

" Auchh! " Semua memandang Aisya yang mengadu kesakitan.

" Orang nak tolong, taknak. Selamat aku sempat tangkap, kalau tak dah tergolek " Rayyan menayangkan muka seriusnya. " Ada luka kat mana-mana tak? " Rayyan bertanya untuk memastikan Aisya tidak luka. Aku hanya menggeleng namun Rayyan tidak mempercayainya.

" Cuba berdiri " Rayyan menyuruh dan Aisya berdiri. " Auch! " Lagi sekali Aisya mengadu kesakitan. Rayyan memandangnya tajam. Aisya menundukkan diri. Adrean ingin menolong namun terbantut disebabkan oleh Rayyan. Segera niat di hati dipadamkan.

" Bagi kaki kau, aku tengok " kata Rayyan dan mengeluarkan first aid. " Kaki kau terseliuh ni. " dengan pantas Rayyan membalut kaki Aisya dan menyuruh Adrean mencari kayu sebagai tongkat untuk Aisya berjalan.

" Ish, cepatla! Jatuh sikit je pun " Mikhail bersuara. " Korang rehatla dulu. Tak nampak ke dia tak boleh jalan ni " bidas Rayyan.

" Jom la! Lembab betul dorang ni " Mikhail mengajak Nik untuk pergi dulu.

" Sekali la bodoh! Kita ni satu kumpulan. Nanti apa pula kata abang Apek kalau kau sampai dulu " jelas sekali Rayyan mula naik angin. Mikhail ni betul-betul menguji kesabaran.

" Pepandai la kau jawab " balas Mikhail lalu pergi diikuti Nik. Aku perasan yang Rayyan mengenggam penumbuk mungkin geram dengan Mikhail.

" Eh mana dua ekor beruk tu? " Adrean yang baru perasan dengan ketiadaan Mikhail dan Nik segera bertanya.

" Dah mampus " jawab Rayyan. Adrean hanya diam mungkin faham dengan keadaan Rayyan yang tengah panas.

" Boleh jalan tak? " Adrean bertanya pada Aisya. Aisya mengangguk dan Adrean menghulurkan kayu yang dicarinya tadi.

" Thanks " Aisya mengucapkan terima kasih pada Rayyan dan Adrean kerana membantunya.

" Jom gerak " Rayyan mengetuai mereka. Disebabkan kaki aku terseliuh, kitaorang terpaksa jalan sedikit perlahan.

" Kamu! "

" Kenapa berpecah belah? " Abang Apek mula menyoal Rayyan setiba kami sampai. Dengan tenang Rayyan menjawab " Diorang yang nak pergi dulu, bang. Saya dah halang tapi diorang degil. Saya tak boleh buat apa. Lagipun salah seorang ahli saya cedera "

Wah, kenapa aku rasa Rayyan ni cool? Dia berjaya mengawal situasi dengan tenang.

" Baiklah. Alasan kamu boleh diterima " 













Promote

Dark In My Life and Opsss! Four'Cy by skylettoe


MICKEY HIGHSCHOOLWhere stories live. Discover now